Isnin, 12 Januari 2015

Gambar2 Murid Disuruh Hadir Ke Sekolah Walaupun Sekolah Musnah Teruk Akibat Banjir Tersebar.

Oke. 

Ini ada luahan dari seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan pentadbiran pihak sekolah kenapa membenarkan murid2 sekolah tetap hadir ke sekolah walaupun sekolah yang dimaksudkan teruk terjejas akibat banjir yang berlaku baru2 ini.

Lihat gambar2 yang disebarkan oleh facebooker tersebut ;








Dan ini apa yang diluahkan oleh facebooker tersebut.



Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah dikongsikan sebanyak 87 kali oleh pengguna media sosial yang lain dan berikut kat bawah sebahagian komen2 yang dipetik dari thread berkenaan.






Untuk paparan yang lebih jelas, klik gambar2 di atas.

Aku cuma nak tambah sikit je.

1. Keadaan sekolah teruk macam neh aku rasa tak wajar ia dibuka kepada murid2 sekolah.

2. Dalam waktu yang sama mungkin cikgu2 mahu meminta pertolongan dari anak2 murid yang sudi membersihkan sekolah.

3. Dan kalau pun cikgu2 ingin meminta kerjasama dari murid2 sekolah bagi membersihkan kawasan sekolah ada bagusnya murid2 ini dibekalkan beberapa peralatan bagi melindungi diri mereka agar tidak terkena sebarang jangkitan dan wabak yang membahayakan nyawa mereka.

4. Penutup mulut dan hidung dari terhidu debu2. Sarung tangan. Kasut yang bersesuaian. Cermin mata lutsinar untuk elak mata masuk habuk. 

5. Murid2 bawah 9 tahun aka darjah 3 ke bawah adalah tidak wajar dilibatkan dalam aktiviti di atas memandangkan badan mereka masih lemah dan muda. Daya ketahanan mereka tidak sekuat kita. Murid2 10 tahun dan ke atas dan sihat cergas walafiat tiada sebarang penyakit kronik dan mendapat kebenaran ibu bapa boleh la dibenarkan untuk membantu membersihkan kawasan sekolah.

6. Ya. Aku setuju. Sekolah adalah tempat terbaik untuk anak2 ini tunjukkan disiplin diri. Antaranya terlibat dalam aktiviti gotong royong.

7. Tapi oleh kerana persekitaran di atas terlalu teruk rosaknya, kita bimbang juga untuk anak2 yang kurang daya tahan akan terdedah kepada risiko penyakit lain.

8. Jadi lebih baik kita hanya hadkan kepada murid2 yang sihat serta mendapat kebenaran ibu bapa untuk terlibat dalam aktiviti di atas. Kurang sikit risiko2 yang cikgu nak hadap nanti.

9. Dalam waktu yang sama, kita tunggu penjelasan dari pihak2 berkaitan tentang perkara ini.

10. Aku harap kita tak main menyalahkan mana2 pihak secara melulu. Dalam keadaan sekarang mencari salah tidak penting tetapi mencari jalan itu yang penting. Dari kerah otak fikir sapa yang patut dipersalahkan baik kita kerah otak untuk bantu cikgu2 yang buntu bagi membersihkan sekolah mereka untuk teruskan sesi pembelajaran. 

Lagi ada faedah.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...