Selasa, 13 Januari 2015

Konsert KPOP Kini Dikaitkan Dengan Agenda Mossad Pula Dah..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Jilaka punya Mahfuz Omar. Dengan seriyusnya dia mengaitkan konsert KPOP dengan agenda global dan ada kaitan dengan Mossad. Ini betul2 nak bagi aku gelak pecah perut ke apa neh woi.

Baca sat ;
Banyak pihak berspekulasi berhubung 'sebab sebenar' penganjuran acara artis k-pop B1A4, yang menyaksikan aksi kontroversi peluk cium, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempunyai versinya tersendiri.

 

Beliau pergi lebih jauh dengan mengaitkan apa yang berlaku dengan agenda global untuk “menjatuhkan maruah wanita Islam”.

“Saya bimbang yang pakai tudung ini sebenarnya orang yang tidak memakai tudung tetapi diupah memakai tudung dan melakukan agenda yang tidak bermoral.

“Saya bimbang itu yang akan berlaku seperti mana banyak khabar angin yang dibuat (seperti dalam) isu pembunuhan di Perancis adalah agenda Mossad (badan risikan Israel).
“Sama juga seperti apa yang berlaku pada acara malam tadi. (Mungkin) bukan wanita yang pakai tudung yang naik (pentas).

"Tetapi untuk menjatuhkan maruah wanita Islam."
Beliau berharap pihak berkuasa dan kementerian berkaitan menyiasatnya.

Kenapa dapat kelulusan?

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini, Mahfuz kesal apabila program itu diluluskan kerajaan.

“Atas dasar apa mereka beri kebenaran artis luar dibawa masuk.

"Dan apa garis panduan (program) ini? Seolah-olah tidak ada garis panduan kepada penganjur dan penganjur boleh buat apa sahaja (termasuk) peluk dan cium.

 
“Saya minta satu siasatan dibuat oleh pihak berkuasa kepada penganjur kerana saya bimbang sekiranya penganjur ini yang cipta satu suasana untuk bersifat penghinaan kepada Islam,” katanya.

Aku minta Mahfuz bertenang dan berhenti buat lawak bangang. Lawak2 bangang tue biar UMNO dan geng2 depa je yang buat. Kita jangan la ikut jejak langkah bangang UMNO tue Mahfuz woi.

Pertama. KPOP memang agenda global. Tapi bukan ada kaitan dengan Mossad atau ada kaitan dengan Kristian. Sebaliknya ia adalah agenda global untuk wujudkan trend KPOP. Kenapa ini penting?

Ini penting kerana ini adalah INCOME kepada KOREA SELATAN.
Lebih banyak filem, drama atau lagu yang diterbitkan oleh KOREA SELATAN terjual bermaksud INCOME kepada INDIVIDU, SYARIKAT dan NEGARA.

Lebih banyak muzik2 KPOP dikenali maka lebih ramai la orang berminat membeli tiket konsert artis2 KPOP.

Lebih banyak drama2 KPOP diminati maka lebih ramai la orang berminat mahu melancong ke Korea dan mengenal budaya negara itu dari dekat.

Maka. KPOP memang agenda dunia. Agenda mereka ialah INCOME, PENDAPATAN, DUIT, MONEY.

Kedua. Tak perlu la berspekulasi dengan membayangkan konon2 perempuan itu sebenarnya tidak bertudung apa bagai seolah2 depa tue spy la apa la. Hadoi. Benda simple je. Dorang dah dedahkan identiti wajah2 yang membiarkan diri di peluk tue. Aku rasa mao depa tergelak2 guling2 baca kenyataan Mahfuz pasal kaitkan Mossad dengan KPOP.

Ketiga. Tiada suasana yang tercipta untuk hina Islam. Apa yang berlaku hanya babitkan tingkahlaku gadis2 tue aje. Orang takan hina Islam. Non muslim ramai yang cerdik dan mereka boleh bezakan tingkahlaku gadis tue dengan Islam ialah dua topik yang berbeza. Gadis2 itu hanya memalukan diri sendiri.

Yang sebenarnya. Tak perlu kerah otak teruk2 atau fikir bangang2 pasal isu KPOP neh. Kerana ;

- Yang naik ke atas pentas itu ialah peminat2 itu sendiri.

- Sendiri yang rela dipeluk dan memeluk.

- Mereka dah kantoi.

- Nasihat dan kawtim elok2.

Tamat cerita. Tak payah heret agama orang atau heret citer2 bangang. Lepas kristianisasi, then mossad plak, agak2nya syiah, freemason, illuminati kena heret sama plak lepas neh. Umat Islam yang delusional. Seringkali nak anggap ada agenda itu agenda ini konspirasi itu konspirasi ini padahal benda simple aje kot. Seseorang dah terkantoi sebab taksub dan itu sahaja. Kau tak payah susah2 nak buka citer bangang la. Tolong la. Aku dah tak larat asyik nak gelak aje tengok lawak2 bangang pemimpin politik kat negara neh. 

Kelakar sial.

Rujukan :  sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...