Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Mac 2012

Projek RM22juta terbelangkai.. - satu lagi gajah putih?


Neh ada melibatkan satu lagi projek yang  menggunakan dana awam untuk buat satu pembangunan dan kemudian nya projek tersebut tersekat separuh jalan. Kali neh jumlah yang membabitkan projek neh ialah sebanyak rm22juta. 

Kita tak kisah der kerajaan nak buat projek. Kita faham betapa perlunya pembangunan untuk rakyat marhaen. Tapi kita marah kalau projek2 tersebut menimbulkan masalah yang akhirnya mengakibatkan kerugian dan pembaziran yang melibatkan wang dan masa yang telah diperuntukkan. 

Yang neh kita terpaksa marah sebab benar2 merugikan rakyat. Buat apa kerajaan buat projek, labur duit pembayar cukai sana sini lepas tue hasilnya satu haramjadah rakyat tak dapat? Kan memang wajar kita marah?


Sekarang neh citer pasal projek rm22juta dulu.

1. Lokasi projek di tanjung karang.

2. Nilai projek neh rm22juta.

3. Pelan projek ialah untuk pembinaan jeti dengan fasiliti yang lengkap. Benda neh related dengan hal2 maritim. Dan dibina untuk kegunaan lembaga kemajuan ikan malaysia [LKIM].

4. Peruntukkan wang datang dari kementerian asas tani. Noh omar ka? Yang tue kena selidik tahun lah der.

5. Apa masalah pada projek neh? 

- tidak merujuk kepada beberapa agensi penting semasa melakukan operasi pembinaan di mana pelan pembinaan mereka itu sendiri tidak di iktirafkan oleh agensi2 yang berkuatkuasa. 

- Sekarang dah siap 90% tapi kerajaan negeri takley bagi cf sebab apa? Sebab = tidak merujuk kepada agensi2 tertentu. Peranan agensi2 tersebut ialah memberikan jaminan bahawa projek tersebut diyakini selamat. Kalau dah takde jaminan keselamatan macam mana nak luluskan bangunan yang telah dibina?

- Sebab tue kerajaan negeri tidak boleh meluluskan projek tersebut melalui agensi mereka iaitu majlis daerah kuala selangor [MDKS].

Dalam kes neh kerajaan negeri juga boleh dipersalahkan sedikit sebanyak. Bila satu2 projek tue terbina di satu2 lokasi takan takde orang yang perasan especially mereka2 yang terlibat dengan agensi yang berkuasa dalam soal kelulusan? Bagi aku untuk kakitangan kerajaan negeri mereka boleh didakwa atas faktor kecuaian dan kelalaian. Sehingga 90% projek siap baru bising nak complaint. Sebelum tue buat apa? Tidor? 

Takan tak perasan ada jentera bagai berlegar2 kat kawasan tersebut? Takan tak reti nak baca papan tanda dan semak dengan agensi bahawa projek neh sebenarnya tiada dalam listing yang telah diluluskan? Neh lah perangai kakitangan kerajaan. Maleh aku nak cakap. Kalau boleh menilai perangai dan prestasi penjawat awam, dah lama aku buat.

6. Atas paper tulis dah siap sehingga 80 - 80 % tapi apa yang terpapar atas tanah tidak mengambarkan apa yang terpapar atas paper. Pelik.

Apa yang boleh kerajaan negeri buat untuk mengurangkan kerugian dalam projek neh? Asal dan cadangan projek neh memang baik, untuk kemudahan rakyat dan mewujudkan peluang pekerjaan so kalau biarkan ia rugi habis memang dasat arh jawabnya.

Cadangan aku ialah amek alih projek neh daripada kerajaan pusat dan perbaiki balik mana2 yang tak elok. Inilah masanya untuk kerajaan negeri buktikan yang mereka pandai memperbaiki mana2 kerosakkan yang dilakukan oleh kerajaan pusat. 

Di samping itu kena report polis dan sprm. Kementerian yang meluluskan tue kena bertanggungjawab sepenuhnya dan syarikat yang diberikan tender neh kena disiasat. Kot2 ada link ke apa tue seme kena korek habis arh. Moga2 menteri yang bertanggungjawab tue boleh gak berambos sebagaimana shahrizat. Heh. Bai.

Ameno : Apa pun tak boleh lah sekarang..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...