Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Mac 2012

Harga air soya aku dan kos pertunangan anak najib.


Hari neh keluar berita pasal najib bercakap pasal konsep wasatiyah.

Demm lah weh. 

Demm.. !

Pada tahun 2011 aku pernah singgah kat satu kedai serbaneka. Hasrat aku nak beli air. Terpandang air soya kotak. Bersebelah kecik dan besar. Yang kecik berharga rm1 dan yang besar berharga rm1.80. Aik? Tambah 80sen boleh dapat 1 liter punya air? So aku grab yang tue. Besar dan memang puas minum.

Dan hari2 seterusnya aku mula menjadikan air soya tue sebahagian daripada kehidupan aku. Mula2 kenal dia harga dia cuma rm1.80. Kemudian jadi rm1.90. Kemudian rm2.00. Kemudian rm2.20. Kemudian rm2.30. Dan terbaru rm2.50. Dalam masa setahun harga dia daripada rm1.80 bertukar menjadi rm2.50. 

Ada kenaikan 70sen hanya dalam masa setahun. Kenaikan neh bagi aku banyak. Dan tak heran kenapa kadar inflasi di malaysia makin tinggi meskipun najib dan kerajaan langsung taknak sebut fakta sebenar dalam pengucapan mereka.

Pendapatan yang aku terima sepanjang setahun neh tidak bertambah. Ia kekal berada di tahap yang sama. Tetapi harga makanan dan perkhidmatan di sekeliling aku naik mencanak2. Mungkin kah nanti ada orang umno yang akan nasihatkan aku lue jangan beli air soya lagi der kalau takde duit? Mungkin. Aku tak nafi itu satu kemungkinan yang ada jika aku komplain harga air soya makin mahal.

Sepanjang tahun 2010 dan 2011 lebih dari sekali iklan yang memaksa aku berjimat cermat dimainkan di tv. Iklan yang memaksa aku mengurangkan garam, gula dan santan juga sering dimainkan di tv. Iklan yang menyeru aku berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik juga bermain2 di tv. 

Iklan yang suruh aku tanam sayur sendiri juga ada di tv. Iklan yang menyuruh aku berterima kasih dengan kerajaan bn juga ada. Iklan yang menyuruh aku mengenang jasa2 kerajaan bn juga ada. Iklan yang menyuruh aku menghargai pengorbanan2 bn juga ada. 

Pendek kata takde iklan yang menyuarakan ahti rakyat macam aku. Yang ada cuma iklan2 yang mempromosikan dan membodek kerajaan dan pemimpin2 bien terutamanya najib dan rosmah. 

Jadi dalam sepanjang dua tahun neh aku telah diserapkan dengan persepsi bahawa rakyat = harus berjimat cermat dan pemimpin2 bien = harus diberikan segala penghargaan dan kredit melalui iklan2 di tv. Termasuklah isu perletakkan jawatan oleh shahrizat tue. Aku disuruh menghargai tindakan shahrizat yang mana aku sendiri pun terpinga2. 

Nak hargai apa? Orang yang dah menyeleweng kalau tak letak jawatan dia sepatutnya buat apa ? Keliru. Sebagai rakyat aku dikelirukan oleh bien. Adakah perbuatan menyeleweng ialah perkara yang mulia dan tindakan terpuji di malaysia neh? Jadi, perlu aku respect shahrizat di atas kerelaan nya meletak jawatan?


Berbalik kepada harga air soya aku tue. Itu adalah salah satu kesan sampingan yang aku dapat berikutan kenaikan harga2 barangan di sekeliling aku. Dan aku masih bergelut nak menanggani kesan sampingan yang disebabkan oleh bien akibat tidak amanah dan tidak cekap. Maksudnya mereka gagal mentadbir dengan cekap lah. Itu sebab inflasi dan kuasa beli kita makin terhad.

Dalam pada sedang bergelut tiba2 heboh berita najib membelanjakan sebanyak rm400k dalam majlis pertunangan anak nya. Aku tak kata najib guna wang rakyat. Aku tak boleh nak kata begitu sebab dokumen yang tersebar bukan terarah kepada itu. 

Aku faham sangat dokumen yang ada tue cuma mampu menimbulkan persepsi dan bukan nya bukti. Dipercayai mengunakan wang rakyat dan telah menggunakan wang rakyat ialah dua perkara yang jelas berbeza maksudnya.

So aku takmo ulas bab tue sehingga terbukti najib menggunakan wang rakyat. Cuma satu benda yang kita semua dah pasti dan ianya memang terbukti sahih ialah kos pertunangan anak najib untuk semalam sahaja mencecah rm400k ++.  

Najib ialah vvip. Standard lah kalau kos rm400k tue sebenarnya. Sesuai sangat dengan pangkat dia. Dia bukan orang biasa der. Bakal besan dia pun bukan orang biasa der. Mereka neh standard orang2 kaya yang takan guna benda2 murah dalam kehidupan mereka. Bukan aku kata seme orang kaya macam tue. 

Aku cuma focus pada perangai najib dan rosmah jek. Sebenarnya ada jek orang2 kaya yang boleh hidup steady dan berserdahana. Tapi najib tak sewasatiyah yang sering dia laung2kan. Ini yang aku nak jelaskan. 

Aku sebenarnya tak berapa nak peduli sangat apa yang najib nak buat dengan duit dia. Asalkan dia betul2 guna duit dia maka aku takmo heran. Cuma aku nak minta najib jangan salahgunakan perkataan wasatiyah dan jangan salahfahamkan rakyat dengan iklan2 jimat cermat di tv tue.

Seseorang yang suka berboros dan terbukti banyak kali berbelanja mewah terutamanya setiap kali ke luar negara [yang neh memang guna duit rakyat ye] tidak layak menyuruh rakyat berjimat cermat der. Tidak layak sama sekali. 

Kalau dulu aku pakai ferrari dan ko nak suruh aku jimat cermat logik lah juga. Tapi dulu aku pakai kancil now aku guna motor dan ko masih memaksa aku berjimat cermat? Logik ka? Memang lah tak logik. Sebab aku dan ramai rakyat malaysia yang lain sebenarnya telah sedaya upaya cuba memaksimakan penjimatan yang kita orang mampu buat.

Itupun ada ahti nak menaikkan elaun wakil rakyat. Walhal kerja tak seberapa. Memandangkan najib ada rm400k untuk buat majlis pertunangan, kenapa najib masih nak menggunakan wang rakyat setiap kali rosmah mansur ke luar negara?

Logik tak? Tak logik kan. Najib nampaknya ada banyak sangat duit. Dan boleh tak kalau najib isytiharkan berapa banyak harta yang dia miliki sebenarnya? Bukan apa, nak mengumpul rm400k bukan kerja senang di saat rosmah mansur kali beli barangan branded der.

Korang fikirlah ek. Gaji najib sebagai piem berapa? Rujuk sini. Rosmah mansur beli baju mewah + beg branded, barangan kemas lagi. itu tak masuk kos2 lain. Itu tak masuk kos menanggung perbelanjaan anak2 dia kat luar negara tue. Yang study, yang melancong, dan macam2 lagi.

Jadi perlunya rakyat didedahkan berapa banyak jumlah harta yang najib miliki neh. Aku pun dah start was2 neh. Kalau dia piem takan dia boleh berniaga pula? Bukan kah akan timbul konflik kepentingan disini dimana syarikat2 perniagaan dia akan diberikan tender dan projek dari kerajaan?

Dan kalau dia tak berniaga macam mana duit dia boleh jadi banyak sangat pula? Bukan sekadar majlis pertunangan jek yang menjadi persoalan sekarang. Isu barangan branded rosmah tue pun memerlukan kos tertentu gak. Dari mana najib mendapatkan duit untuk memenuhi semua keperluan tue? Kita seme perlu kaji tue. Siyes. Kena kaji.

Ameno : Banyak duit bulan2 najib kena spend.. kalau ikut gaya hidup rosmah lah..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...