Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Mac 2012

Fakta terkini LYNAS yang anda mesti tahu - Part 4.





Amek kaw.


Ari tue dah diberitahu jika LYNAS dibenarkan untuk beroperasi di kuantan ia akan menjejaskan harga rumah, tanah, perniagaan dan etc2. Kesan negatif yang timbul akibat operasi lynas sebenarnya memang banyak dan saling berkait.

Terbaru, syarikat yang bercadang untuk melabur dalam sektor pelancongan di kuantan dah tarik diri. Info neh aku ada dapat sebelum hijau 2 tak silap aku cuma hold dulu sebab takde bukti. Dapat pun dari member2 kuantan juga. Lebih kurang macam hearsay lah. Tapi nampaknya ia terbukti benar.

Lihat bawah neh ;

Menurut akhbar harian CinaNanyang Siang Pau, pengarah Kumpulan STG Alex Tan Siong Seng berkata syarikatnya akan membatalkan projek Kuantan Goldcoast jika kerajaan bertegas mahu meneruskan kilang penapisan nadir bumi itu.

Langkah ini adalah untuk mengelakkan risiko kerugian dan pada masa yang sama melindungi kepentingan pelabur STC, kata akhbar itu yang memetik Lee.

Lee dalam laporan itu mendakwa Kumpulan STG telah membelanjakan RM3 juta bagi projek hartanah itu dan akan menghadapi kerugian antara RM20 juta hingga RM30 juta jika kilang milik Lynas dari Australia itu mula beroperasi. -MKINI-

Rugi. Memang rugi. 

Macam aku dah pernah tulis dulu operasi lynas neh sebenarnya impact negatif adalah lebih banyak berbanding impact positif der. Kalau harga tanah jatuh, peluang orang berpindah keluar dari kuantan tinggi, peluang pekerjaan akan semakin susut, sektor pembangunan akan menurun dan sekaligus membawa impak kepada sektor pelancongan. 

Dan itu tak masuk lagi kesan jangka panjang yang akan berlaku terhadap alam sekitar terutamanya ke atas tanah, air sungai dan udara jika sisa lynas tidak diuruskan dengan cekap, teratur dan selamat.

Jika aku sebagai seseorang tak pro dalam bidang sains mengulas betapa lynas neh ada impak yang sangat besar ke atas manusia, takanlah syarikat besar kat atas neh bodoh2 nak tarik diri daripada melabur di kuantan? Takan lah kajian mereka mengenai kerugian wang 20juta or 30juta adalah satu analisis yang tak disertakan dengan data tertentu?

Maksud aku, takanlah satu2 syarikat tue begitu bengap dan bangang mahu mengorbankan perniagaan mereka semata2 kerana anti lynas? Sudah tentulah ia benar2 akan menyusahkan dan merugikan mereka sebab tue lah mereka tarik diri. 

Dan yang paling keji dilakukan oleh bien sekarang neh ialah ;

1. tanah yang dibeli untuk tapak kilang itu di Zon Perindustrian Gebeng juga dikecualikan daripada duti setem.

2. kerajaan turut memberikan Lynas geran bernilai kira-kira RM1.2 juta untuk melatih pekerja Malaysia

Wahhh

Hebat. Selain bebas cukai selama 12 tahun, mereka juga mendapat faedah lain dari kerajaan kita. Bebas duti setem. Cukai setem neh aku tak tahu apa secara detail. Tapi gambaran dia, kita seme boleh rujuk sini. Still kebaikan kepada lynas dan kerugiaan kepada kita der.

Dan kerajaan juga bayar lynas 1.2juta untuk melatih pekerja2 malaysia. Bagi pandangan aku, buat apa kerajaan keluar duit lagi? Dapat pun rm50juta jek untuk tempoh 5 tahun [setahun rm10juta] tapi lagi keluar duit bayar lynas untuk latih pekerja2 malaysia? Lynas dapat rm5-8billion setahun der. 

Tak sepatutnya kerajaan terlalu bodoh memberikan pelbagai kebaikan kepada lynas sedangkan manfaat yang kita dapat adalah sangat sedikit. Sepatutnya lynas latih free jek pekerja2 malaysia tue. Kita dah terlalu banyak berkorban kepada lynas. Dan untuk apa kita berkorban demi lynas neh, sekali lagi? Owh.. untuk keuntungan lynas rm8billion setahun der. Heh.

Ameno : Kerajaan lebih sayangkan lynas dari rakyat sendiri.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...