Isnin, 12 Januari 2015

Mejar Zaidi Dijatuhi Hukuman Bersalah Kerana Bercakap Benar Dan Menjadi Jujur Di Negara Ini.

Sesiapa yang mengundi pada tahun 2013, yang dicalitkan dakwat ke atasnya, yang balik rumah, mandi, solat, cuci tangan sebelum dan selepas makan akan tahu apa yang diperkatakan oleh Mejar Zaidi adalah sebenarnya perkara yang benar-benar berlaku.

Ia bukan sahaja berlaku ke atas Mejar Zaidi bahkan ia berlaku ke atas ratusan bahkan ribuan pengundi-pengundi yang lain di negara ini bahawa dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya tidak kekal waima untuk sehari pun.

Mungkin tidak merujuk kepada semua jenis dakwat kekal yang diedarkan tetapi memang ada dakwat yang tidak kekal. Ia bahkan berlaku pada kawan-kawan aku sendiri. Dakwat di jari aku tahan 3 hari lebih juga. Aku dapati perbezaan tempat mengundi mempengaruhi hasil research aku. Ada yang tak kekal dan ada yang kekal.

Dan aku taktau kenapa pada sesetengah orang dakwat kekal tidak kekal.

Yang pasti memang berlaku dakwat kekal yang tidak kekal. Bukan cerita fitnah, tipu, rekaan atau sengaja lakukan apa sahaja untuk memastikan dakwat itu hilang dari jari.

Pada hari ini, Mejar Zaidi telah dijatuhi hukuman bersalah di mahkamah tentera kerana menjadi individu yang jujur apabila membuat laporan polis berkenaan isu penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal di jarinya.

Sejurus selepas mengundi, Mejar Zaidi mendapati calitan dakwat di jarinya tidak kekal, lalu dia membuat laporan polis. Apabila laporan polis dibuat, pihak media mendapatkan berita susulan berkenaan kejadian tersebut dan isu berkenaan menjadi viral dalam sekelip mata kerana selain dari dakwat di jari Mejar Zaidi yang tidak kekal, dakwat di jari pengundi2 yang lain juga dilaporkan tidak kekal. Dakwat di jari TG Haron Din pun dilaporkan tidak kekal. Ada TG Haron Din update kat laman facebook dia seingat aku. Itu sebab aku cakap ini bukan cerita fitnah. Ia perkara yang benar2 berlaku.

So apa yang mejar Zaidi buat ialah mahu polis jalankan siasatan kenapa dakwat yang sepatutnya kekal di jarinya itu tidak kekal.

Kenyataan Mejar Zaidi kepada wartawan ialah merujuk kepada pertanyaan oleh wartawan. Dah pemberita tanya maka dia bagitau la kenapa. Apa je dia nak buat wayang kat situ.

Namun. Mahkamah tentera tidak melihat perkara itu sepatutnya dilakukan oleh Mejar Zaidi. Salah dia buat laporan polis. Salah dia juga menjawab pertanyaan wartawan. Dan akibat tindakan itu dianggap salah maka dia didakwa. Selepas berbulan-bulan melakukan prosiding mahkamah dan pada hari ini mahkamah dunia menjatuhkan hukuman bersalah kepada Mejar Zaidi kerana berkata benar. Ya. Berkata benar. Menjadi jujur, bercakap benda betul, meminta polis menyiasat kenapa dakwat itu tidak kekal, menjawab pertanyaan wartawan dengan sejujur-jujurnya ialah KESALAHAN BESAR di NEGARA ini.

Laporan di TMI ;

Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.
 
Ketika diminta mahkamah rayuan untuk merayu hukuman lebih ringan, pegawai TUDM berusia 45 tahun itu berkata, akan berjumpa dengan pendakwa dan para hakim di "mahkamah Allah". Selepas mengumumkan Zaidi didapati bersalah, panel membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan dan memberi beliau masa untuk bercakap dengan panel tentera. Zaidi mendakwa panel tersebut mempunyai agenda politik, dan berkata mereka lebih bimbangkan "penuhi perut sendiri" daripada menggunakan otak.
 
Ini menyebabkan mahkamah mencelah ucapan beliau. Bercakap tanpa berhenti, beliau dihentikan sekali lagi dan diminta menghormati mahkamah. Sebaik sahaja itu, Zaidi berhenti bercakap dan memberitahu mahkamah, beliau tidak ada apa-apa untuk dikatakan lagi jika beliau tidak dibenarkan kebebasan untuk berucap.
 
"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya..

Dari apa yang aku nampak berlaku di negara neh ;

- Semakin kau cuba menjadi jujur semakin kau ditekan dan tertekan. Seolah2 kita dipaksa untuk menjadi tidak jujur, hipokrit dan dilarang berkata benar.

- Semakin kau cuba nak menyuarakan pendapat yang berbeza dan diluar dari kebiasaan semakin kau akan dianggap gila, bangang, tak betul, sesat atau dimasukkan ke neraka.

- Semakin kau cuba membawakan permasalahan yang membabitkan intergriti pemimpin, parti politik, menteri, agensi kerajaan dan lain2 yang berkaitan semakin kau dilemparkan dengan tuduhan2 kau di upah, dibayar, kau ialah macai itu macai ini dan apa2 je la.

Takde sapa2 pun nak tengok betul2 point perbahasan kau point2 percakapan atau apa. Yang ada melabel, menuduh, menghukum atau mendakwa. Bersepah. Cakap sikit ugut. Report polis sana report polis sini. Saman sana. Saman sini.

Macam sial la aku tengok. Siyes. Macam sial.

Harap Mejar Zaidi bertabah. Sesungguhnya menjatuhkan hukuman bersalah kepada mejar Zaidi membuktikan yang Malaysia benci pada manusia2 yang bercakap jujur, benar dan amanah. Kita perlu lebih banyak penipu di negara ini untuk dilantik jadi pemimpin parti politik atau menteri mentadbir negara.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...