Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 22 Oktober 2017

DAP Dah Diberikan Amaran Sebelum Berlakunya Tanah Runtuh Tapi..

Kenapa kerajaan DAP Penang tetap meluluskan pembangunan di lereng bukit walaupun dikritik pelbagai NGO alam sekitar dan juga persatuan penduduk di kawasan
terbabit?
Laporan Akhbar
Saya masih ingat awal tahun ini ada satu NGO, Penang Hill Watch mengeluarkan satu laporan mengenai 29 kes bukit di Pulau Pinang yang digondolkan dan berpotensi berlaku kejadian tanah runtuh. (laporan boleh dimuat turun di sini: https://penangforum.files.wordpress.com/…/phw-report-20161.…)
Laporan tersebut turut diserahkan kepada kerajaan negeri.
Dalam 29 kes itu, kes pertama yang dilaporkan pada bulan Ogos 2016 adalah bukit di Lorong Lembah Permai 3. Tempat yang sama berlaku tanah runtuh semalam! (setakat ini, 6 mayat dijumpai, 5 lagi masih tertimbus)
Nampaknya sikap tidak prihatin kerajaan Penang terhadap kritikan sangat tidak memuaskan. Jika mereka mendengar keluhan penduduk dan NGo terbabit sejak dari awal, mungkin kejadian bencana tanah runtuh buruk semalam boleh dielakkan. Inilah yang berlaku bila kerajaan yang sepatutnya melindungi rakyat memilih untuk bersekongkol dengan pemaju. Sampai bila nak gondolkan bukit? Nyawa orang ni mana boleh jual beli!
Berikut rentetan kejadian tanah runtuh dan banjir di Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun;
14 Oktober 2016 : Sebahagian Jalan Lembah Permai-Puncak Erskine di Tanjung Bungah runtuh dan terpaksa ditutup, selain mengakibatkan sebuah rumah terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian diarah pihak berkuasa supaya dikosongkan.
29 Oktober 2016 : Pada sambutan Deepavali, ratusan rumah termasuk sebuah kampung berdekatan Kampung Melayu Air Itam, dinaiki air selepas hujan lebat berterusan melanda Pulau Pinang.
29 Oktober 2016 : Sembilan terperangkap dalam sebuah kuil dan sebuah kereta tertimbus berhampiran kejadian tanah runtuh di Air Itam, berikutan hujan lebat selama tiga jam di kawasan itu. Kejadian berlaku antara jalan utama dan laluan ke arah Empangan Air Itam berdekatan sebuah kuil Buddha.
1 November 2016 : Hanya tiga hari selepas banjir kilat melanda George Town, sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk, lebih 100 isi rumah pula terjejas akibat banjir kilat di Batu Maung.
7 November 2016 : Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat dan kejadian tanah runtuh terburuk, seminggu selepas banjir semasa perayaan Deepavali. Jalan utama menghubungkan pusat bandar dan Teluk Bahang ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan laluan runtuh di Jalan Ujung Batu, Teluk Bahang.
15 September 2017 : Hujan lebat sejak jam 3 pagi menyebabkan George Town dilanda banjir kilat di lima daerah di negeri ini.
21 September 2017 : Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat dan hujan lebat yang turut menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Tun Sardon-Jalan Bukit Baru, Paya Terubong mengakibatkan jalan utama menuju ke Balik Pulau dan George Town terhalang.
21 Oktober 2017 : Berlaku kejadian runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah kira-kira 8.57 pagi. Kejadian itu menyebabkan 11 tertimbus dan setakat ini enam mayat telah dikeluarkan daripada tanah runtuh itu.
Sumber : Bernama, Muhammad Harris Nasril

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...