Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 Januari 2015

Woi Zahid Hamidi, Kau Dah Kantoi La, Mai Baca Ini.

Aku perati je perangai si Zahid Hamidi dalam mengulas isu Paul Phua. Semua laporan2 berita berkaitan isu Pual Phua aku baca sebab aku dapati isu neh sangat penting untuk rakyat biasa macam aku follow up. 

Ketika isu neh spark, Zahid mengambil pendirian berdiam diri. Dia baru aje buka mulut memberikan penjelasan berhubung perkara ini di hadapan pihak media bermula semalam. Menerusi laporan di media Malaysiakini, Zahid dilaporkan berkata ;

1. Dia tidak dapat mendedahkan bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada negara kerana ia babitkan rahsia besar negara.

2. Bentuk bantuan tidak boleh diumumkan sewenang2nya atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

3. Bahkan maklumat2 berkenaan terkandung dalam akta rasmi negara 1972.

4. Zahid juga dilaporkan berkata bahawa surat yang dia hantar kepada FBI bukan la surat sokongan kepada Paul Phua.

5. Sebaliknya nak menjelaskan bahawa Paul Phua bukan ahli kongsi gelap based Hong Kong iaitu 14K Triad dan tidak wujud juga kumpulan kongsi gelap itu di negara ini.

Oke.

Bukan surat sokongan ek?
Kumpulan kongsi gelap 14K Triad tak wujud di Malaysia ek?
Paul Phua bukan ahli kumpulan tue ek?

Aku rasa Zahid neh bodoh kot. Kalau dia mahu tahu. PDRM menjalankan siasatan berkaitan kumpulan 14K Triad sebelum dia jadi menteri di KDN lagi. Laporan dan hasil siasatan siap diproses sehingga FBI mendapat akses kepada maklumat tersebut sebelum dia menjadi menteri KDN. Atas sebab apa dia rasa dia tahu segalanya tentang kumpulan itu tanpa consult sebarang maklumat dengan PDRM?

PDRM sendiri memaklumkan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang kandungan surat tersebut.

Bahkan kabinet juga memaklumkan yang mereka tidak mengetahui tentang kandungan surat tersebut sehingga la ia terdedah di laman blog dan portal berita di media alternatif baru la mereka tahu tentangnya.

Maksudnya Zahid buat keputusan sendiri. Baikla. Bersandarkan kepada keputusan yang dia sendiri buat tanpa melakukan perbincangan dalam kabinet, dengan PDRM, atas fakta apa yang dia ada untuk dia mengatakan Paul Phua itu bukan anggota kumpulan 14K Triad?

DALAM BAHASA MUDAH.

Zahid ada fakta apa untuk menafikan siasatan PDRM ke atas Paul Phua?

PDRM kata Paul anggota 14K.
Zahid kata bukan.
PDRM kata 14K wujud di Malaysia.
Zahid kata takde.

PDRM ada bukti. Ada hujah. File itu ada pada FBI. Sebab ia bukti dan dalil ber-rekod untuk dijadikan point penghujahan terhadap Paul.

Dan Zahid ada apa?

Apa point dia? Oke aku menteri. Aku cakap dengan FBI. Paul tue bukan la anggota 14k. 14K neh tak wujud pun kat Malaysia neh okey. Aku menteri. Faham. Aku menteri dan aku bercakap macam tue dalam surat. So itula bukti dan hujah aku untuk menafikan siasatan PDRM.

Kau nampak? Nampak?

Zahid.. Zahid. Walaupun penyokong UMNO begitu bodoh tetapi jangan la anggap semua rakyat di negara ini ialah penyokong UMNO.

Aku bukan dan aku tidak bodoh untuk mempercayai kenyataan kau. Pertama sekali yang perlu dibuat ialah nafikan hasil siasatan PDRM ke atas Paul Phua. Kedua. Kena buktikan apa sebab kenyataan Zahid itu lebih valid dari hasil siasatan PDRM. Ketiga. PDRM perlu memperbaharui hasil siasatan mereka ke atas Paul Phua. Hasil siasatan mereka itu betul atau salah. Kalau salah apa tindakan PDRM. Kalau betul kenapa Zahid mengatakan yang berbeza?

Cuba korang baca laporan Utusan kat bawah neh kejap ;


Pertama. Utusan lapor ia ialah surat sokongan.

Kedua. Muhyiddin mengakui perkara berkenaan surat itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Apa yang berlaku hanyalah si Zahid neh dah beri penjelasan dalam mesyuarat dan semua menteri menerima penjelasan tersebut (atau berpura2 menerimanya).

Ketiga. Utusan melaporkan Zahid mengharapkan agar Paul dibenar pulang ke Malaysia. Ia jelas ada dalam surat tersebut.

Bila kau mengharapkan seseorang yang sedang disiasat agar dibenar pulang ke Malaysia jika itu bukan sokongan maka itu apa? Bangangan? Ali yang lawan monarki dan penindasan kau halau. Yang terlibat dalam perjudian haram plak kau tulis surat. Betul ke cara kau neh Zahid?

Utusan juga melaporkan yang Zahid mempertahankan Paul Phua. Tak sokong kata Zahid tapi pertahankan pula. Apa neh?

Sokong dengan pertahankan tue tak sama ke?

Ko dah kantoi la Zahid. Ko dah kantoi sejak hasil siasatan PDRM mengenai Paul Phua terdedah kepada umum. Hasil siasatan PDRM bukan guna air liur. Tapi ada rekod. Ada bukti. Ada hujah. Ada dalil sokongan. Ada kronologi. Ada jalan cerita. Ada saksi. Ada point. Ia bukannya seperti hai i PDRM, you FBI kan? I nak bagitau you Paul Phua tue anggota 14K Triad dan kumpulan tue wujud di Malaysia okay.

Bukan.

Ia adalah dokumen berserta keterangan yang lengkap.

Dan bagaimana Zahid menafikan hasil siasatan PDRM?

Hanya guna surat. Ya. Surat. Macam mana dia siasat, macam mana dia mendapatkan fakta itu kita semua tatau. Yang kita tau dia hanya mahu FBI tahu bahawa Paul Phua terlibat dalam beberapa perkara berkaitan keselamatan negara dan berharap Paul dibenarkan pulang ke Malaysia.

Surat Zahid lebih power dari hasil siasatan PDRM yang bertahun2 tentang Paul Phua. Kau tak rasa ke yang aku tak ingin sangat untuk menjadi bodoh demi untuk mempercayai kau Zahid?

Baca : Kronologi lengkap Paul Phua.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...