Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Oktober 2017

Siapa Josh Trevino Yang Dibayar Lebih 1 Juta Oleh Malaysia? - Soalan Ini Ditolak Parlimen.

Oleh : Hanipa Maidin

Mengapa saya tanya soalan tentang Josh Trevino? 

1. Dalam sidang Dewan Rakyat kali ini saya tanya di Parlimen soalan kepada PM tentang berapa wang yang Kerajaan dilaporkan bayar kepada Josh Trevino ( Joshua Trevino? ). 


2. Siapa dia Josh Trevino? Saya pun tak kenal tapi setakat yang saya tahu berdasarkan beberapa artikel yang saya baca daripada penerbitan di luar negar seperti artikel oleh Rosie Gray dan beberapa yang lain, dilaporkan beliau adalah mantan "speech writer" dalam pentadbiran mantan Presiden Amerika, George W.Bush, mantan konsultan dan pegawai Tentera US. Dia juga dikatakan terlibat dengan Yayasan Polisi Awam Texas. 

Gambar - Hanipa Maidin

3. Dipendekkan cerita, saya dapat maklumat yang mamat ni dibayar oleh Malaysia sebanyak USD $389,724.70 katanya atas satu kontrak dengan Kerajaan bagi antara lain menulis artikel-artikel yang bersifat "covert" bagi memburuk- burukkan DSAI. 

4. Kita tak pasti sama ada maklumat itu benar- benar sahih atau tidak, so munasabahlah kita sebagai MP tanya tentang maklumat itu di Parlimen bagi mendapat pengesahan. Jika andaikata tak betul nafikanlah dan ambil lah tindakan yang perlu. Jika betul, jawablah secara "gentleman" sebab jika kamu benar-benar bayar $389,724.70 tu, dia adalah duit rakyat maka saya sebagai wakil rakyat kenalah tanya benda tu di Dewan Rakyat. Tugas saya bukan setakat bentang RUU lepas tu tak buka bahas dan kemudian dinobat sebagai hero.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...