Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Oktober 2017

40 Kerusi Bukan Boleh Buat Perubahan Pun - Mahfuz Sindir Hadi.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bahawanya Mahfuz bukan lagi calon PAS di Pokok Sena kerana dilihat cenderung bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) menyebabkan pihaknya mencari calon lain yang lebih bersesuaian untuk mengisi tempat berkenaan. Sanusi turut berkata bahawanya Mahfuz boleh mencari platform (parti) lain jika masih mahu bertanding pilihanraya.
“Kalau dia (Mahfuz) dah bersama HARAPAN takkan dia nak jadi calon PAS, tak mungkin. Saya boleh sahkan dia tak ada dalam senarai calon (PAS), untuk PRU depan dia tidak ada, dia boleh cari platform lain.
“Kita ada kepimpinan PAS Pokok Sena yang bersama PAS. Dalam PAS, kita tak menghormati pemimpin atas kapasiti individu, kita patuh dia sebab pemimpin PAS.
“Selepas dia (Mahfuz) isytihar secara zahir atau tidak tinggalkan PAS jadi kita ucap bye bye lah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks PAS, Sarang Semut, Kedah, sabtu lepas.
Bagaimanapun keputusan PAS Kedah itu tidak sedikitpun mengejutkan Ahli Parlimen Pokok Sena itu malahan beliau melahirkan perasaan gembira dan sujud syukur kerana tidak tercalon jika tidak ia hanya akan mengkhianati rakyat.

Laporan Malaysiakini
"Saya sujud syukur kerana tidak dicalonkan sebagai calon PAS pada pilihanraya akan datang. Malahan sebaliknya kalau dicalonkan pun pasti saya akan menolak. 
Bila dah diberitahu saya tidak akan tercalon saya sujud syukur yang teramat sangat kerana saya tidak mahu menjadi calon yang akhirnya mengkhianati negara dan rakyat. Kerana saya tidak mahu menjadi calon PAS yang dilihat tidak mahu mengambil alih kuasa negara," katanya ketika diminta memberikan respon berhubung tindakan PAS Kedah itu.
Mahfuz turut mengulangi pendiriannya bahawanya masalah rakyat tidak akan boleh diselesaikan jika satu-satu parti yang bertanding tiada ada niat untuk mengambilalih pentadbiran negara.
"Nak mahsuh GST ni nak buat macam mana? Nak mahsuh GST kena tukar kerajaan. Kena politik kuasa. Kena berusaha kepada politik kuasa, politik untuk nak dapat kuasa. Politik nak dapat kuasa kena mengalahkan kerajaan yang ada. UMNO dan Barisan Nasional. 
Nak bagi menang nak boleh kalah Barisan Nasional nak bagi menang kepada Pakatan Harapan ke, kepada parti lain selain dari Barisan Nasional kena menang sekurang-kurang 112 kerusi daripada 222.
Baru boleh hapus GST. Baru boleh nak tangkap MO1 ka, Najib ka, sapa ka. Baru boleh nak buat apa pun, baru boleh nak bagi balik subsidi," katanya dalam satu ceramah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...