Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Mac 2012

Pemimpin umno semuanya BODOH NAK MAMPOS ke?

Bengangnya aku.

Pemimpin umno neh semua nya bodoh ke apa? Tanya jek neh. Bukan tuduh. Tanya dulu. Betul ke tak betul dorang tue seme bodoh ataupun tidak? Sebenarnya dari semalam lagi aku rasa nak pijak2 mulut orang yang meroyan atas kes shahrizat.

Kenapa?

Baca bawah neh ;


Ini baru satu statement. Belum lagi 3 statement lain dari najib, muhyiddin dan ahmad maslan. Aku dah malas nak petik. Yang neh pun aku ciplak dari beritasemasa. Jadilah buat modal mengutuk pemimpin2 bien atas perkara yang memang perlu dikutuk pun. Bukan suka2 nak kutuk der.

Kalau sapa tengok tv semalam, mereka akan tahu semua pemimpin2 umno bangga dengan pengunduran shahrizat dari jawatan menteri bermula 8 april neh. Macam2 komen yang keluar. Soh menghargai lah, satu tindakan terpuji lah, satu pengorbanan lah dan etc2. 

Dorang neh taktau lah macam mana jadi menteri aku tapi jelas disini mereka mempunyai otak2 yang senget. Kenapa senget? Nak tahu? Mudah ;

1. Shahrizat berundur = terpaksa letak jawatan = sebab terpalit dengan skandal penyelewengan nfc = yang kini juga sedang menjadi kes mahkamah = maksudnya pertuduhan ke atas mereka selama neh adalah benar dan betul. Faham? 

Maksudnya selama apa yang kita dok pongpang2 tue ada kes lah. Bukan takde kes. Kalau takde hujah macam mana boleh jadi kes di mahkamah? Pembangkang bukan saiful bukhari. Saiful bukhari takde bukti pun takpe. Guna hujah mulut jek. Isu nfc ada bukti, keterangan, saksi serta dokumen yang kuat. 

2. Selepas difahami kenapa shahrizat terpaksa berundur = tiba2 semua pemimpin umno menyalak suruh kita menghargai pengorbanan shahrizat. Betul ke pemikiran macam tue? Takde rasa malu dan segan ke suruh org menghargai seseorang yang dah menyalahgunakan dana awam untuk membina kekayaan peribadi? 

Dia berundur adalah sesuatu yang lebih dari patut dia kena buat. Bukan sekadar berundur, pulangkan balik NFC dan wang rm250juta disamping perlu didakwa dan harus dihukum di mahkamah kerana menyeleweng. Ini adalah prosuder biasa bila melibatkan penjenayah. 

Dia, sudah dibuktikan oleh kita sebagai penyeleweng tetapi mahkamah belum memuktamadkan hal tersebut untuk membolehkan dia dihukum. Itu sahaja. Songlapan dia dah terbukti. Tak payah nak cakap banyak cakap ia tak terbukti. Ia dah terbukti cuma mahkamah belum memutuskan ia. Samada dia dihukum or tak dihukum pandangan kita terhadap dia tetap sama. Iaitu penyonglap wang rakyat. Ia takan berubah. 

3. Lepas tue depa dok kait2 dengan isu peribadi pula. Elizabeth wong berbogel dan beromen dalam kawasan peribadi dia yakni dalam rumah dia. Dia bukan orang islam. Dia nak beromen sampai mampos apa hak kita nak kaco? Dan yang lebih keji ialah tangkap gambar2 bogel dia untuk disebarkan bagi mengaibkan dia, logik ka??

Adakah dia menggunakan wang rakyat ketika beromen? Takde. Dia beli kondom guna wang rakyat ka? Pun takde. Isu peribadi nak dibandingkan dengan isu songlap? Bodoh ke ko?

Takde apa pun pengorbanan yang shahrizat buat atau mana2 pemimpin buat terhadap rakyat malaysia selama neh. Apa yang dilakukan ialah satu bentuk pengkhususan sahaja. Aku jadi rakyat, ko jadi pemimpin. Aku nak kan kemajuan dan ko cari jalan untuk realisasikan apa yang aku inginkan. Itu sebab aku undi ko dan bayar wang cukai kepada ko.

Dan bila ko salah urus aku berhak marah dan hukum ko. Itu tindakan yang patut sebab ko dah lari daripada perjanjian kita. Pemimpin dan wakil rakyat seme sama saja statusnya bagi aku. Mereka tak buat kerja dengan free. Mereka dibayar untuk itu. So takde lah istilah pengorbanan, tindakan terpuji dan harus berterima kasih sekalipun. 

Jadi tak perlu lah beria2 nak suruh org menghargai, memahami pengorbanan ataupun memaksa orang berterima kasih dan etc2. Benda tue harus direct datang dari rakyat bukan disuruh oleh mana2 pemimpin or pembodek2 mereka. Yang bos ialah rakyat, bukan pemimpin or mana2 wakil rakyat sekalipun. So inilah pandangan aku. Jelas.

Ameno :  Bodoh gila nak hargai pengorbanan seseorang yg meletak jawatan sebab menyonglap!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...