Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 Januari 2015

Pengakuan Maut Ibu Sirul - Sirul Buat Pengakuan Dia Diarahkan Oleh Seseorang Kepada Ibu Sendiri !!!!


Semalam ada orang mesej aku. Tentang Sirul Azhar. Katanya. Dia dulu pernah ditugaskan untuk menjaga Sirul dan Sirul neh memang susah dan takan akan buka rahsia apa-apa. Dia terlalu setia. Salah seorang rakan polis aku juga pernah bagitau yang UTK neh bukan calang-calang latihan dorang. Power. Pengetahuan, pengalaman dan latihan untuk diserap dalam UTK bukan sesuatu yang kita sebagai orang biasa oleh remehkan.

Aku tatau la betul ke tak betul percakapan dia tue tapi ye la kot power. Kalau tak power macam mana Sirul boleh melepasi Malaysia untuk masuk ke Australia dan kini telah mendapat perlindungan dari Australia bagi melarang PDRM membawa dia pulang ke negara untuk menjalani hukuman mati.

Satu lagi persoalan yang timbul dalam otak aku ialah tentang Azilah. Kenapa Azilah tak lari menyelamatkan diri seperti Sirul? Apakah status hubungan Azilah dan Sirul? Adakah mereka kini bermusuhan antara satu sama yang lain? 

Azilah seolah-olah seperti menerima perlakuan tersebut meskipun semasa dalam perbicaraan dia menafikan yang dia berada di tempat kejadian. Sambung balik citer pasal orang yang mesej aku semalam. Dia kata. Sirul hanya pernah bercakap macam neh jek kat sini 'nasib aku akan ditentukan selepas PRU nanti'. Merujuk kepada PRU ke 13 pada tahun lepas. Dan orang yang jaga dia bagitau aku Sirul bukan seperti tahanan biasa sebaliknya seperti sedang menjalankan 'task'.

Faham tak?

Ada sesetengah polis perlu menjadi perisik la.
Perlu jadi samseng la.
Perlu jadi ahli kongsi gelap la.
Perlu melepak kat kelab2 malam untuk collect maklumat la.

So. Jangan2 si Sirul neh ditugaskan untuk 'menjadi kambing hitam'. Macam-macam spekulasi boleh timbul selagi mana Sirul dan Azilah degil nak mampos taknak buka mulut dan mention nama. Sekarang kedua2 malaon tue degil.


Sembang huha bagitau dianiaya tapi taknak mention nama. Pejadah macam tu.

Part passport aku tak heran sangat. Mungkin ketika Sirul telah dibebaskan dari pertuduhan maka dia tidak lagi dianggap penjenayah. Dia laju2 gunakan peluang tersebut untuk berhijrah. Tapi aku heran kenapa Sirul tahu Australia merupakan destinasi yang betul. Maksudnya dia memang dah study semua neh. Dia dah tahu ke mana patut dia tuju. Kenapa dia bertindak untuk study semua neh dan mensasarkan Australia. Maksudnya dia memang dah tahu bahawa dia akan dilepaskan dari tuduhan dan dia boleh gunakan kesempatan tersebut untuk lari jauh2 sementara pendakwaraya failkan rayuan bagi membatalkan keputusan terdahulu.

Dan bagaimana pula dengan Azilah. Kenapa Azilah tak gunakan kesempatan yang sama untuk lari jauh2 macam Sirul? Ini apa yang aku fikir. Azilah dan Sirul sebenarnya menyimpan rahsia yang berbeza. Apa yang Sirul tahu dan apa yang Azilah tahu tak sama.

Azilah dan Sirul mempunyai peranan yang berbeza. Ataupun sebenarnya Sirul telah lari dari peranan yang dia sepatutnya mainkan. Atau Azilah yang lari dari peranan yang dia sepatutnya mainkan. Tak sure macam mana. Yang aku tahu mereka sangat degil dan enggan buka cerita sebenar biarpun telah didesak bertubi2 oleh rakyat marhaen yang menuntut kebenaran.

Pengakuan ibu kandung kepada Sirul pula turut dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian. Ini apa yang mereka beritakan ;

Ikuti luahan ibu kandung Sirul Azhar seperti diceritakan kepada Wartawan Sinar Harian, NURUL MAZWANA HAMDAN, semalam. Pintu rumah dibuka kecil. Separuh tubuhnya disembunyikan di balik daun pintu. “Apa yang boleh Mak Long cakap? Hukuman sudah diputuskan hakim, sudah dijatuhkan mahkamah," ibu tua itu bersuara lemah. Sebagai seorang ibu yang sentiasa mengharapkan kesejahteraan anaknya, dia hanya mampu memanjatkan doa dan berharap anaknya itu kembali semula ke tanah air. “Dah lama kami terputus hubungan. Kali terakhir kami berjumpa tahun lalu semasa dia datang jemput anaknya. “Sebagai ibu, siapa yang tidak sedih mengenangkan nasib anak, tambahan pula ketika ini Mak Long tidak tahu di mana dia berada. “Mak Long reda dengan keputusan yang sudah ditetapkan mahkamah. Itu ketentuan Tuhan. Sudah bahagian dia begitu, tapi kalau boleh Mak Long nak dia pulang. Mak Long nak jumpa anak Mak Long, nak pegang tangan dia, nak sentuh pipi dia,” katanya. Air yang sejak awal bergenang di kelopak mata Mak Long sudah jatuh ke pipi. Mak Long tunduk, sambil menahan sebak di dada. “Walaupun amat berat untuk terima, Mak Long harus kuat terima semua ketentuan ini,” dia kembali bersuara. Riak duka masih jelas di wajahnya. “Doa Mak Long untuk Sirul tidak pernah putus. Setiap hari Mak Long mohon ALLAH lindungi dia, pelihara dia. Mak long selalu solat hajat untuknya. Menurut Piah, sudah lama dia tidak tonton televisyen kerana ia akan membuatkannya lebih sedih apabila mengenangkan anaknya itu. “Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya. “Tidak kira apa pun yang berlaku, sebagai seorang ibu, Mak Long harap dia dapat pulang semula ke pangkuan keluarga. Saat ini itu saja yang Mak Long mahu,” katanya. Piah kini tinggal berseorangan di rumah itu. Anak-anaknya semua sudah bekerja dan berkeluarga. Kadang-kadang jiran-jirannya datang menemaninya pada waktu malam.-Sinar Harian

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...