Jumaat, 16 Januari 2015

Lapor PDRM Sudah, Lapor SPRM Pun Sudah, UMNO Semakin Sentap, Khairudin Mungkin Keluar Parti & Hasil Siasatan 1MDB Tiada Perkembangan.


Kenapa UMNO dan bangang berpisah tiada? Ini kerana UMNO memang bangang pun.

KAH KAH KAH

Sudah agak lama aku perhatikan kritikan2 UMNO ke atas Khairuddin yang juga laki Ummi Aida. Kritikan itu mula berlaku apabila Khairudin membuat satu laporan polis agar siasatan dijalankan ke atas 1MDB mengenai pelaburan2 yang dibuat oleh entiti GLC itu.

Sejak Khairuddin membuat laporan polis dan mengkritik 1MDB secara terbuka ini apa yang berlaku kepadanya ;

1. UMNO Pulau Pinang menafikan mereka terlibat dalam laporan berkenaan dan tegur tindakan Khairuddin secara terbuka.

2. Serangan peribadi bertubi2 dilakukan ke atas batang tubuh Khairuddin. Tak cukup serang dia, serang pula bini artis dia.

3. Lepas tue serang pula isu rumah dia kena lelong. Low class punya mentaliti. Khairuddin neh secara peribadi aku tatau dia kerja apa so aku hanya melihat rumah dia yang dilelong itu menandakan dia ada masalah kewangan. Unless kau dapat buktikan dia tak layak miliki harta sebanyak itu kerana dakwaan salah laku terlibat dalam skandal pecah amanah ke atau pendapatan dia tak melayakkan dia memiliki aset itu logik juga nak attack isu tersebut. Serang dia semata2 rumah dia kena lelong sebab dia lapor PDRM isu 1MDB? Memang bangang puak2 UMNO neh. Bangang.

4. Menteri gila yang namanya Tengku Adnan pun boleh pula buat kenyataan terbuka agar si Khairuddin tue tarik semula laporan polisnya terhadap 1MDB. Bangang kot. 

5. Tak cukup dengan itu. Si Pekida pula membuat laporan polis terhadap Khairudin kerana dikatanya Khairuddin membuat laporan polis palsu tentang 1MBD. Ini satu lagi super bangang. Polis pun tak bentang lagi hasil siasatan tahu2 aje laporan Khairudin tue dianggap palsu oleh Pekida. Gila ke kau? Bagi la polis buat siasatan dulu ngok.

A buat laporan polis tentang C.
C ialah entiti kerajaan.
B bukan ada kaitan dengan C. Tapi B, E, F sampai Z semua goyang.
B jaga KL goyang. E jaga parti kat Penang goyang. Z jaga NGO pun goyang.
Apsal pula B, E, F sampai Z semua nak goyang?
Apsal pula puak2 UMNO Penang nak goyang?
Apsal pula puak2 UMNO lain nak goyang?
Hanya laporan polis. Polis la yang patut goyang. Aku nak siasat ke taknak siasat ke. Taknak siasat kang rakyat maki aku babi. Siasat kang benda babitkan menteri. Silap2 aku mati.

PDRM sekarang tengah goyang. Mungkin biarkan siasatan tergantung tanpa tali.
Biarlah maloan parti main politik.
Aku kena maki pun bukan boleh mati.
Tapi siasat menteri dan kerajaan memang sah boleh mati.
Jadi buat bodoh je. Tak dengar lalalala.. rakyat maki PDRM tak dengar lalalalala... lantak korang nak cakap apa.. tak dengar lalalalalala... tutup telinga.. tutup telinga.. standard PDRM kau.

KAH KAH KAH

Dan kau tengok. Lepas sehari demi sehari dan berhari-hari berlalu tiada apa-apa pun yang diumumkan oleh PDRM kau.

Apa hasil siasatan.
Apa perkembangannya.
Siasatan dah dijalankan ke.
Dah panggil saksi ke.
Ada buka audit ke.
Takde apa-apa kedengaran di telinga kita.

Tapi Eric Paulsen kritik JAKIM. Laju gila plak PDRM kau cekup.

Eric Paulsen pongpangpongpang guna bahasa mulut. Umat Islam yang cerdik takan layan. Umat Islam yang bebal nak mampos sahaja akan layan.

Umat Islam yang cerdik akan laju2 buka website dramabay dan layan running man.
Umat Islam yang tak cerdik akan laju2 sakit ahti atas kenyataan Eric yang satusen pun takde faedah pada kau kalau kau bekap JAKIM sebab JAKIM haramjadah bekap kau sebagai rakyat yang tertindas kat negara neh.

Gelak hihi haha kahkahkah kelakar nak mampos tengok Lee Kwang Soo buat lawak bangang pun lebih berfaedah dari bekap JAKIM.

Sorry JAKIM. Sapa kutuk kau aku tak heran. Sebab kau pun tak pernah heran bila pemerintah buli aku. So kau sapa yang aku nak bekap? G mampos la.

Orang2 yang berkuasa, berpangkat dan berharta kat negara neh selalunya akan tidak mempedulikan nasib golongan tertindas macam kau dan aku. Yang depa akan laju2 buat ialah kerja2 bangang seperti melalut marahkan si Khairudin ahli UMNO yang buat laporan polis agar menjalankan siasatan ke atas 1MDB. 

Selepas lapor polis si Khairuddin lapor pula SPRM pada semalam. Dalam satu kenyataan yang dipetik dari The Malaysian Insider turut melaporkan yang Khairuddin berkata, 

"Mereka melakukan semua jenis serangan peribadi terhadap saya, tetapi saya hanya ingin memberitahu yang mereka sangat bodoh. Ia memakan diri mereka sendiri sekarang,".
"Orang lain dan rakyat lebih bersimpati terhadap saya pada masa ini."

"Saya sedang mempertimbangkan perkara itu. Beri saya masa. Saya akan meneliti perkara itu dengan serius."

Khairuddin berkata hari ini beliau tidak faham mengapa Umno lebih "gelisah" terhadap laporan itu memandangkan ia tidak berkaitan dengan parti.

"Saya berasa sangat sedih (atas serangan) dan saya tidak faham mengapa Umno sangat gelisah berhubung perkara itu. Ia tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Saya terpaksa menahan segala macam kesakitan, kritikan, serangan peribadi. Dan saya pasti akan menerima lebih banyak tekanan selepas ini.

"Tetapi saya tidak peduli. Semakin mereka menyerang saya, semakin saya akan kuat. Saya tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan," sambungnya lagi.

Khairuddin, Khairuddin. Aku tak peduli la kau nak duduk dalam UMNO atau keluar UMNO atau apa. Cuma satu je yang aku peduli sekarang. Kau buat laporan polis dan SPRM terhadap satu entiti kerajaan. Berbanding kita semua dok ketepi ramai2 tunggu apa tindakan selanjutnya dari POLIS dan SPRM tentang dakwaan mengenai 1MDB, kenapa pihak2 tertentu dalam UMNO dalam agensi kerajaan dalam NGO tertentu rasa goyang dengan laporan tersebut? Kenapa?

Kalau bukan dari pihak yang BODOH maksudnya mereka pihak yang berkepentingan. Ini jek entiti yang akan goyang dengan laporan tersebut. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...