Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 Julai 2011

Kenapa kami tak percaya Teoh Beng Hock bunuh diri.

Artikel neh bukan nak kutuk suruhanjaya siasatan diraja ke, polis ke, sprm ke, kerajaan ke ataupun mana2 pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak secara langsung dengan kes neh. Cuma aku rasa sebagai rakyat malaysia yang merdeka wajib bagi mereka yang berkaitan terutamanya pihak penguatkuasa untuk faham kenapa rakyat macam aku dan aku percaya majoriti rakyat malaysia berfikiran macam aku menolak andaian bahawa TBH [ringkasan kepada nama mendiang teoh beng hock] bunuh diri.

1. TBH mati sehari sebelum pendaftaran perkahwinan.

Orang nak kahwin. Orang nak timang anak. [Tolong jangan main sentimen status anak mendiang disini. Tolong hormati hak orang yang berbeza agama disini] Macam mana mungkin dia bunuh diri beb? Ko, hari neh nak kahwin, semalam ko bunuh diri ka? Tension macam mana sekalipun mesti lah ko fikir bahawa ko bakal berkahwin dan bakal mendapat cahaya mata. Dan andai dia tension, mesti lah dia luahkan dulu perasaan dia sebelum nak bunuh diri [andai kemungkinan neh benar]. 

2. Tiada tanda-tanda nak bunuh diri.

Bukan boleh main mendadak bunuh diri. Menerusi pembacaan aku, aku dapati orang yang nak bunuh diri akan hadirkan tanda2 sebelum mereka bunuh diri beb. Akan berlaku perubahan sikap dan psikologi mereka sebelum mereka bertindak memutuskan untuk bunuh diri. Contohnya menderma semua barangan kesayangan mereka kepada orang tertentu. Perubahan selera makan. Perubahan dari segi pergaulan dan tingkah laku. Seseorang itu akan kemurungan sebelum mencapai kemuncak untuk membunuh diri. Berdasarkan kepada kronologi kematian TBH neh, dia tidak menghadapi sindrom2 bunuh diri.

Alasan tekanan perasaan akibat disoal siasat punca dia bunuh diri adalah alasan lepas diri. Ya, memang ada kemungkinan dia tertekan akibat disoalsiasat sehingga memaksa bunuh diri tetapi kenapa tanda2 bunuh diri tidak wujud? 

Nak bunuh diri bukan macam makan nasi. Arhh aku nak makan nasi. Dan terus makan. Arhh aku nak bunuh diri larh.. jom2 bunuh diri. Takan macam tue pula?

Orang yang tertekan sehingga memaksa nak bunuh diri akan berfikir macam2 sehingga perasaan mereka berkecamuk. 

Sebab tue aku cakap kes neh menimbulkan keraguan yang munasabah. Lihat bawah ;

TBH bunuh diri = alasan bunuh diri = tertekan dengan siasatan sprm = kenapa tertekan? adakah disabitkan bersalah? tidak kan? = menimbulkan persoalan = menghasilkan persepsi serong masyarakat. <-- situasi sekarang.

Andai begini ;

- TBH bunuh diri = alasan bunuh diri = tertekan dengan siasatan sprm = kenapa tertekan? Sebab bersalah = bimbang akan dihukum berat = menyesal akan perbuatan = tanda2 bunuh diri = bunuh diri. <-- situasi yang boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat malaysia. 

Tetapi pada zaman sekarang bunuh diri bukan option bagi mereka yang berpelajaran  sebab mereka faham bahawa sebelum satu2 hukuman itu dimuktamadkan ia harus dibicarakan terlebih dahulu di dalam mahkamah. Mana mungkin TBH bodoh2 nak pergi bunuh diri sedangkan dia belum pun didapati bersalah apatah lagi kes belum dibicarakan di mahkamah, so takde kes. Bila takde kes, apa sebab dia nak rasa tertekan? 

Mungkin benar cara siasatan sprm kejam. Tapi ikut pemerhatian aku yang suka tengok rancangan penyiasatan aku dapati bahawa ;

- nak soal siasat orang yang lemah = mudah.

Hanya perlu ugut/gertak sedikit, mereka dah kecut dan terus dedahkan semua sekali. Menurut laporan siasatan diraja mendiang TBH mempunyai daya tahan yang lemah. So, kalau dah lemah = mudah dimanipulasikan oleh sprm bagi mencungkil maklumat. Boleh tahu tak apa maklumat yang sprm berjaya cungkil untuk lengkapkan kes siasatan rasuah yang membabitkan ronnie liu? Ada ke takde? 

Orang lemah = penakut. Dan orang penakut = tidak cenderung bunuh diri = sebaliknya cenderung untuk selamatkan diri [hasil drama criminal minds] Ini sudah tidak konsisten lagi dari segi psikologi beb. Nak bunuh diri terjun dari bangunan tinggi? Lagi lah tak konsisten dengan sikap TBH yang konon nya lemah. Melainkan dia telan pil banyak2 untuk bunuh diri. Tapi macam aku cakapkan tadi, orang lemah TIDAK CENDERUNG untuk bunuh diri. Mereka cenderung untuk selamatkan diri. 

Orang yang membunuh diri ialah jenis orang yang sudah hilang harapan @ tekanan melampau @ tak nampak matlamat hidup @ tiada lagi keceriaan dalam kehidupan dia @ di timpa kegagalan yang berturut2 dan besar @ tiada sokongan hidup [macam tiada ahli keluarga yang memahami, rakan2, kerjaya yang stabil]. @ halusinasi @ sakit macam kemurungan yang berpanjangan / mental disorder [macam meroyan] / hidap penyakit kronik.

Tanda2 neh takde satu pun kat mendiang TBH. Sebab tue orang persoalkan kematian dia. Sama macam orang persoalkan cara kematian arwah adik aminulrahsid dan arwah sarbani. Bukan pasal nak suka2 hentam sprm ataupun kerajaan. Tapi kalau dah tiba2 orang yang kita kenal tiba2 mati dan dikatakan bunuh diri walhal kita cukup2 kenal dan tahu bahawa dia tiada ciri2 nak bunuh diri, boleh kah kita terima alasan itu?

3. Mayat teoh beng hock tidak kelihatan seperti jatuh dari tempat tinggi.

Aku ada baca banyak artikel pasal laporan bedah siasat TBH neh. Tapi aku belum lagi menemui berita yang jelas bahawa kepala tbh hancur ataupun sekurang2nya retak [bukan mendoakan kepada ahli keluarga TBH jangan salah faham]. Tulang2 dia pun banyak yang masih elok sedangkan kalau jatuh dari tempat tinggi bukan kah majoriti tulang2 dia sepatutnya patah? Gigi dia pun masih elok terlekat lagi di rahang. Ada ke laporan bahawa gigi dia terkeluar/pecah/retak/gores? Yang neh aku siyes tak pernah baca lah.

Kecederaan yang dia alami sebenarnya tidak konsisten tentang kecederaan yang sepatutnya terjadi apabila jatuh dari tempat tinggi. Kalau tengok dari laporan berita, tiada pun dilaporkan terdapat kesan tompokan darah yang banyak akibat terhentak dari tempat tinggi. 

Mudah je. Cuba korang amek batu. Dan ikatkan pada batu tue seplastik air. Dan jatuhkan batu tue. Korang akan tengok kat mana air tue terpercik.Macam tue juga dalam kes TBH. Sepatutnya bila kepala dia menghentak ke lantai, mesti wujud kesan percikan darah.

Semakin kuat kepala dia menghentam lantai, maka semakin tinggi lah lonjakkan darah yang memercik. So ada ke korang terbaca laporan forensik di tempat kejadian yang menyatakan wujud tompokan darah dan percikan di sekitar kawasan mayat TBH ditemui? Aku mengikuti kes neh hampir 90% isu2 penting terutamanya dalam bab forensik dan hasil bedah siasat. Aku belum pernah baca lagi pasal neh.

Tapi kalau ikut hasil laporan bedah siasatan memang menyatakan dengan jelas bahawa dia mati akibat terjatuh dari tempat tinggi. Kecederaan yang dia alami konsisten dengan kecederaan jatuh dari tempat tinggi. Apa ada ke kemungkinan dia nyawa2 ikan sebelum terjatuh tue? Mungkin kah dia sempat berpaut pada beberapa bahagian tingkat bangunan sebelum betul2 tak larat dan akhirnya jatuh secara berperingkat sehingga menyebabkan kematian. Adakah itu sebab nya mayat nya tidak kehilangan banyak darah? <-- pertanyaan [bukan tuduhan @ fitnah]

4. SPRM berdolak dalik.

Sebelum neh SPRM pernah memberitahu bahawa TBH ada meninggalkan nota bunuh diri. So apa kandungan nota tue? Apasal kes neh senyap dan lenyap begitu sahaja? Semasa mendiang TBH mula2 ditemui, sprm juga mengelabah semacam. Statement dorang banyak yang lari. Walaupun berbekalkan laporan forensik dorang juga semacam tidak yakin TBH bunuh diri bila membuat pc bagi mengumumkan punca kematian TBH pada awal kes neh baru berlaku.

Bila dorang sendiri pun macam tak yakin nak berhujah bahawa TBH memang bunuh diri, macam mana orang lain nak rasa yakin pula? Bukan nak letak kesalahan 100% ke atas bahu SPRM. Kita pun faham SPRM jalankan tugas. Cuma mungkin kah memang terjadi sesuatu yang tidak di ingini ketika sesi soalsiasat? Jika tidak kenapa SPRM menghukum 3 pegawai yang menjalankan siasatan ke atas TBH baru2 neh? Hukuman itu seolah2 mewujudkan persepsi bahawa mereka bersalah dan terlibat dalam kematian TBH.

Ataupun nak redakan persepsi masyarakat? SPRM kena ingat teoh beng hock bukan lah satu2 individu yang mati ketika dalam siasatan. Kita ada arwah sarbani yang sedang menanti untuk mendapat keadilan disini. Bagi aku tidak sepatutnya ruang untuk mendapat keadilan ditutup semata2 kerana mereka sudah tiada lagi di dunia.

Dan bagi aku ruang keadilan juga tidak patut dinilai dari segi agama dan bangsa ataupun status seseorang. Banyak kali aku baca penulisan bloggers umno yang menyatakan bahawa sarbani makan rasuah sebab itu dia bunuh diri. <-- Amat tidak baik. Mentang2 arwah dah takde, korang suka2 hukum dia sedangkan tiada bukti bahawa dia bersalah. Apatah lagi dia difitnah dan digambarkan kaya raya padahal itu semua hanya helah media untuk mewujudkan persepsi serong terhadap arwah sarbani.

Sama juga dengan kes TBH. Hanya semata2 dia cina dan bukan islam, bloggers umno meroyan mengatakan lantaklah si cina mampos tue. Apa yang orang pas kesah sangat. <-- jawapan bangang. Keadilan bukan untuk orang islam je beb. Keadilan tak kira bangsa dan agama. Pun tak pandang jantina, status dan harta. Mendiang TBH berhak mendapat keadilan kerana banyak perkara yang diragukan dalam kes kematian dia.

Tapi aku tidak meletakkan andaian bahawa sprm terlibat secara langsung dalam kematian dia. Aku memang percaya dia kena bunuh. Soalnya siapa bunuh dia? Dan kenapa mesti bunuh dia di bangunan SPRM? Adakah kecuaian dari pihak kakitangan SPRM yang "terlebih sudah" dalam menjalankan siasatan sehingga mengakibatkan kematian ataupun ada orang yang mahu imej SPRM dipandang buruk? Hanya Allah swt yang maha mengetahui. 

Apa yang penting kat sini ialah majoriti rakyat malaysia memang tak percaya bahawa mendiang TBH bunuh diri. Sama juga dengan arwah sarbani. Mesti ada sesuatu yang tak kena pada SPRM sehingga menyebabkan 2 kematian dalam tempoh yang singkat. Renungkanlah.

Ameno : membunuh yang terbunuh?

Share this

0 Comment to " Kenapa kami tak percaya Teoh Beng Hock bunuh diri. "

Catat Komen

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...