Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Oktober 2017

Dengan Tak Malunya Papa Gomo Daftar Logo Invoke, Bagi Amaran Pada Rafizi.

Semalam blogger UMNO yang penuh dengan isu kontroversi Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali dengan panggilan glamernya Papa Gomo telah mengadakan satu sidang media khas bertempat di  Dewan Shazac Bistari.

Sidang media yang turut disiarkan secara LIVE FACEBOOK itu dibuat bertujuan untuk memberikan amaran secara terbuka kepada Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan agar berhenti menggunakan logo INVOKE SOLUTION kerana logo itu telah didaftarkan ke atas nama beliau sebagai pemilik yang sah dan berdaftar dibawah MyIPO - Perbadanan Harta Intelek Malaysia.



Papa Gomo memulakan sidang medianya dengan menceritakan kronologi bagaimana beliau menghadapi kes tuntutan saman dari Anwar Ibrahim kerana menfitnah pemimpin pembangkang itu.

Papa Gomo turut menjelaskan tiada mana-mana peguam UMNO yang mahu mewakili beliau bagi menghadapi tuntutan saman Anwar di mahkamah kerana tidak mahu menjejaskan nama UMNO. 

Papa Gomo turut memaklumkan bahawanya peguam Anwar pernah hadir ke rumah beliau bagi tujuan menyita bagaimanapun pintu rumah tersebut berkunci dan tidak dapat dibuka. Papa Gomo juga meluahkan perasaan kesal dan ralat kerana kes rayuan masih berjalan di mahkamah dan kes berkenaan akan diputuskan pada 2 November kelak.

Menurut Papa Gomo beliau perlu membayar kesemua hutang saman itu secara tunai kerana rayuannya untuk membayar secara ansurans tidak diendahkan meskipun telah membuat rayuan berkali-kali kepada peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Berikut adalah ringkasan hutang yang perlu dijelaskan oleh Papa Gomo;

1. 800,000 jumlah penghakiman
2. 101,260.27 ditambahkan faedah 4% setahun
2. 50,000 kos mahkamah
3. 951,260.27 kos seluruhan

Menurut Papa Gomo lagi beliau tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap mana mana individu yang menyalahgunakan nama INVOKE untuk tujuan mengaut keuntungan ataupun peribadi. 

Beliau juga tidak kisah jika Rafizi mahu mengheret isu logo INVOKE ke mahkamah kerana sudah lali dengan proses perbicaraan di mahkamah. 

Sidang media itu juga bertujuan untuk meminta derma dari orang ramai agar membantu Papa Gomo membayar saman kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mahkamah memutuskan Wan Muhammad Azri bersalah kerana didakwa menfitnah pemimpin pembangkang itu pada 2013.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...