Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 Mac 2012

Umno buat kacau di ceramah PR kat pekan.

Laaa. 

Aku ingatkan depa dah belajar dari kesilapan lepas. Tapi nampaknya depa masih tetap meneruskan satu sikap yang tidak "mesra perbezaan". Dalam politik di malaysia neh kalau kita tak sokong bien sebenarnya tak salah. Sebab bien bukan lah kerajaan islam yang memimpin dengan adil dan saksama sehingga menyebabkan kita tak boleh nak jatuhkan dia. 

Kalau bien kerajaan adil = menjatuhkan dia = aku berdosa = kerana menolak pemerintah yang adil kepada rakyatnya. Yang tue aku boleh faham kenapa penyokong2 umno akan marah dan buat provoke di setiap ceramah pr. Tapi masalahnya bien bukan macam tue. Jangan salah faham. Aku tak kata pr = kerajaan adil gak. PR belum lagi mampu mendapat label kerajaan adil tapi pr boleh di anggap lebih baik dari bien. 

Dan sebagai rakyat, aku akan berusaha memilih kerajaan yang lebih baik dan lebih baik sehingga berhasilkan mendapatkan kerajaan adil. Orang akan cakap ia sukar + mustahil + tidak mungkin untuk mendapatkan kerajaan yang adil tapi aku menganggap kata2 seperti itu tidak akan membantu rakyat macam aku. Rakyat macam aku dan kita seme bebas mempunyai impian untuk membentuk dan mewujudkan kerajaan yang adil. 

Kata2 yang melemahkan, menjatuhkan, tak membantu, malas tak sepatutnya dipedulikan oleh kita semua. Mereka yang malas berjuang untuk mendapatkan kerajaan yang adil adalah loser. Dalam hidup neh, kalau kehidupan kita hanya untuk makan, tidur, bekerja, bercinta, cari duit, sebenarnya takde erti langsung. Aku dah pernah hidup macam tue dulu. Tapi hidup macam tue tak seronok langsung.

Yang seronoknya hidup macam sekarang. Baru rasa macam hidup ada erti bila mempunyai impian yang besar dan berusaha sedaya upaya mengejar impian tersebut. Siyes. Baca bawah neh sat ;

Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit. Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam -PDO-

Klik PDO kalau nak baca artikel tue sampai habis. Aku petik sikit sebab nak ulas bab perangai umno yang jelas tak matang langsung dalam berhadapan dengan kempen2 pr. Cuba baca ayat di atas tue. Apa yang depa buat?

1. Buat ceramah di lokasi yang berdekatan dengan ceramah pr = tujuan memprovokasi = maksudnya mereka suka nak cari pasal dengan kita walaupun kita buat ceramah bukan nak cari pasal.

2. Mengejek2 penceramah2 kita. Nampaknya mereka takde fakta sebab tue menggunakan medium mengejek2 orang untuk melontarkan pandangan. Kalau ko ada hujah, apakah ko akan ejek2 orang? Sudah tentu ko akan luahkan hujah2 ko untuk didebatkan kan? Tapi masalahnya depa takde hujah sebab tue ejek2 orang. 

Lihat bawah neh pula. Gambar bebudak yang buat kacau ;





Ini seme perangai2 bahlol + loser yang harus dibendung segera oleh umno kalau sungguh nak membersihkan imej samseng dari parti mereka. Menjadi samseng tidak akan mendapat sokongan dari atas pagar yang lebih suka berfikir dan mengikut sesuatu perkara berdasarkan betul dan salah.

Dan golongan atas pagar ialah golongan yang terramai mengikuti politik di malaysia neh. Bukan penyokong pr or penyokong bien, tapi golongan atas pagar neh. Dan aku tak nampak apa berdosanya menjadi golongan pemikir walaupun mungkin sesetengah penyokong bien dan pr marah dengan pendrian korang. Bai.

Ameno : Kalau tak kacau ceramah orang tak boleh ka?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...