Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Mac 2012

Belajar untuk mengundi pun jadi subjek di sekolah ka?

Aku dah tak boleh blah hidup dalam malaysia yang dipenuhi oleh orang2 biol + mereng + meroyan. Aku dah pernah ada usaha nak berambos dari negara neh. Sedang mencuba jika bien masih memerintah negara neh. Siyes semak. 

Korang tengok enh spr buat lawak mengarut lagi. Instead memikirkan dan merealiasasikan tuntutan 8 perkara dalam bersih mereka boleh mengarut nak fikir buat benda lain. 

Baca bawah jap ;

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan agar subjek mengenai pilihan raya dan kepentingan mendaftar sebagai pengundi diperkenalkan di peringkat sekolah menengah atas.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, langkah ini bagi mendedahkan golongan remaja kepada tanggungjawab masing-masing apabila telah mencapai umur yang melayakkan mereka mendaftar dan mengundi. "Kalau mereka didedahkan dari awal, ini akan menanam minat mereka untuk mendaftar dan mengundi selain mengetahui tanggungjawab mereka bila dewasa kelak.

"Cadangan ini akan dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran, seterusnya SPR akan berbincang untuk mendapatkan jalan terbaik memperkenalkan perkara ini,” katanya hari ini. -UM-

Mungkin korang ada pandangan yang lain. Tapi pandangan aku benda neh tak perlu. Ia sia2 der. Buat apa nak jadikan subjek mari mengundi sebagai salah satu subjek di sekolah? Semak. Ko dan aku sama2 pernah jadi student kan. Kita boleh faham betapa semak nya subjek2 tertentu yang wujud dalam sistem pendidikan kita walhal tak membantu apa pun.

Apa yang perlu dilakukan oleh SPR mudah sahaja. Buat satu sistem di mana semua rakyat malaysia yang berumur 21 tahun ke atas layak mengundi tanpa perlu mendaftar. Bukan kah kawasan mengundi ditentukan melalui alamat di ic masing2? 

So takan tak boleh bekerjasama dengan JPN dalam isu tersebut? Susah meh nak wujudkan satu sistem seperti neh? Takde orang yang mampu dalam SPR kah? Bagi lah pada yang mampu ramai jek orang kat malaysia neh boleh realisasikan benda tersebut.

Selepas tue buatlah pengundian selama 2 ataupun 3 hari. Aku dari dulu lagi tak faham kenapa hanya boleh mengundi satu hari jek? Kenapa tak buat 2 hari sekurang2nya tempoh masa untuk mengundi? Tempoh masa yang singkat neh boleh dijadikan alasan kenapa mereka malas nak balik mengundi. 

Sebenarnya pelbagai cara boleh dibuat untuk membuatkan mereka pergi mengundi. Contohnya iklan2 yang segar dan bebas dari unsur2 politik. Bukan iklan2 yang spr buat tue. Meroyan + mengarut jek lebey. Ada ka nak suruh org mengundi siap puji2 bien lagi dalam iklan? Orang pun hilang semangat der tengok iklan macam tue. Tak sempat nak tengok sampai habis terus kalih tv lain. Fikir lah sikit.

Walaupun bukan nak sangka buruk tapi percayalah subjek mengundi oleh spr neh andai direalisasikan disekolah2 nanti ia lebih kepada subjek kutuk pembangkang dan undilah bien. Siyes. 

SPR toksah buat drama dalam awani lah cakap spr sering dituduh alat bien walaupun sebenarnya bukan macam tue. Yang sebenarnya memang spr alat bien dan kami bukan tuduh tapi ia adalah satu bentuk fakta yang spr kena terima. Mungkin bukan seme kakitangan spr yang pro bien tapi yang pasti ketua spr itu sendiri adalah pro bien dan cenderung mengikut telunjuk bien sehingga melantik orang2 yang berkerja bawah dia semestinya pro bien juga. Hakikat beb. Hakikat.

Ameno : Buat berat otak student jek nak belajar pasal mengundi. ..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...