Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Oktober 2017

Bayar Hotel Mahal-Mahal Rupanya Lawatan Najib Ke Amerika Tiada Hasil Pelaburan..

Oleh : Malaysiakini


Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata beliau terkejut dengan jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa tiada pelaburan dimeterai dalam lawatan delegasi Malaysia ke Amerika Syarikat September lalu.
Kamarul Bahrin menyifatkan lawatan itu sebagai sia-sia dengan menggunakan wang rakyat bagi menangggung kos delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Kamarul Bahrin
“Persoalan utama adalah kenapa rakyat Malaysia membayar penginapan mahal di Hotel Trump International dan kos penerbangan yang mahal untuk sandiwara kosong yang sia-sia ini?
"Najib tidak dijemput secara rasmi kerana tiada sambutan permaidani merah dan hotel telah dibayar dengan duit rakyat Malaysia. Lawatan ini juga melibatkan bayaran lumayan wang per-lobby yang mengatur temu janji Trump tersebut," kata Kamarul.
Justeru katanya, tidak menghairankan apabila pertanyaan Ketua Pembangkang mengenai perbelanjaan Najib ke Amerika ditolak oleh Speaker Parlimen pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat semalam.
“Inilah kerenah Perdana Menteri Malaysia yang belanja besar mempromosikan diri sendiri tapi kepentigan rakyat terus diabaikan,” kata Kamarul semasa sidang media di parlimen hari ini.
Semalam Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tiada sebarang perjanjian pelaburan dimeterai dalam lawatan delegasi berkenaan.
Mustapa berkata, lawatan kerja 11 hingga 13 September itu adalah untuk meningkatkan profil dan persepsi positif terhadap Malaysia sebagai rakan dagang dan pelaburan AS.
Sebelum ini Najib berkata, Kumpulan Wang Simapan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional merancang meningkatkan pelaburan dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi AS.
Najib juga berkata KWSP dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion di negara tersebut.
Kamarul dalam pada itu turut mempersoalkan sama ada delegasi berkenaan sekadar ingin mengambi hati presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
"Adakah ia bermakna Najib hanya ingin mengambil hati Presiden Trump atas sebab tertentu tanpa benar-benar berupaya membuat pelaburan?" soalnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...