Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Oktober 2017

Konflik Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh & Segalanya Yang Anda Patut Tahu!

6.1 juta. Itulah anggaran kos projek bagi pembinaan Pasar Besar Pasir Puteh yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Pasar Besar Pasir Puteh melalui fasa pemodenan apabila kerajaan negeri menyediakan tapak baru dengan menaiktaraf pasar tersebut namun kesemua peniaga di pasar berkenaan perlu berpindah ke lokasi baru berbanding meniaga di lokasi sedia ada.

Kesemua peniaga berkenaan sepatutnya berpindah mulai 15 Oktober lalu dan diberikan tempoh sehingga 22 Oktober yang lepas bagaimanapun mereka enggan berpindah dari lokasi asal.

Selain tidak berganjak, peniaga-peniaga tersebut juga membuat protes dan melaporkan pembinaan pasar baru itu kepada pihak SPRM kerana mempercayai wujudnya unsur-unsur penyelewengan apabila kos projek yang dianggarkan bernilai 6.1 juta itu sebenarnya tidak setimpal dengan apa yang terhidang di depan mata!

Berikut kronologi ringkas tentang isu Pasar Besar Pasir Puteh;

1. Bilangan peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh ialah 516 orang.

2. Ada di antara mereka yang telah meniaga sejak dari 39 tahun yang lepas.

3. Lokasi lama Pasar Besar Pasir Puteh terletak di tengah-tengah pekan dan kesemua peniaga diarahkan berpindah ke Pasar Siti Hajar, di Pasir Puteh Sentral - penjenamaan semula Pasar Besar Pasir Puteh. 

4. Jarak di antara lokasi pasar lama dengan pasar baru lebih kurang 1 kilometer.

5. 258 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh telah menfailkan saman pada 27 September 2017 bagi menuntut ganti rugi perpindahan ke atas MDPP - Majlis Daerah Pasir Puteh sebelum ini bagaimanapun gagal. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan MDPP untuk membatalkan tuntutan tersebut kerana tiada bukti konkrit.

6. Kes bagaimanapun masih dalam proses rayuan dan sedang menunggu keputusan mahkamah yang akan keluar pada hari ini, 26 Oktober 2017.

7. MDPP dilaporkan telah membelanjakan hampir 7 juta bagi membina Pasar Siti Hajar yang siap pada Mei 2015 termasuk 2.3 juta bagi menambahbaik premis sepertimana yang dituntut oleh peniaga.

8. Pada 24 Oktober lepas kira-kira 50 peniaga yang mewakili 500 peniaga lain telah mengadakan protes secara aman untuk membantah arahan perpindahan pasar ke lokasi baru.

Gambar-gambar pasar baru





9. Selain mengadakan protes aman mereka juga membuat laporan SPRM kerana mendakwa mungkin terdapat unsur-unsur penyelewengan memandangkan kos projek tidak setimpal dengan apa yang telah siap dibina.

10. Para peniaga enggan berpindah kerana;

- Lokasi sempit
- Tidak strategik
- Berhadapan dengan persaingan daripada pasaraya besar
- Kurang selamat
- Hanya mempunyai satu laluan masuk

11. Kerajaan negeri dalam satu kenyataan berkata bersedia untuk disiasat oleh SPRM dan akan bekerjasama sepenuhnya.

12. Peniaga sepatutnya berpindah mulai 15 Oktober lepas. MDPP juga telah memberikan peringatan bahawanya pada 20 Oktober bekalan air dan api akan dipotong dan pada 25 Oktober premis lama pasar sepatutnya akan dikunci dan ditutup dan menghalang peniaga daripada menjalankan aktiviti perniagaan disitu. Untuk rekod, bekalan air dan api sememangnya telah dipotong pada 20 Oktober lepas dan peniaga masih meneruskan perniagaan meskipun terpaksa bergelap dan berpanas.

Protes aman




13. Keluhan dari salah seorang peniaga yang dikenali dengan nama Rohani Mat Zimin mengatakan beliau merasa pelik kerana kebanyakan arahan yang dikeluarkan oleh MDPP adalah dalam bentuk lisan dan tidak formal.

14. Tapak pasar baru dikatakan berukuran 3x5 kaki persegi berbanding tapak lama yang bersaiz 6x6 kaki persegi.

15. Di pasar lama peniaga perlu membayar kadar sewa rm1 sehari manakala apabila berpindah ke lokasi baru mereka perlu membayar kadar sewa sebanyak rm200 sebulan.

Rujukan;

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/08/318371/mahkamah-tinggi-tolak-tuntutan-peniaga

http://www.utusan.com.my/mobile/berita/wilayah/kelantan/polemik-pasar-siti-hajar-berterusan-1.538731

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/isu-pasar-siti-hajar-kelantan-sedia-disiasat-sprm-1.747840

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peniaga-pasar-besar-pasir-puteh-enggan-pindah-tunggu-keputusan-rayuan-di-mahkamah-158036

https://gerbangkotabharu.blogspot.my/2017/10/500-peniaga-berkeras-enggan-berpindah.html?m=1

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...