Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 Januari 2015

Sebar Gambar Rosmah Peluk Artis Mengaibkan & Cemar Institusi Perdana Menteri Kata Syed Ali Alhabshee.


Baca : Sebar gambar Rosmah peluk artis Bollywood mengaibkan kata UMNO Cheras.

Sekarang blogger UMNO vs blogger UMNO isu Rosmah Mansur. Satu menegur satu menjilat.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Yang menegur tue aku sokong la point2 penghujahan dia. Kita tolak double standard. Minta JAWI adil dalam menghukum. Bukan hanya peminat KPOP bahkan yang buat konsert yang berjoget atas pentas dengan Kpop ke Jpop ke apa ke semua kena dakwa sekali sebab satu geng. Mereka berperanan menyebabkan budaya itu berkembang di negara. 

Ooo.. peluk artis salah.
Bayar artis guna duit pembayar cukai tak salah plak?

Macam lahanat kot pemikiran tue.
Kurang2 yang peluk artis tue dia bayar guna duit sendiri untuk buat gila atas pentas.
Yang anjur konsert artis kpop bayar juta2 guna duit pembayar cukai kita dapat apa? Juta2 tue buat rumah untuk orang miskin dan takde rumah pun sejuta kali ada faedah dari kayakan artis kpop. Yang tue takde plak JAWI siasat. Nakharom betul. Mentang2 la yang involved tue menteri. Semua nak bekap rapat2. Macam sial.

Yang aku kelakar dalam point penghujahan blogger UMNO pro Rosmah, dia sebut begini untuk membela aksi Rosmah peluk artis Bollywood ;


Pada masa yang sama, Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut jelas tidak bertanggungjawab dan menghina intsitusi Perdana Menteri. Beliau tidak menolak kemungkinan ianya dilakukan sebagai helah untuk menutup isu pokok sedang dibangkitkan sekarang ini iaitu isu berpelukan dengan artis K-Pop.

Bacaan penuh klik link di atas.

Ooo..

Sebar gambar Rosmah dianggap mengaibkan isteri perdana menteri. Tapi aib peminat2 Kpop tue apa citer pula? Takpe pula sebar laju2 dengan siap dedahkan identiti mereka di laman blog masing2 ek?

Takde mana2 pihak pun nak tegur atau larang bahkan siap ugut dengan waran tangkap. 

Pasal apa? Pasal dia peminat berstatus orang biasa. Cuba kalau dia anak raja ke anak VVIP ke anak hartawan ke anak kroni ke anak Taib ke anak Nazri ke anak Najib ke ada ke orang2 JAWI nak siasat?

Penyebaran gambar2 yang tidak bermoral bukan hanya melibatkan anak2 orang biasa aje. Anak2 orang berpangkat pun dua kali lima hapraknya. Gambar bersepah. Video bersepah. Apsal JAWI tak amek action even netizens viralkan gambar2 tersebut kaw2?

Kalau bab gossip, kau serahkan aje kat netizens. Dorang boleh viralkan benda2 macam tue dalam masa seminit. Takde istilah aib pada mereka. Jangan isu ekonomi ke politik ke negara ke isu2 ilmiah ke apa ke sebab isu2 macam tue depa sakit. Isu2 gosip depa takde masalah. Dan netizens yang sama juga telah viralkan gossip2 yang lain. Apsal JAWI tak amek tindakan. Nampak? Nampak?

Masalah yang utama ialah berpunca dari tindakan terpilih yang dilakukan oleh JAKIM. Kau jangan nak purak2 lakon suci la JAWI ke JAKIM ke sama jek dua kali lima bangangnya. 

Dan aku tak nampak tang mana mempersoalkan aksi Rosmah berpeluk sakan dengan artis Bollywood di anggap menghina institusi Perdana Menteri. Dia peluk terang2. Ada gambar. Semua nampak. Kita persoalkan pun terang2. Kenapa pula mempersoalkan tindakan terpilih JAWI di anggap sedang melakukan penghinaan ke atas insitusi Perdana Menteri. Tak kena langsung la gabungan tue bodoh. JAWI sebenarnya telah menghinakan umat Islam bila dia buat tindakan double standard macam neh lagi ada.

Ko fikir la.

Di Malaysia neh ada muslim dan ada non muslim.
Non muslim pun bukannya tak amek port langsung pasal isu2 yang berlegar di kalangan umat islam semuanya.
Ada juga yang baca dan amek port sekali sekala.
Dorang pun reti juga menafsir keadaan.
Bila dorang tengok Islam bawaan JAWI hanya menghukum orang2 miskin, biasa dan tertindas dorang akan buat jangkauan kasar mengenai Islam.
Dorang akan anggap. Ooo.. Islam rupanya macam neh. Kalau orang biasa buat salah kita kena hukum laju2. Kalau VVIP pula mereka akan dibela dengan hujah2 tertentu atau dalil2 agama. Jadi agama Islam neh agama yang tidak adil rupanya. Ini agama yang jahat. Taknak aku dengan agama macam neh. Lepas tue PAS nak buat hudud pula. Macam mana kalau hudud itu digunakan untuk potong tangan orang miskin aje. Tangan orang2 kaya yang mencuri seperti menteri2 BN pula dibelai2 disayang2. Hmm Islam agama yang jahat, diskriminasi, menindas, ektremis, bias dan tidak adil.

Ini. Sapa punya tindakan yang menyebabkan non muslim salah sangka.

Siapa? Kalau bukan entiti umat Islam itu sendiri yang harus dipersalahkan. Islam bukan hanya TALK tapi WALK the TALK. Ko cakap ko buat. Kalau ko tak buat ko tak cakap dan dok diam2 muhasabah diri dan jangan lakon suci macam ko tue pejuang Islam macam aku neh hah. Aku tak pernah nak mengaku aku pejuang Islam. Malu kot. Tapi bila kau dah berani cakap kau kena buat seperti yang kau cakap. Sekarang JAWI cakap nak hukum tindakan tidak senonoh peminat Kpop kerana ia bercanggahan dengan Islam. Seperti itulah JAWI kena hukum semua perlakuan2 tidak senonoh umat Islam tanpa kira artis ke Rosmah ke orang biasa ke apa ke sekaligus. Kalau JAWI tak buat macam neh maka jangan marah non muslim yang salah faham terhadap Islam. Ingat, umat Islam cerminan Islam. Kalau nak Islam itu diperlihatkan sepertimana ia sepatutnya diperlihatkankan maka umat Islam pergi la ke arah itu. Ini tidak, cakap tentang Islam kaw2, tapi tindakan tak pula mendorong ke arah itu kemudian mengharapkan Islam dipandang tinggi dan marah pula bila Islam diperlekehkan tapi tindakan tak semuzik dengan percakapan. Kemon la umat Islam. Cermin letak mana woi.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...