Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 12 Januari 2015

JAWI Siasat Penganjur Atas Aksi Tidak Sopan Peminat KPOP - Ini Aksi Tidak Sopan Rosmah, Kerabat Diraja & Artis Melayu Mohon JAWI Siasat Sama.

Jangan takut peminat2 kpop. Presiden telah sediakan hujah2 mantap bagi mempertahankan tindakan kamu yang terleka dan terlalai sebentar akibat terhasut dalam persekitaran yang melalaikan kamu.

Sungguh aku sebagai presiden Kpopers tidak bersetuju sama sekali dengan budaya taksub menaksub kepada mana-mana artis tetapi tindakan yang dilakukan oleh anak2 buah aku boleh difahami. Ini hujah aku.

Dalam keadaan persekitaran semasa, ia adalah menjadi kebiasaan untuk kita terlibat dalam hiburan dan secara keterlaluan kerana ia dipromosikan dengan galak dan tanpa kawalan.

Buka tv ada iklan hiburan.
Buka paper ada iklan hiburan.
Jalan2 ada cerita hiburan.
So secara tak langsung anak-anak kita melihat hiburan itu sebagai satu gaya hidup dan amalan yang biasa kat negara neh.

Ia adalah kerana persekitaran yang membentuk mereka ke arah itu.

Anak2 ini pula tidak dibesarkan dalam suasana yang sama. Ia berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang boleh protect diri mereka dari persekitaran tersebut mungkin kerana didikan, pengalaman, ilmu dan proses kematangan manakala ada yang terjebak, lalai, jauh, leka dan hanyut disebabkan gagal mengelak dari dipengaruhi atas faktor2 tertentu.

Aku taknak huraikan bab tue. Sekarang aku cuma nak nyatakan ia adalah persekitaran yang membentuk mentaliti dan pemikiran anak2 ini agar terlalai berpanjangan dengan pelbagai bentuk hiburan yang wujud kat negara neh.

Oke. Ini point penting.

Dari kecil kau ada tom-tom bak. Realiti tv Idola kecil apa bagai la.

Bila dah remaja kau ada MANGGA playboy lucah. Kau ada realiti tv sana sinun.

Dewasa sikit suami ku encik sotong kurita la suami ku encik Najib yang lembik la dan blablabla.. drama-drama melayu yang takde kualiti dan low class hanya pasal cinta miskin kaya la..

Bila dah dewasa habis kau ada hiburan joget lambak kat event2 parti UMNO la, kau ada realiti tv untuk artis2 veteran la kau ada realiti tv untuk orang2 tua gila meroyan jadi artis dan sebagainya. Pemimpin2 kau siap labur duit anjur konsert jemput artis pun ada.

Alih2 bila dorang semua dah sampai saat nak mampos masuk kubur kau suruh depa ingat mati padahal program2 yang mendorong ke arah hiburan bersepah2 taknak pula kau pertikaikan kewujudannya.

Kat sini kau ada nampak tak JAWI meraban siasat gejala gila2 di atas neh?

Ada? Ada? Ada? No. Tidak akan ada dan tidak akan berlaku. Di mana JAWI akan meraban?

- Bila yang terlibat itu membabitkan entiti kecil yang boleh dibuli2.

- Bila yang terlibat itu ada kaitan dengan non muslim.

- Bila ada sesuatu kepentingan.

- Bila ianya tiada kaitan dengan parti pemerintah.

Kat sini umat melayu akan laju2 membuli mana2 yang mereka rasa salah atas nama agama.

Mereka tak buat atas nama agama sejak dari awal. Ini kerana kalau mereka buat atas nama agama maka ;

- Kasino dah lama terhapus

- Geng2 kerabat dah lama berhijrah ke luar negara sebab malas layan perangai JAWI yang tak henti2 siasat tingkahlaku mereka

- Majalah gossip2 murahan seperti MANGGA PLAYBOY dah lama dipaksa tutup.

- Pemimpin2 negara mula ber-ahti2 dalam menjaga tingkahlaku mereka supaya tak kantoi dengan JAWI.

- Rosmah tak berani peluk lelaki depan orang ramai.

- Kerajaan takan labur duit untuk bayar PSY atau anjur konsert kpop bagai

Ini contoh2 kecil yang aku rajin sebutkan. Yang lain2 tue lue fikir sendiri.

Isu penting macam Paul Phua. Yang membabitkan intergriti menteri kita si Zahid Hamidi tue dah lesap.

Isu ringgit jatuh, lesap.

Isu Rafizi dedahkan penjualan harga minyak sepatutnya di paras 1.65 sen. Lesap.

Isu2 yang babitkan agama dibangkitkan dan dibahaskan bagi mencelarukan pemikiran umat Islam yang konon2nya UMNO ada disitu untuk mempertahankan akidah2 kau semua. Sedangkan isu2 berkaitan korupsi pun kalau kau telek punya telek ia adalah isu agama juga kerana Islam juga melarang penyelewengan dan menolak penindasan pemimpin ke atas rakyat. Tapi timbalan mufti kau peduli hapa.

Dorang lambung isu KPOP dan Eric Paulsen.

Kemudian dorang sebarkan propaganda. Tiba2 je KPOP ada kaitan dengan kristianisasi sebab artis2 KPOP banyak yang menganuti kristian.

Yang peluk tue melayu. Yang jerit tue melayu. Tiba2 kristian plak kau heret. 34%$%$^$6 punya mufti. Bila kerajaan bawa KPOP takde plak mana2 timbalan mufti gila kata KPOP itu agenda kristianisasi.

Ia hanya jadi agenda kristianisasi bila yang terlibat tue tiada kaitan dengan parti pemerintah secara langsung. Selain KPOP dimangsakan, Bollywood turut mendapat tempias timbalan mufti kerana filem best seperti PK. Filem yang mengajar umat untuk tidak taksub agamawan. Tu agamawan dah takut la tue kita nampak pembodohan mereka ke atas umat.

Kau nampak? Nampak? Nampak permainan agamawan2 kat negara kita?

Bila benda tue babitkan kepentingan parti pemerintah seperti polisi RIBA. Dorang takan tegur. Aku pun boleh laju2 tuduh MALAYSIA MENYEBARKAN AGENDA DAJAL DAN SYAITAN KERANA MEMBIARKAN RIBA BERLELUASA DALAM PENTADBIRAN NEGARA.

RIBA. Islam tak bagi. Nabi larang. Tapi mufti kau tegur berlapik dan bertapis. Itupun aku sangka baik konon2 ada teguran. Tah2. HARAM!!!!

Yang benda simple2 macam orang berpeluk hak ala, esok lusa kita cakap elok2 dengan adik2 neh, jangan buat lagi dik, insaf la kawan2 tue. Selagi dorang tak mampos selagi tue dorang ada ruang untuk bertaubat. Yang muda2 neh biasalah. Terjebak. Yang kecoh lebih2 neh lelaki melayu je yang rasa tergugat dengan persaingan. Almaklumla. Nak lawan bangla lagi, indonesian lagi, nepalis lagi, orang African lagi, Pakistani dan Myammar pula masuk list dan sekarang ada jejaka kpop. Marah la dorang. Perempuan2 melayu syok sangat kat warga asing sampai tak pandang jejaka tempatan. Cemburu kot.

KAH KAH KAH

So apa yang berlaku ialah tiba2 KPOP seperti juga komunisme yang difitnahkan atas nama agama juga difitnahkan atas sebab yang sama oleh puak2 agamawan neh. Kerana apa? Kerana itulah perangai puak2 agamawan neh. Balik2 mesti kristian yang salah dah habis salahkan kristian kita salahkan liberal lepas tue dajal lepas tue yahudi then pluralisme then arhhh semua salah la janji mereka kelompok2 agamawan tak pernah salah dan silap dalam menaakul permasalahan umat.

Selain dari mereka mesti salah. Kecuali diri mereka tidak akan bersalah. 

Tak la aku kata KPOP tue bagus sangat. Muzik dorang muzik statik dan mesin. Kalau tanya bab seni pada aku ianya zero. Aku lebih suka kalau depa kurangkan penggunaan komputer dalam penghasilan muzik. Ini stail muzik yang aku minat la. Tapi aku memang layan drama2 Korean dan aku rasa mufti2 yang mempertikaikan drama Korea neh dah sasau kot. Drama lawan raja bersepah2 Korea Selatan buat dan kau nak kutuk? $%^% punya timbalan mufti.

Kalau sungguh JAWI nak siasat atas nama agama aku nak JAWI siasat Rosmah laju2. Jangan usik anak2 buah aku selagi kau tak siasat aksi kurang sopan Rosmah kat bawah neh. Aksi kurang sopan sultan dalam majlis hari jadi pun aku nak kau siasat juga. Aksi2 kurang sopan pelakon2 melayu gila kat Malaysia neh pun aku nak kau siasat juga. Aksi Najib dan menteri2 yang galak berJPOP dan berKPOP pun aku nak kau siasat juga. Itu semua aksi2 kurang sopan kau tahu tak!!! 

Jangan suka2 buli anak buah aku. Presiden KPOPERS bangkit dan melawan penindasan dan diskriminasi atas nama keadilan. Ayuh kpopers, sebarkan amanat presiden kau neh laju2. 

Cepat!!!!

Rujukan artikel disini.




 


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...