Rabu, 25 Oktober 2017

Kenapa Ada Kempen Undi PAS Di Surat Kelulusan Kad Peduli Sihat?

Tular di laman sosial mengenai satu gambar yang merujuk kepada beberapa surat yang diberikan kepada pemohon-pemohon yang berjaya dalam Skim Peduli Sihat.

Individu yang enggan dinamakan memberikan info bahawanya terdapat pihak yang meletakkan logo parti tertentu sedangkan skim tersebut sebenarnya adalah dibawah inisiatif kerajaan Selangor.


Gambar yang dikongsikannya juga mendapat kritikan netizens yang tidak bersetuju dengan tindakan pihak tersebut.

Skim Peduli Sihat mula diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali pada April lepas. Menerusi Belanjawan Selangor 2017, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sejumlah RM125 juta diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan kepada 250,000 keluarga atau kira-kira satu juta rakyat negeri ini yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

Di web rasmi SKIM Peduli Sihat menyatakan pendaftaran secara online mengharuskan setiap borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan dan setiap pemohon yang telah diluluskan permohonannya kad Skim Peduli Sihat miliknya akan dihantar menerusi Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri sebelum diagihkan kepada pemohon berkenaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...