Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 Januari 2015

KJ, BN & Pengkritik KPOP Jangan Hipokrit Nak Mampos - Ini Bukti Menteri Cakap Tak Serupa Bikin!

Amboi amboi amboi..

Aku perati aje perangai malaon2 yang mengkritik KPOP dan memuja muji perangai KJ yang menyindir peminat2 KPOP. 

Aku perati je perangai malaon2 netizen yang mengkritik KPOP dan mula menyalahkan peminat2 itu secara rambang tanpa melihat kepada keadaan yang mendorong kepada perkara tersebut.

Aku perati aje perangai NGO NGI yang pro partisan kerajaan dalam mengkritik aliran muzik KPOP.

Selain daripada PAS. Di ulangi. Selain dari PAS. Takde mana2 parti pun yang aku nampak konsisten lawan konsert dan mencegah semua perkara2 yang berisiko melalaikan umat.

Selain daripada NGO bebas seperti ABIM dan IKRAM, takde mana-mana NGO pro Islam pun yang aku nampak konsisten melawan segala bentuk kemungkaran tanpa double standard bila babitkan isu2 semasa.

Selain daripada NGI seperti MAZA, Saiful Islam, UZAR dan geng2 ustaz atau non ustaz non partisan takde mana2 ustaz ustiz ustazah ustizah NGI pun yang aku nampak mereka konsisten melawan kemungkaran tanpa berpihak dan double standard.

So selain daripada entiti2 yang aku sebutkan di atas, mereka yang lain takde sedikit pun KELAYAKAN, aku ulang KELAYAKAN untuk menzahirkan kritikan terhadap KPOP.

Kau boleh bungkus kau punya kritikan dan campak kat muka korang sendiri. Tiba2 je netizen, menteri gila dan NGO tah mana-mana hala bangkit lakon suci melakukan kritikan seolah2 baru kau tahu hari neh orang memeluk artis padahal zaman orang memeluk artis neh dah berlaku sejak bertahun2 lagi dan zaman orang di didik agar taksub kepada artis neh pun dah berlaku sejak bertahun2 lagi dan usah kata peminat gila meroyan peluk artis kita siap ada majalah lucah mangga playboy lagi. Relax aje. Takde plak geng2 gila meroyan neh buat hashtag mencegahkejahatanmangga.

Dan sekarang. Aku perati plak puak2 UMNO neh galak dedahkan identiti anak2 buah aku yang meroyan taksub peluk artis KPOP di blog2 mereka.

Woah.

Mentang2 orang kecil. Sedap2 korang nak buli sakan kan. Orang yang mencuri, merompak khazanah negara laju2 plak mangkok ayun tue bela. Macam sial aku tengok sekor2.

Sebelum kau semua mengutuk anak2 buah aku yang taksub kepalang memeluk artis2 KPOP pujaan mereka, kau semua patut bidas dulu malaon2 di bawah yang pernah menyokong budaya konsert KPOP sehingga ianya menjadi trend dan budaya kat negara neh.

KJ. Mana kau KJ. Kau dah lupa ke kenyataan kau bagi menghalalkan jutaan ringgit dilaburkan kepada konsert KPOP suatu ketika dulu wahai KJ.

Lihat ;


Hak ala ala ala.. KJ. Dan tiba2 kau ;


Tapi dulu kau ;


Dan sekarang kau ;


Eh, macam mana tue?

HIPOKRIT NAK MAMPOSNYA KAU KJ.

Dan macam mana kau tahu yang artis2 KPOP tue bukan lelaki sejati. Kau ada analisa sejarah 'seks' dorang ke. Takde sapa2 pun boleh tahu lelaki itu sejati atau tidak sejati melainkan lelaki itu membuat pengakuan sendiri ataupun kau pernah beromen dengan lelaki tersebut. Yang gelap, tinggi ataupun hensem pun belum tentu sejati wahai KJ. 

Dan bagaimana pula dengan ini ;

Dan ini ;


Ewah ewah ewahh.. laju2 je bloggers UMNO sebar identiti nak kutuk anak2 buah aku kan? Yang kat atas neh korang tak sebar laju2 plak kan?
 
Kau yang didik.
Kau yang tawar.
Kau yang hasut.
Kau yang pengaruh.
Kau yang galak.
Kau yang sokong.
Kau yang asuh sejak awal lepas tue bila anak2 buah aku jadi suka, minat, sokong dan taksub kau semua meroyan nak kritik dorang balik. Boleh ke? Mana boleh. Bodoh kot. Padahal kau yang terap dan serapkan budaya agar mencintai dan menggilai hiburan supaya nanti rakyat kau jadi lalai dan tidak tumpu kepada hal2 pentadbiran negara agar senang kau semua nak melakukan penyelewengan dan merembat harta2 negara dan kemudian bila anak2 buah aku terjebak akibat gagal menilai permainan2 kau semua disitu kau semua tiba2 plak nak bajet suci kritik dorang.

Ada ke patut.

Macam lancau aku tengok sekor2.

Dan masa neh la juga. Tiba2. NGO tah mana2 hala bersuara. NGI yang mana2 hala juga bangkit mempertahankan Islam. Masa neh netizens gila meroyan nak mengkritik sakan. Padahal. Bila isu2 berkaitan2 ekonomi khususnya orang melayu, yang baca tak sampai 2%. Kalau bab kutuk orang hina orang gosip artis kahwin cerai bergaduh suami ku encik sotong la suami ku piem yang pondan suami ku JAKIM tak guna la laju2 plak depa buat havoc. 

Dorang neh ada masalah untuk tentukan perkara2 yang penting ikut tangga kepentingan. Itula masalah utama dorang. Dan masalah no dua ialah hipokrasi. Yang neh paling aku meluat. Benda yang sama kau buat takpe. Takde masalah. MANGGA berakar umbi kat negara neh. Kau semua takde buat hashtag atau lawan kaw2 sampai ia jadi kecoh pun. Balik2 blog aku je mengumpat MANGGA. Asal ada je orang mengumpat MANGGA PLAYBOY mesti blog aku. Asal blog aku mesti mengumpat MANGGA PLAYBOY. Siot. Aku dah penat kot ulang2 modal sama. Takde sapa2 pun nak sambut umpatan aku.

KENAPA?

Sebab mangga playboy tue MELAYU.
Yang KPOP neh KAFIR LAKNAT.
ORANG MELAYU ANTI KAFIR LAKNAT.
KAFIR LAKNAT BUAT APA2 JE SEMUA SALAH.
MELAYU BUAT TAKDE MASALAH.
FILEM2 MELAYU ADA BABAK BEROMEN PUN OKAY.
FILEM2 MELAYU ADA BABAK BERPELUK PUN OKAY.
FILEM2 MELAYU ADA BABAK LAWAK BERUNSUR2 LUCAH PUN OKAY.

MELAYU BUAT OKAY.
NON MELAYU BUAT TAK OKAY.

MELAYU buat program realiti tv nyanyi peluk2 atas pentas. Okay. Yang kritik pun seberapa besar la sangat. Tak cukup POWER untuk dijadikan modal berita berhari2 lamanya. Sebab dia MELAYU.

Kalau dia bukan melayu. Berpeluk pula dengan melayu. Maka ia tak okay. Kita kena lawan kaw2. Buat hashtag. Menentang kejahatan kpop.

Kepala bana kau.

Tentang dulu kejahatan2 menteri2 gila kau yang bawa masuk dan mempromosikan budaya tersebut di Malaysia.

Tentang dulu hipokrasi2 kau dalam melawan isu2 semasa.

Tentang dulu kejahatan yang berakar umbi kat negara neh.

Dan secara automatik akan berlaku situasi yang mana manusia akan beransur2 berubah disebabkan persekitaran itu berubah.

Anak2 buah aku yang taksub kpop itu akan berubah apabila persekitaran di negara neh berubah. Kita tidak lagi menyekat kreativiti dalam seni yang melarang pembikinan filem2 atau drama2 yang mengajar orang berfikir, menolak penindasan, kezaliman atau melawan raja2 dan dedahkan perangai sebenar ahli2 politik dan artis yang gila.

Selagi mana persekitaran kita mendorong ke arah ketaksuban, memuja artis membuta tuli, hanya mahu menerima pandangan sebelah pihak, menekankan hiburan keterlaluan dalam kehidupan, menindas mahasiswa2 yang melawan dan mempersoalkan tindakan kerajaan ke atas mereka, menghukum pengkritik2 kerajaan dengan akta merepek seperti akta hasutan, membuli rakyat dengan polisi2 gila lagi kejam, selagi itu anak2 muda neh jadi malas dan takut untuk berfikir kritis. Baik aku minat muzik je la. Kalau tidak, nak buat apa.

Minat komunis kang kena kata kafir.
Minat persoalkan agama kang. Kena tuduh sesat.
Minat beli kartun Zunar kang. Kena siasat polis.
Minat membangkang kang. Kena tuduh hari2 macam aku neh hah.
Minat kritik agamawan kang. Kena tuduh liberalisma.
Minat menteri kang. Dapat label macai dan membodek.
Minat Benz Ali kang. Kena siasat plak dengan JAIS.
Minat Faisal Tehrani kang. Kena cop syiah.
Minat MAZA kang. Kena tuduh tak bersyukur.
Minat ulas citer2 politik di fb kang. Kena serangan politik plak dari puak2 PR dan BN yang taksub.

Ah sudah2. Aku minat muzik je la. Tak sakit kepala. Tak kena buang U sebab melawan kerajaan kerana join demo BERSIH. Tak payah susah2 fikir masalah negara. Muzik kan hadooooo..

KAH KAH KAH 

Last but no least. Tolong sebarkan amanat presiden KPOPERS neh wahai anak-anak buah ku. Jangan takut. Presiden datang untuk membela penindasan dan penghinaan ke atas kamu. Ayuh saf kpopers, bersatulah.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...