Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 22 Oktober 2017

Dituduh Hantar Samseng Ke Rakan Niaga Sultan Johor - Apandi Kini Mahu Saman RPK.

Saya akan saman, itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali yang berang dengan penulisan Raja Petra Kamaruddin pada jumaat lepas.

Apandi berkata beliau sudah berbincang bersama rakan-rakan peguamnya di United Kingdom (UK) mengenai langkah seterusnya yang akan diambil untuk menyaman blogger itu.


"Saya akan saman dan sedang berbincang dengan rakan-rakan peguam saya di UK. Ini tidak lain hanyalah berita palsu yang dibuat dengan niat jahat," katanya, memetik laporan portal The Star Online

Artikel yang mengundang kemarahan Apandi ialah artikel yang bertajuk "Strong Rumours Surrounding the AG: Part 1" yang disiarkan di ruangan The Corridors of Power di blog Malaysia-Today.

Apandi turut menafikan kesemua tuduhan termasuklah skandal rasuah dalam artikel itu. Berikut dibawah adalah apa yang dituliskan oleh Raja Petra Kamaruddin pada jumaat lepas;

Oleh : Raja Petra Kamaruddin
Dialihbahasa oleh AmenoWorld untuk edaran di blog.

Semasa bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menubuhkan Pasukan Siasatan Khas pada bulan Julai 2015 - yang dianggotai oleh Peguam Negara ketika itu (Gani Patail), Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas), Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (bekas) dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (bekas) - ia telah dilakukan tanpa mendapat kelulusan daripada Kabinet. Pasukan Siasatan Khas sebenarnya memerlukan kelulusan kabinet untuk ditubuhkan jika tidak ia akan dianggap menyalahi undang-undang.

Tujuan penubuhan Pasukan Siasatan Khas ini adalah tidak lain tidak bukan, ialah untuk menjalankan siasatan ke atas Perdana Menteri Najib Tun Razak mengenai dakwaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad - yang mana Najib dikatakan telah 'mencuri' RM42 bilion wang dari 1MDB dan RM42 bilion telah 'hilang tanpa dikesan'. 


Yang sebenarnya matlamat utama mereka ialah untuk membolehkan ANC (Kempen Anti-Najib) menjatuhkan Najib dalam Mesyuarat Kabinet yang dijadualkan pada bulan itu iaitu pada 29 Julai 2015 dengan menggunakan isu 1MDB bagi mendesak Najib meletak jawatan atau bersedia untuk ditangkap (disiasat).

Plot gagal, Gani tumbang

Sama ada kes (dakwaan) wujud atau tidak ia tidak penting. Samada kes boleh dibina (mendatangkan bukti dan hujah) terhadap Najib ataupun tidak itu pun tidak penting. Kerana apa yang mereka (kumpulan) ini mahukan ialah Najib meletak jawatan meskipun mereka tidak akan meneruskan kes (siasatan & dakwaan). Yang penting objektif untuk memaksa Najib meletak jawatan tercapai.

Tiga hakim senior - Tun Arifin Zakaria, yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif, yang kemudiannya dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya - pergi menemui Najib di kediamannya dan menasihati beliau akan memecat Gani kerana kerajaan tidak sepatutnya mempunyai Peguam Negara yang menggunakan kuasanya (secara salah) untuk kepentingan peribadi dan terlibat dalam agenda ANC (Kempen Anti Najib).

Najib kemudiannya bertanyakan soalan kepada ketiga-tiga hakim itu jika dia membuang Gani maka siapa yang layak dilantik sebagai penggantinya dan kesemua mereka kemudiannya mencadangkan nama Tan Sri Mohamed Apandi Ali.


Azeez, Apandi berpakat bentuk team


Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji, yang mengetahui maklumat ini, kemudian bergegas untuk bertemu dengan Apandi dan memaklumkan bahawa Gani akan dikeluarkan sebagai Peguam Negara dan tiga nama sedang dipertimbangkan untuk tugas itu - Tan Sri Muhammad Shafee Muhamad Abdullah adalah salah seorang daripada mereka dan pencabar utama bagi Apandi untuk pekerjaan itu. Azeez kemudian memberitahu kepada Apandi bahawanya dia akan melobi dan memastikan Apandi akan mendapat jawatan tersebut.


Sebenarnya, berdasarkan saranan oleh tiga hakim sebelum ini, hanya nama Apandi dicadangkan dan satu-satunya calon tunggal bagi mengisi jawatan itu. Nama Shafee tidak tercalon sama sekali, jauh sekali boleh dianggap sebagai pencabar utama. Tetapi Azeez perlu membuat ia kelihatan seperti itu untuk membayangkan ia adalah satu perlumbaan yang sengit dan juga untuk mengambarkan betapa sukarnya peranan yang akan dimainkan oleh Azeez bagi memastikan Apandi mendapat pekerjaan itu. Seolahnya bagaikan keajaiban. Sebenarnya Shafee adalah penasihat undang-undang kepada Najib dan Najib sama sekali tidak akan melepaskan Shafee.

Azeez mahu Apandi berasa bahawanya peranan Azeez sangat penting dan tanpa bantuannya, Apandi tidak akan berpeluang mendapatkan pekerjaan itu. Azeez mahu memihak kepada Apandi kerana jika dia boleh mengawal Peguam Negara makanya dia boleh membuat banyak wang apabila menjadi orang yang berperanan untuk membuat perjanjian bagi menyelesaikan (menutup) kes. Kumpulan penjenayah terancang dan dunia korporat sanggup membayar banyak wang untuk 'menyelesaikan' kes berkaitan perundangan dan nilai untuk 'menyelesaikan' (menutup) kes-kes sebegini kebiasaannya melibatkan duit yang banyak.

Apandi Ali, Peguam Negara yang paling rosak dan korup dalam sejarah negara. 


Satu contoh kes ialah melibatkan seorang ahli perniagaan dari China. Ahli perniagaan itu juga merupakan rakan niaga Sultan Johor, D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Apandi khabarnya telah menuntut RM4 juta daripada ahli perniagaan tersebut apabila ahli perniagaan itu telah menang kesnya di mahkamah. Apabila ahli perniagaan itu enggan membayar, Apandi kemudiannya menghantar sekumpulan samseng untuk membuat ugutan bahawanya anak ahli perniagaan itu akan diculik jika enggan membayar 4 juta. 


Berasa takut, ahli perniagaan itu kemudiannya menceritakan masalahnya kepada Sultan Johor dan meminta nasihat apakah yang beliau perlu lakukan. Mendengar perkhabaran tersebut, ia membuatkan Sultan Johor berasa marah dan kemudiannya menelefon Apandi. Apandi pada ketika itu sebenarnya berada di London dan sedang tidur. Sultan Johor kemudiannya memarahi Apandi atas apa yang beliau lakukan pada ahli perniagaan China itu bagaimanapun Sultan terkejut apabila Apandi menjawab bahawanya ahli perniagaan China itu telah menang kes dan sememangnya wajar untuk dia membayar sesuatu sebagai balasan.

Sultan kemudiannya membalas dengan mengatakan bahawa Apandi ialah seorang hakim (ketika perbicaraan berlangsung) dan apakah haknya untuk meminta wang kononnya telah memenangkan kes. Sultan Johor juga menceritakan perkara itu kepada Najib. Najib juga apabila mendengar cerita itu turut menjadi berang. Akhirnya Apandi menghentikan ancaman (dengan meminta samseng menghentikan ugutan) bagaimanapun ahli perniagaan China itu terlalu tergangu dengan serangan tersebut sehingga jatuh pengsan akibat serangan jantung sehingga dimasukkan ke dalam hospital. 

Azeez masih memegang tengkuk Apandi dengan berulangkali menghasutnya dengan mengatakan bahawanya Shafee masih mahukan jawatan Peguam Negara dan berterusan melobinya. Ini membuatkan Apandi berasa paranoia. Apandi turut beranggapan bahawanya Azeez akan sentiasa melindunginya dan ia membuatkannya berasa terhutang budi kepada Azeez. Strategi Azeez sebenarnya mudah iaitu mewujudkan rasa takut di hati Apandi supaya Apandi berasa tidak aman kononnya kehilangan pekerjaannya pada bila-bila masa. Azeez perlu membina persepsi bahawa musuh Apandi ialah Shafee. Azeez kemudian menawarkan dirinya sebagai 'tuan dan pelindung' kepada Apandi yang mana beliau akan memastikan bahawa Apandi tidak kehilangan pekerjaannya. Apa yang Azeez rahsiakan dari Apandi ialah tugasnya sebagai Peguam Negara sebenarnya cuma selamat sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga atau empat tahun. 

Sudah tentu, semua ini tidak benar tetapi Apandi telah membenci Shafee sekarang dan akan berkata buruk tentang Shafee. Mana-mana pihak yang dilihat akrab dengan Shafee juga akan dipencilkan. Apandi juga memberitahu pelanggan Shafee bahawa jika mereka melantik Shafee sebagai peguam mereka, mereka akan kalah kes. 

Azeez telah memberikan habuan kepada Apandi berupa 'barangan' tertentu atas semua 'projek' yang mereka lakukan bersama. Habuan-habuan tersebut telah dipindahkan menerusi moneycharger di Kuala Lumpur ke London. Inilah sebab mengapa Apandi kerap membuat lawatan ke London - supaya dia dapat mengira 'barang-barangnya'. Kami tahu identiti sebenar 'moneycharger' ini dan bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM bagi melakukan pendedahan andaikata permintaan (secara protokol) dilakukan oleh SPRM. 


Bagi meneruskan agenda mereka, abang ipar kepada Apandi, iaitu Jahabar Sadiq, menggunakan portal The Malaysian Insight (TMI) sebagai alat menyebarkan propaganda. DAP adalah penaja utama TMI manakala Azeez adalah penaja bersama. TMI dibayangkan sebagai portal yang pro kepada 'pembangkang' sedangkan hakikatnya ia digunakan sebagai 'trojan horse' oleh orang-orang Umno seperti Azeez untuk menyerang musuh-musuh mereka di Umno dan Barisan Nasional. Bagaimanapun, kami akan bercakap lebih lanjut mengenai TMI dalam episod seterusnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...