Khamis, 15 Januari 2015

Surat Pihak Sekolah Minta Semula Bantuan Persekolahan RM100 Viral Di Laman Sosial.


Merujuk kepada penyebaran gambar di atas ;

1. Sekolah kebangsaan Kelana Jaya telah mengedarkan surat bahawa bantuan persekolah anak murid yang berjumlah 100 akan diedarkan bermula pada tarikh 16 Januari 2014 pada waktu 8.30 pagi dan ke atas.

2. Namun selain dari notis pemberitahuan, terdapat surat kedua yang turut dikepilkan bersama notis tersebut.

3. Surat kedua pula merujuk kepada persetujuan ibu bapa yang mahu menyumbangkan duit tersebut kepada pihak sekolah atas nama kebajikan dan pembangunan sekolah.

Yang menimbulkan persoalan ialah pihak kementerian telah pun mengeluarkan amaran sejak dari awal bahawa pihak sekolah tidak boleh dan tidak patut menuntut semula bantuan persekolahan yang diedarkan kepada ibu bapa atas sebarang tujuan.

Pihak sekolah hanya berperanan mengedarkan sahaja bantuan tersebut kepada yang berhak. Dan selepas itu jika ibu bapa mahu gunakan wang tersebut untuk bayar yuran ke beli buku ke beli barang persekolahan anak-anak ke beli baju sekolah ke itu dorang punya pasal.

Bantuan persekolahan rm100 itu juga sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang berkaitan murid tersebut.

Ini belum apa-apa. Siap kepilkan sekali borang untuk serahkan duit tersebut kepada pihak sekolah atas nama kebajikan.

Itu yang jadi isi kritikan di laman sosial sekarang.

Aku rasa ada baiknya kita tunggu penjelasan dari pihak sekolah terbabit sebelum buat apa2 kesimpulan. Ini kerana ada juga kes yang mana ibu-bapa sendiri memang taknak amek duit tersebut. So, borang kedua mungkin untuk memudahkan proses bagi pengalaman-pengalaman pentadbiran pihak sekolah bagi tahun2 sebelumnya. Sebab tue la jumlahnya sama banyak dengan pemberian kerajaan. Maksudnya angka 100 tue bukan kebetulan. 

Tapi perlu di ingat juga. Apa yang membuatkan penyebaran surat di atas neh kontroversi dan menjadi kritikan netizens adalah disebabkan tajuk pada borang kedua tersebut.

Lihat ;


Terima bantuan dan sumbangkan bantuan pada satu borang yang sama. Maksudnya begini, kalau kita sign borang tue maksudnya kita mengaku dah kita dah terima bantuan persekolahan yang diedarkan oleh cikgu2 tapi dalam waktu yang sama, borang tersebut juga menandakan kita setuju untuk sumbangkan bantuan tersebut bagi kegunaan pihak sekolah.

Jadi. Ini boleh menimbulkan keraguan kepada para ibu bapa.

Adakah maksudnya lepas aku mengaku aku terima duit automatik aku kena sumbangkan pula duit tersebut?

Sebab ayat dalam borang tersebut itulah yang buat orang fikir macam tue. Lepas terima automatik dianggap kita nak menyumbang. Sepatutnya borang berasingan takde la orang rasa keliru.

Tapi apa2 hal kita tunggu je la penjelasan dari pihak sekolah yang terbabit. Dok speculate pun buang masa. Depa ada mulut. Pandai la depa jawab.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...