Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Julai 2011

PAS, tahlil berbayar dan kesesatan.


Kat atas neh ialah screenshot iklan tahlil yang dipetik dari harakah. Sekarang neh aku nak meluahkan pandangan ikhlas tentang hal neh. Pandangan aku ialah pandangan jujur berasaskan kepada persekitaran aku. Ini bukan entry cari pasal atau entry nak kutuk pas. Jadi tak perlu lah nak salah faham kat sini. Ini ialah entry berdiskusi sesama kita. Andai salah, maka betulkan. Andai berbeza, maka belajar untuk terima. Simple.

Pertama aku nak sentuh isu tahlil berbayar. Merujuk kepada perkara di atas neh. Sila lihat iklan ini live disini.

Dan ini ialah pemahaman akal aku ;

1. Pondok hilir boleh buat majlis tahlil. = sama macam catering buat kenduri kahwin

2. Tapi pondok hilir tidak menetapkan bayaran khusus. Sekadar sumbangan ikhlas. Memang tiada ketetapan bayaran. Aku dah tanya sendiri <-- testimoni aku. Aku tanya ustaz neh berapa sumbangan yang dia nak, dia cakap terpulang lah. Lainlah catering. Dia memang ada bayaran khusus bagi perkhidmatan mereka.

3. Tapi satu benda yang sama yang aku nampak secara kasar ialah ;

majlis tahlil berbayar = catering berbayar = sama2 perlukan duit = sama2 berikan perkhidmatan mereka.

Apakah kita di bolehkan mencari "wang" dengan berbuat demikian? Maksud aku majlil tahlil berbayar neh. Boleh ka kita berbuat demikian?

Ini jawapan yang aku terima daripada orang yang terlibat dalam perkara macam neh [untuk rekod mereka neh semua aku interview atas dunia realiti bukan online]

Jawapan pakcik A yang keluar duit buat tahlil :

Pakcik neh cakap yang majlis tahlil berbayar neh boleh jimatkan duit dia. Beban kenaikan barang makanan di malaysia neh meningkat dari tahun ke tahun. Jika ramai2 orang membayar kepada satu organisasi untuk mengadakan kenduri tahlil, apa masalahnya? Ibarat 3,4 orang anak dikenduri dalam satu persandingan. Kat situ jimat kos catering. Jadi apa masalahnya sehingga aku sibuk2 tanya? 

Jawapan pakcik B yang keluar duit buat tahlil ;

Kita bukan taktahu yang majlis tahlil neh bidaah. Benda yang tiada dalam islam. Tapi niat kita menyumbang untuk buat majlis tahlil neh cuma niat atas kertas. Pada hakikatnya kita nak bantu mereka2 yang melaksanakan kerja2 dakwah. Takan nak bagi macam tue aje kot. Hari2 makan sumbangan dan derma ikhlas, dorang pun ada perasaan malu. Jadi apa salahnya mereka menawarkan perkhidmatan tahlil berbayar di samping menaja makanan berbuka puasa mereka? Kita tak rugi pun. Anggaplah derma ikhlas.

nota : tiada kaitan dengan pondok yang di iklankan oleh harakah.

Kedua2 di atas neh menderma lebih dari rm100 untuk majlis tahlil berbayar. Masing2 ada jawapan dan niat yang berbeza. Kalau ikut pandangan aku maka ;

Aku fikir mereka menawarkan perkhidmatan majlis tahlil berbayar neh sedang menjual perkhidmatan. Mereka cuba mengambil kesempatan di atas masyarakat islam yang semakin terpesong dari islam. Tapi nampaknya persepsi aku neh tidak mewakili keseluruhan mereka yang terlibat. 

Ini kerana ada yang tanya aku, ustaz2 yang ambil sumbangan buat majlil tahlil tue gunakan duit untuk beli kereta mewah ka? Rumah besar ka? Sampaikan aku beria2 siasat segala bagai? Ceh.. terkena aku bhai. Aku insaf. Aku tak patut buruk sangka neh.

Tapi still.. still still.. boleh menimbulkan keraguan yang munasabah. Ini kerana tak semua mereka yang menganjurkan majlis tahlil berbayar neh mempunyai niat yang serupa. Mana yang ada niat ikhlas, mana yang ada niat sebaliknya kita tak tahu. Sebab tue wajar untuk kita pantau benda2 macam neh. Kita tidak mahu nanti ada persepsi yang mengatakan ustaz2 neh menjual bacaan tahlil mereka demi menghalalkan matlamat mereka.

Di samping itu benda neh juga ada side effect yang lain. Contohnya upah bacaan tahlil neh sendiri. Kenapa perlu susah payah upah orang buat tahlil? Ka sendiri tak pandai baca? Tak semestinya tahlil mesti dikendurikan. <-- siapa bagi persepsi neh? aku pun confused. 

Sendiri boleh buat tahlil ma. Sendiri baca sendiri lah sumbang bacaan tersebut kepada arwah. Daripada sumbang duit buat upah tahlil, baik bayar ustaz tersebut untuk mengajar mengaji. Lagi baguss wooo. Tapi niat orang yang menderma kepada pondok2 pengajian dakwah amatlah dipuji oleh aku. 

Walaupun mereka neh sedar bacaan tahlil neh tiada dalam amalan Nabi saw tetapi still mereka bagi duit. Mereka nak menderma dengan ikhlas. Mungkin ramai orang islam macam neh. Mungkin majoriti. Bukan sebab dorang tak reti baca tahlil. Bukan sebab dorang takde duit nak buat kenduri sendiri. Ataupun lain2 sebab. Sebaliknya mereka cuma nak menderma dengan ikhlas. Kagum aku.

Di sinilah kesalahan kerajaan umno bermula. Sepatutnya mereka memberikan peruntukan khusus kepada pondok2 seperti ini agar mereka tiada kerisauan dari segi kewangan dan keperluan harian. Tetapi disebabkan umno itu anti islam maka pondok2 seperti ini terpaksa hidup atas belas ihsan orang ramai. Sehingga kadangkala terpaksa menjual kebidaahan untuk sesuatu sebab. <-- ini fakta beb. Walaupun tak wajar menyalahkkan umno di atas majlis tahlil berbayar tapi still umno ada menyumbang kepada kesusahan mereka. Sedikit sebanyaklah.

Bacaan tahlil kepada si mati difahami oleh aku tidak akan sampai kepada arwah. Aku baca banyak pasal neh. Wujud pelbagai pandangan yang berbeza-beza. Dah macam tue, tak patutlah amalan neh diteruskan. Ataupun hentikan ia sekurang2nya sehingga mencapai satu persetujuan. Kita bukan mahu a memaksa b mendengar pandangan a dan begitulah sebaliknya. Cuma kita mahukan satu persetujuan di ikat bagi mengekang perbalahan umat islam. Once kita dah sama2 setuju kepada keputusan itu then kita patuhi lah. Adil bukan?

Berkaitan meminta derma dan sumbangan dengan menjadikan majlis tahlil sebagai platform aku rasa ianya tidak perlu diteruskan. Lebih baik terus terang je perlukan sumbangan dan derma ikhlas untuk berbuka puasa. Insya-Allah ramai orang akan derma. Mengharap pada Allah swt, bukan pada orang. Disebabkan mengharap pada orang lah kita kadangkala tersasar sehingga membidaahkan diri masing2. Tak perlu tengok jauh. Tengok diri sendiri sudah.

Dan pas sebagai parti islam sepatutnya alert tentang hal neh. Iklan neh berada di dalam harakahonline. Itu belum naskhah paper pas lagi. Mungkin lebih banyak dari yang neh. Yang mengundang persoalan di ahti aku ialah ;

iklan = product berbayar.

Maksudnya ko kena bayar dulu then mereka akan iklan kan product ko. Aik.. ko ada duit yerk bayar iklan? Bukan kah sepatutnya ko tiada wang disini? Ataupun harakah iklan kan secara percuma? Benda neh mewujudkan persepsi beb.

Rasa tak apa yang aku rasa? So benda neh just mengheret kepada satu situasi yang kurang menyenangkan kita semua. Aku bukan menyalahkan pas dalam isu neh. Team harakah mungkin tidak alert. Tetapi team harakah perlu open terima pandangan dan kritikan. Jangan bagi alasan macam neh kat aku ;

Hek eleyyy.. punyalah berlambak2 kemaksiatan yang berlaku di malaysia neh.. ko sibuk pongpang2 pasal pas.. ko ingat ko bagus dan alim sangat kaaa? Benda kecik takde apa pun. Diam sudey. <-- individu yang bakal marah aku kat sini.

Deerr.. rileks dulu derr. Aku tahu banyak benda buruk di dunia neh. Tapi sekarang skala aku pada pas. Pada harakahdaily. Dalam banyak2 kebaikan dalam harakah, aku spot satu benda yang kurang menyenangkan. So aku tegur sebagai kapasiti penyokong totok pas. Kerana apa aku tegur? Aku sayang maa. Aku sayangkan pas. Tapi pas kena faham lah. Islam itu islam. Pas itu pas. Pas bukan islam. Islam pun bukan pas. So, aku sekarang tegur pas. Bukan tegur islam. Kan ada beza disitu?

Boleh faham kan? Sekian.

Nota : Pakcik A dan Pakcik B bercakap dengan gaya bahasa dan ayat yang lain. Aku menulis balik kepada yang paling hampir dan menyamai maksud disitu. Harap maklum. 


Ameno : Pas ialah parti. Islam ialah kehidupan. Pas mengamalkan islam sebagai kehidupan. Oleh itu pas cenderung kepada kesilapan.

Share this

0 Comment to " PAS, tahlil berbayar dan kesesatan. "

Catat Komen

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...