Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Mac 2012

Majlis harijadi najib rm80ribu pula - Tolong dedahkan jumlah sebenar gaji Najib! - UPDATED!






Updated ; 

Kat atas neh dokumen yang dipercayai benar lagi sahih yang diperolehi dari hotel shangri-la.

Point penting yang perlu difahami kita semua ialah ;

1. Yang neh ialah majlis untuk meraikan harijadi najib = majlis peribadi. Takde kaitan dengan kerajaan dan etc2.

2. Majlis neh dibuat dalam sri perdana =  kediaman rasmi perdana menteri = menggunakan semua fasilitis dan kemudahan2 rakyat yang diperuntukan khusus kepada perdana menteri lakukan kerja dia bagi mentadbir negara. Buat majlis hari jadi = majlis peribadi = tiada kaitan dengan kerja2 rakyat der.

3.  Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:

Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang

RM20,700

Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai

RM7,738

Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai

RM5,300

Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai

RM795

Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai

RM31,800

Caj pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai

RM12,720

JUMLAH

RM79,053

4. Majlis neh dihadiri lebih kurang 100 orang jek beb. Hehehe mahal siot untuk 100 orang punya makan.

5. Sekarang kita tengok time pula. Majlis neh berlangsung start pukul 7 tue. Peh. Waktu mahgrib tue der. Jangan salah faham. Aku saja jek nak bagitau time majlis tue dekat2 waktu mahgrib beb.

6. Then kita tengok pula tujuan majlis neh. Tujuan majlis = raikan hari jadi. Najib = orang islam yang pro wasatiyah. Agak2 der.. orang jenis apa yang meraikan majlis hari jadi macam neh? Kalau bebudak tue toksah cakap lah der. Biasa sangat dah kita buat sambutan harijadi untuk depa. Yang si najib neh bukan budak2 der tapi datuk kepada budak2 lagi. Hehehe.. Lue fikirlah sendiri der. 

7. Pada tahun 2011 najib dah habiskan 80k duit untuk buat majlis hari jadi. Pada tahun yang sama najib habiskan 400k juga untuk raikan majlis pertunangan anak dia. So kat sini terbukti der najib banyak duit. Tapi dari mana dia ada duit sebanyak tue? Berapa gaji dia? Yang neh kita minta dia dedahkan supaya kita tak rasa was2.

8. Majlis hari jadi neh telah diadakan dalam rumah pm yang menggunakan bil api + bil air = yang dibayar oleh wang rakyat der. Yang tue kita memang pasti. So macam mana najib nak kira benda begini? Adakah bil api + air satu hari neh najib bayar juga? Bagaimanakah pengasingan dilakukan?

9. Majlis hari jadi neh juga menggunakan kakitangan tertentu untuk melayan tetamu. Adakah kakitangan kerajaan digunakan? Almaklumlah, orang luar bukan boleh keluar masuk sri perdana der. Even kakitangan hotel shangri-la sekalipun. Jika ya, adakah najib bayar ot mereka? Guna wang sapa lagi? Yang tue kita nak najib perjelaskan.

10. Dan yang terakhir yang kita nak najib dedahkan ialah siapakah tetamu2 yang dia jemput pada hari tersebut? Kita mahu tahu senarai tetamu. Kot2 ada cross link dengan tender2 kerajaan kah. Kena dedahkan seme tue ye najib. Please. 

Najib, anda memang seorang perdana menteri di malaysia tetapi anda bukan bos saya, sebaliknya saya dan rakyat yang lain ialah boss anda. Kami berhak tahu seme tue demi menjaga kepentingan dan hak2 rakyat disini.



Siyes.

Najib kena dedahkan seme tue untuk mengelakkan keraguan dan rasa was2 kita terhadapnya. Aku dah semakin pelik gile. Logik lah beb persoalan2 aku neh . 

Belanja tunang = rm400 ribu semalam? Banyak gaji dia untuk support seme tue?

Belanja hari jadi = Dekat rm80ribu semalam? Untuk 100 tetamu jek pun? Banyak gile duit dia.. dibuat dalam rumah rasmi PM. Bil elektrik kita yang bayar tue der..

Belanja hantaran time tunang = tak tahu kos dia berapa tapi mereka yang terlibat bagitau memang mewah siott..

Belanja rosmah setiap hari = ??? Takan rosmah pergi sana pergi sini guna duit rakyat? Shopping? Baju mahal? Beg mahal? Cincin mahal? Aksesori keronsang. Aku selalu nampak dia pakai kerongsang mahal2 yang dia selitkan kat selendang dia tue. Sekali tengok mao makan riban2 beb keronsang macam tue.

Belanja anak2 najib yang belum berkahwin dan bekerja = ??? taktau berapa tapi still najib kena sara depa kan? So dari mana depa dapat duit untuk belanja hari2 dan bayar duit untuk study dan keluar dengan kekawan? Takan baju anak2 dia pun kita support beb? Biar betul??

Setelah dihimpun2kan dan difikir2kan sebenarnya gaya hidup najib = satu gaya hidup yang sangat mewah. Dia berubat pun ke luar negara. Tak percaya pada pakar sendiri. Yang tue dah sah2 guna wang rakyat. Tak boleh nak kata apa dah sebab termasuk dalam kelebihan yang dia raih sebagai PM. 

Tapi macam mana pula dengan kes dia bercuti ke australia masa tahun baru 2012 ari tue? Yang kecoh menginap di hotel mewah? Dia guna duit sapa lak tue? Kena siasat. Sebenarnya ada terlalu banyak perbelanjaan najib yang kita sebagai rakyat nak tahu dari mana sumber wang yang digunakan. Siyes. Najib kena dedahkan jumlah gaji dia supaya kita boleh lakukan perkiraan matematik logik ke tak logik pendapatan dia boleh support semua gaya perbelanjaan mewah dia.

Artikel neh telah dikemaskini.

Ameno : Sakit ahti der..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...