Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 Julai 2011

Betul ke kematian arwah baharuddin dipolitikkan dan ada kaitan dengan polis?

Betul ke kematian arwah baharuddin di politikkan oleh parti pembangkang dan bersih? Adakah term mempolitikkan itu sesuai digunakan apabila kita meminta untuk merungkai beberapa persoalan dalam kematian arwah baharuddin? Kenapa perlu pandang setiap perkara yang membabitkan pembangkang sebagai mempolitikkan isu? 

Memang betul bahawa ;

pembangkang = pencabar terdekat kerajaan dalam urusan pentadbiran negara = berkaitan rapat dengan politik. 

Ini tidak dapat dinafikan. Tetapi tidak semestinya setiap isu yang dibangkitkan oleh pembangkang ialah berunsur2 mempolitikkan isu. Kita mahu kan jawapan dan keadilan. Sebab itu kita bertanyakan polis isu kematian yang membabitkan arwah baharuddin. Kenapa polis nak anggap ianya sebagai mempolitikkan isu pula? Bukan kah ini prosuder yang biasa berlaku, di mana keluarga pesakit mahukan kepastian apakah punca ahli keluarga mereka meninggal. Ini salah ka?

Baiklah mari kita lihat isu neh dengan lebih mendalam.

1. Betul ke arwah baharuddin meninggal akibat komplikasi jantung?

Ini ialah laporan awal dan hasil bedah siasat yang dikemukakan kepada keluarga mangsa selepas arwah baharuddin meninggal. Mereka mungkin sahaja menyerahkan hasil laporan bedah siasat tanpa menerangkan situasi yang sebenar kepada keluarga mangsa. Kita tidak tahu situasi yang sebenar.

Tetapi kita tahu bahawa penyakit jantung selalunya ada kaitan dengan obesiti, tekanan darah tinggi, lelah + asma, gout dan lain2 yang tidak dapat dinamakan secara detail disini sebab aku bukan kakitangan perubatan.

Tapi berdasarkan kepada laporan hasil bedah siasat mereka dapati ada beberapa tulang rusuk dan gigi patah. Sebagai ahli keluarga maka ianya adalah lumrah jika mereka tertanya2 apakah yang mengakibatkan itu semua. Jawapan balas yang diterima dari pihak polis ialah CPR menyebabkan kesemua kesan terbabit wujud.

2. Apakah benar CPR boleh menyebabkan semua itu berlaku?

Ya. Boleh. Memang boleh. Boleh menyebabkan tulang rusuk patah. Bukan hasil pembacaan aku tetapi hasil minat aku. Aku minat tengok rancangan2 penyiasatan dan melalui kegemaran neh aku mendapat tahu bahawa memang ada berlaku kes neh. Malahan kes patah tulang rusuk ketika CPR bukan kes mustahil ataupun jarang.

Kenapa berlaku patah rusuk neh? Disebabkan tiada tauliah dalam memberikan CPR. Seseorang yang tidak pro akan menyebabkan banyak tulang rusuk patah dan berisiko menyebabkan organ lain bermasalah juga. Seseorang yang tidak cekap,tidak mahir dan tidak tahu teknik CPR yang betul memang akan menyebabkan kejadian di atas.

Teknik CPR sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko2 yang mungkin di hadapi oleh penerima CPR. Ini ialah salah satu kajian kes di USA. Aku tengok dokumentari pasal neh. Sebab tue aku tahu bahawa memang ada kemungkinan yang tinggi bahawa seseorang yang tidak bertauliah dalam memberikan teknik CPR memyebabkan BEBERAPA tulang rusuk arwah retak.

Seseorang yang bertauliah dan mahir,  sepatutnya tidak akan menyebabkan tulang rusuk retak. Tetapi tulang rusuk juga boleh retak dan patah jika CPR dilakukan secara berkali2. Iaitu mereka memberikan CPR lebih dari 3 kali. Biasanya kalau CPR diberikan lebih dari 3 kali ini bermaksud pegawai perubatan benar2 mahu menyelamatkan pesakit ataupun tahu bahawa pesakit ada harapan yang besar untuk hidup.

Namun, tahu kah anda mesin karen [maaf bukan istilah perubatan] yang menekan jantung itu juga mempunyai risiko boleh mematahkan / meretakkan tulang rusuk? Boleh berlaku. Tengok citer doktor house. Memang boleh berlaku tue.

Tapi bagaimana pula dengan gigi? Kenapa gigi nya patah pula? 

3. Adakah CPR dari mulut ke mulut boleh menyebabkan gigi patah?

Memang kaitan kekuatan tulang dan gigi = usia ada hubungan rapat.Tetapi itu bukan nya statik kepada semua individu. Ianya bergantung kepada cara hidup dan pemakanan kita sendiri. Seseorang yang berusia 50 tahun, yang rajin minum susu [supplement kalsium] belum tentu tulang nya rapuh berbanding dengan anak muda 20 an macam kita.

Tetapi jika dia seorang perokok, ya tulang dia memang berisiko rapuh. Bukan hanya tulang je rapuh, dengan gigi2 sekali rapuh dan mudah reput. Ini disebabkan rokok. Tetapi tak pasti samada arwah baharuddin seorang perokok mahupun tidak.

Jika gigi nya patah kerana nak memasukkan tiub pernafasan kena lihat dengan jelas gigi di bahagian mana kah gigi itu patah. Boleh bayangkan tak tiub pernafasan itu dimasukkan macam mana? Dalam keadaan pesakit tidak sedar dan pegawai perubatan pula dilatih untuk memberikan bantuan dengan cepat, maka memang ada risiko bahawa gigi ataupun bibir akan cedera akibat kecepatan kerja yang dilakukan oleh mereka bagi menyelamatkan nyawa. Tetapi berapa percent kah dalam kesemua kes yang seperti ini berisiko menyebabkan gigi patah?

Gigi berkaitan rapat dengan pemegang gigi [maaf bukan bahasa perubatan] iaitu rahang kita. Sebab itu ketika tiub dimasukkan dengan cepat dan pantas, rahang kita mungkin sakit tetapi kebarangkalian patah gigi itu masih di anggap kecil. [pada pandangan aku, amat mustahil untuk patah gigi tapi pandangan perubatan mungkin berbeza].

4. Jadi apakah salah semua persoalan di atas neh dijawab dengan ikhlas oleh mereka yang terlibat?

Seseorang yang tidak mahir akan hal perubatan sudah tentu akan mempersoalkan kesemua perkara di atas. Tanggungjawab pihak polis adalah menjawab dengan baik. Ini situasi yang normal di saat masyarakat sudah hilang kepercayaan dan kenyakinan terhadap pihak polis. 

Pihak polis dan kerajaan tidak boleh melatah andai ada masyarakat yang bertanya kenapa itu ini dan mengaitkan persoalan mereka dengan politik. Mereka adalah mangsa dan mereka mahu tahu apa yang berlaku kepada arwah sehingga arwah kehilangan nyawa nya.

Bukan semua orang tahu tentang bidang perubatan. Daripada marah kan rakyat sepatutnya pihak polis mendekati keluarga arwah dan terangkan elok2. Pihak polis mempunyai kaitan rapat dengan kematian arwah kerana berdegil dengan tidak membenarkan rakyat menunaikan hak mereka sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Rakyat berhak berhimpun. Yang sedang melanggar undang2 ialah pihak polis dan bukan nya rakyat.

Aku tidak beranggapan bahawa pihak polis membunuh arwah baharuddin. Aku fikir pihak polis pun mahu dia hidup supaya mereka tidak terkena apa2 kecaman, tapi nyawa bukan milik kita. Dari Allah swt kita datang, kepada Allah swt kita kembali. Sudah ditetapkan ajal baharuddin sebegitu, maka kita kena redha. Namun punca kematian arwah baharuddin perlu diperincikan kepada keluarga mangsa supaya mereka faham dan jelas kenapa arwah kehilangan nyawa. 

Bukan bersangka buruk dan memaki arwah dan keluarga arwah macam2. Pihak polis seharusnya minta maaf kepada mereka kerana pihak polis turun berperanan dalam menyebabkan kematian arwah baharuddin secara tidak langsung meskipun tiada niat. Tiada salahnya minta maaf andai boleh membuka ruang perdamaian. Pihak polis sudah terlalu lama ego. Ego bukan pakaian manusia. Ingatlah tentang tue dengan jelas.

Nota : Adakah arwah menyedut tear gas? Adakah bahan tear gas terdapat di dalam kerongkong dan paru2 arwah sehingga menyebabkan komplikasi jantung? <-- persoalan yang wujud di dalam akal kebanyakkan peserta bersih.

Ameno : Alfatihah untuk arwah dan sila berhenti mengeji arwah dan mana2 individu yang sudah meninggal dunia.

Share this

0 Comment to " Betul ke kematian arwah baharuddin dipolitikkan dan ada kaitan dengan polis? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...