Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 April 2011

Isu video seks : AmenoWorld vs hujah Kicdefella

Semalam aku telah menghabiskan beberapa jam untuk baca analisis kicdefella mengenai ulasan nya berhubung isu video seks yang melibatkan pemimpin kanan pembangkang.

3 point penting yang aku tertarik nak ulas ialah ;

1. Ketulenan video seks

2. Kemustahilan membuat video seks palsu

3. Jalan cerita eskay.

Ramai dari kita mengakui bahawa video seks itu tulen. Dan kerana itu mereka mengalihkan persoalan [tumpuan] bahawa adakah pelakon video itu juga tulen? Tulen di sini bermaksud = anwar ibrahim. Adakah pelaku watak seks dalam video itu ialah anwar ibrahim? Siapakah yang membuatkan kita memiliki persepsi ini? Dari mana, dari siapa, dan dari apa yang menyebabkan minda kita bergerak dari pada memikirkan persoalan ketulenan video seks kepada ketulenan pelaku video seks pula?

Kat sini aku ingatkan korang semua ;

1. Yang cakap ia tulen ialah pdrm.

2. Siapa pdrm ini? siapakah ketua pdrm neh? Hubungkaitnya dengan umno apa pula?

3. PDRM = Geng umno = umno yang cakap video itu tulen.

Bila PDRM umumkan bahawa video itu tulen. Ia terpapar di semua media massa dan media alternatif. Semua dari kita menerapkan persepsi itu dalam diri dan jiwa masing2 tanpa sedikit pun keraguan. Kenapa tak ragui? Berita alternatif cakap, pdrm cakap ia tulen. Berita alternatif cenderung memaparkan berita yang benar. Kalau berita alternatif yang laporkan aku percaya.

Memang betul paparan berita alternatif bahawa pdrm cakap bahawa video itu tulen adalah benar. Tetapi siapa tahu bahawa apa yang pdrm cakap itu adalah benar pula? Siapa tahu? Aku? Ko? Umno? Sapa?

Sejak bila kita percayakan kata-kata umno? Kenapa kita terpedaya dalam persepsi mereka? Kenapa kita termasuk dalam perangkap mereka?

Video itu belum tentu tulen. Bah kan bukan video tulen pun. Dsai dah menafikan itu dia. Oleh itu kenapakah bloggers pro pembangkang sibuk membandingkan gambar dsai dulu dan sekarang seolah-olah melupakan persoalan ketulenan video tersebut? Kenapa?

Bloggers umno ada memaparkan persamaan gambar anwar ibrahim dalam dan luar video dari segi geometri. Untuk membuat perbandingan ini mereka kena ambil dari sudut yang sama, dengan memaparkan garisan yang ada nombor.

Benda neh ada dalam CSI. Aku dah tgk banyak kali. Ia boleh di ambilkira sebagai satu point penting. Tapi perbandingan geometri mereka tidak tepat. Mereka cuma lakar garisan tapi takde no. Soalnya sekarang penting ke kita bandingkan gambar dsai dulu dan sekarang?

Video itu palsu, gambar dsai dulu dan sekarang bukan isu. Video itu dibuat-buat. Aksi itu tak wujud. Ia rekaan. Ia bukan di ambil dari sebarang video porno thailand. Ia mungkin mengambil paparan klip-klip ketika dsai berada di penjara. Ia digabungkan dalam bentuk video. Memang boleh. Ini zaman teknologi dan zaman kecanggihan. Yang mustahil ialah bagi mereka yang tiada pengetahuan.

Asal ada pengetahuan + keinginan + usaha = yang mustahil jadi realiti.


Yusri abdul halim, orang yang pakar dalam bidang ini pernah mengulas bahawa amatlah mustahil bagi SESEORANG untuk membuat video palsu selama 2o minit. Mustahil. Siapa yusri neh? Dia orang yang pakar dalam bidang video2, filem2 dan segala bagai yang berkaitan dengan dunia pengarahan video klip dan filem.

Pandangan dia memang benar. Tak mungkin dia mengatakan sesuatu yang bercanggahan dengan ilmu dan pengalaman yang dia miliki. Kata2 dia boleh di ambilkira. Dia bukan orang politik. Dia bebas dan pandangan dia tak patut dipertikaikan.

Tetapi dia cakap SESEORANG. Ini bukan isu seseorang. Ini isu sekumpulan. Beginilah kesimpulannya ;

1. seseorang = buat video seks palsu selama 20 minit = mustahil. [tetapi bukan pula tidak mungkin]

2.sekumpulan = buat video seks palsu selama 20 minit = ???

adakah mustahil lagi? Bukan pakai 1 otak beb. Ini pakai berotak-otak.Ada banyak otak2 kepandaian digabungkan.

Pandai + pandai = terlebih pandai
 

Mungkin mustahil bagi yang pandai, tapi adakah mustahil juga bagi yang terlebih pandai?

Dalam erti kata lain, untuk membuat video seks palsu adalah mungkin. Kemungkinan itu ada walaupun ia mustahil. Sama seperti bila kita anggap mustahil ada telur tiruan dan beras tiruan. Jika mereka ada niat nak menipu demi duit dan kekekayaan biar semustahil bagaimana sekalipun mereka sanggup redah demi ketamakkan mereka.

Akhir sekali jalan cerita eskay yang tidak konsisten. Setelah membaca blog kicdefella aku dapat melihat unsur2 penipuan oleh eskay. Aku hairan jika kicdefella tak nampak unsur penipuan tersebut.

Dalam banyak2 blogger, kickdefella antara blogger yang aku suka. Blog dia bagi aku memang ada point yang kuat. Ia bukan blog picisan seperti parpukari atau papa gomo yang jelas memaparkan mentaliti mereka yang bengap.

Tapi aku hairan kenapa ada sesetengah pengkomen blog kicdefella tidak dapat menerima hakikat yang kicdefella bebas menyokong mana-mana parti politik? Kenapa perlu maki hamun dia dengan bahasa yang kesat lagi kasar? Tak suka dia sekalipun, hujahkan lah dengan penuh bernas. Bukan dengan penuh maki.

Hak dia untuk menyokong umno kemudian menyokong pakatan kemudian menyokong umno balik adalah milik dia sepenuhnya. Hak dia bukan lah hak kita untuk mempertikaikan. Kalau dia menfitnah, jawab balik dengan penuh fakta. Bahasa maki sebenarnya kalah dunia akhirat.

Bahasa penipuan eskay dapat dilihat dari petikan kat bawah neh ;




1.Dia pergi haji tahun 2010.

2.Dia sediakan bilik + perempuan kepada dsai pada tahun 2011

3.Sebelum dia jumpa video klip, dia belum bertaubat walaupun dia dah pergi haji.

4.Selepas dia jumpa video klip, dia dah bertaubat walaupun dia dah lama pergi haji.

5. Dalam erti kata lain dia bertaubat bukan pasal dia pergi haji ttp pasal dia jumpa video klip.

Konklusi nya begini ;

Eskay jumpa video klip = tonton video seks = bertaubat.

Eskay pergi haji = tak jumpa lagi video seks = masih bekalkan tempat dan wanita kpd dsai.

Belum pernah lagi aku tahu bahawa menonton video seks boleh menyebabkan seseorang itu bertaubat. Ini yang pertama dan aku mesti cakap aku kagum dengan eskay. Heh.

Semua maklum ini adalah perlawanan peribadi umno vs pkr. Yang dituduh iaitu anwar ibrahim tak cakap banyak. Anwar ibrahim sendiri menyerahkan kes ini kepada pihak polis. Anwar ibrahim sendiri tak bantah penubuhan siasatan suruhanjaya diraja dan mahu menunjukkan jam omega tersebut kepada pihak polis jika pdrm minta.

Dalam erti kata lain, anwar ibrahim mahu memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membersihkan nama nya. Dia juga berpakat dengan wan azizah dimana wan azizah handle isu fitnah zina dan dia handle isu prn sarawak. Walaupun dilihat wan azizah gagal menjalankan amanahnya dengan cekap.

Yang tak kena tuduh pula berlebih-lebihan. Contohnya chegu bard. Chegu bard pula sibuk nak dedahkan video seks kj. Apa kena mengena kj pula dalam isu neh? Kalau umno dikecam hebat kerana membiarkan tayangan video seks pada tahun 2011, kenapa chegu bard tidak ditangkap ketika mengedarkan gambar/klip lucah pemimpin umno pada tahun 2008? Bila masa pula matlamat menghalalkan cara?

Adakah ini bermaksud ;

umno edar video lucah palsu = umno edar gambar lucah palsu = salah = kena tangkap.

pkr edar video lucah [belum pasti kesahihan] = pkr edar gambar lucah [samada sahih atau palsu] = betul = perjuangan rakyat.

Waklue !!! Bukan hanya trio t sahaja yang kena tangkap. Chegu bard pun kena tangkap. Matlamat mereka neh dah jauh terpesong. Jauh demi kuasa. Kalaupun mmg benar rais yatim dan kj buat maksiat, dosa mereka takde kena mengena dengan kita.

Moral mereka mmg penting buat rakyat. Kita kena pilih pemimpin yang ada moral baik. Ini betul. Kalau ada bukti kesalahan moral mereka, hadapi ikut saluran yang betul. Lapor kepada pihak penguatkuasa.

Jangan sebarkan gambar lucah mereka. Ini aib. laporkan pada pihak berkuasa. Jangan dedahkan mereka. Manusia mana ada sempurna. Kalau 5,6 tahun lepas kita sosial, mungkin 5,6 tahun ini kita dah bertaubat. Jadi kenapa kisah dulu harus jadi kayu pengukur kehidupan kini kita? Allah swt ampunkan umatNya yang dah bertaubat, jadi siapa kita nak nilai umatNya sebagai jahat?

Kenapa aku beria2 nak tengok video lucah anwar ibrahim? Kenapa aku beria2 minta mereka dedahkan? Mudah. Aku provoke mereka. Aku umpan mereka. Hanya dengan pendedahan dan merungkaikan misteri video lucah sahaja akan mendedahkan mereka menipu. Dan ia terbukti. 110% bak kata zul nordin.

Menjawab hujah kicdefella ;

1. Video hitam putih memang satu penipuan. Video hitam putih hanya nak tutup clue kerana kesan yang berbeza jika video berwarna yang dipertontonkan. Contohnya kain pelikat dsai. Adakah dsai memiliki kain pelikat warna itu. Contohnya pakaian wanita itu. Di mana kah ia dibeli? Fashion tahun berapa. Begitu juga dengan warna perabot. Ia perlu kepada hitam putih untuk tutup klue. Ia tak boleh hadir dalam bentuk warna kerana ia aksi rekaan. Mungkin beberapa klip gambar dsai dipetik dalam penjara dan digabungkan menjadi 1 jalan cerita.

2. Anwar ibrahim tidak perlu menjawab soalan2 eskay. Eskay dan anwar ibrahim masing2 menyimpan rahsia masing2. Mereka bermain teka2, kita rakyat tak perlu terjebak sekali. Soalan eskay, jawapan anwar, takde effect pun kepada rakyat kebanyakkan macam kita. Apa yang perlu kita tumpu dan kita selaku penyokong rakyat mengharapkan anwar ibrahim tumpu, ialah masalah rakyat. Rahsia anwar yang lepas ketika dia berada dalam umno, bukan hal saya. Yang saya tahu ialah anwar ibrahim dah berubah dan perlu diberikan peluang untuk mengubah landskap politik malaysia.

3. Isu perut buncit, gempal dan rendah atau tinggi dsai dalam video seks ialah isu persepsi. Persepsi ini diterapkan kepada rakyat oleh anwar ibrahim melalui telahan wartawan alternatif. Pada hakikatnya, boleh jadi itu memang gambar anwar ibrahim. Tetapi itu bukan menunjukkan aksi ataupun keadaan yang sebenar pada ketika itu dan pada tarikh itu. Sebab ia video seks rekaan. Kalau ia video seks sebenar, tak perlu kita suruh, anwar ibrahim sendiri yang akan letak jawatan. Takan dia sanggup video seks nya disebarkan ke seluruh dunia? Dia tahu ia palsu. So dia tak perlu takut.

4. Eskay hanya mendedahkan sekarang bukan kerana dia baru ada bukti ttp eskay di bayar untuk mengatakan bahawa dia ada bukti. Padahal, pada waktu itu ketika dsai sedang melakukan aksi itu, dia boleh call jabatan pencegahan maksiat, laporkan ia dan biar penguatkuasa yang tangkap. Live lagi masuk tv dan akhbar. 


Semua di atas ini adalah permainan politik yang menyusahkan rakyat. Rakyat sesama rakyat perlu berperang sesama mereka untuk menegakkan hujah dan dalil masing2. Sedangkan rakyat ada misi yang lebih besar lagi. Rakyat macam kita patut desak dan gesa kerajaan menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat bukan kita yang bantu mereka menyelesaikan masalah utk mereka mempertahankan kuasa mereka di malaysia ini.

Kalau ini yang kerajaan mahu teruskan, revolusi mesir itu akan berlaku malaysia. Itu doa kami. Tunggu dan lihat.

Ameno : Siasatan suruhanjaya diraja akan membuktikan eskay menipu secara fakta.

Share this

14 Responses to " Isu video seks : AmenoWorld vs hujah Kicdefella "

  1. Saya baca kisah ini dengan penuh terbuka. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ameno. Jika benar DS Anwar lakukan perkara zina ini pada tarikh tersebut dan Eskay sendiri berada ditempat tersebut, Mengapa begitu sukar untuk Eskay terus panggil pihak polis dan badan pencegah maksiat untuk terus serbu dan tangkap DS Anwar??? Kenapa begitu susah untuk lakukan begitu sebagai membalas dendam Eskay terhadap DS Anwar???

    Video lucah ini bukan isu utama sebenarnya. Ini semua hanyalah rekaan dikala PRU13 semakin hampir. DS Anwar sudah memberi 'green light' kepada puak UMNO/BN untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja seperti yang mereka mahu. DIpersilakan. Dan rakyat akan terus membenci BN/UMNO sekiranya drama lucah mereka ini terus menerus dalam Malaysia, sejak 1998 lagi. Bila nak habis drama lucah BN ni saya sendiri tidak tahu.

    -Dr. Latif-

    BalasPadam
  2. mari lah mari..pergi mengundi.tunaikan kewajiban sebagai warganegara.. isu anwar takkan habis,dari aku darjah 6 tak tahu perkataan liwat jadi tahu..sekrang dah ada anak sorang ada zina dan liwat pulak.. kalau Allah takdirkan Anwar, aku dan anak aku panjang umur 10 tahun lagik.. mau pening aku nak terangkan.. kepada BN.. kenapa tak bunuh je Anwar macam blog2 pembangkang cadangkan.. kepada mufti,, halalkan darah anwar unutk dibunuh.a.pe yg dia tak buat? zina?liwat? yahudi? kutuk melayu? hina islam? semua Anwar.


    Blog terbaik

    Berdosakah menonton menculik Miyabi

    Ada apa dengan dara

    BalasPadam
  3. Jika lakukan tangkapan khalwat ketika "projek" tersebut dan membawa pihak wartawan dan media itu akan lebih memalukan dan menutup pengaruh politik DS Anwar Ibrahim.


    Golongan Pemuda Zaman Nabi

    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    BalasPadam
  4. ameno... seriously, aku expect something yg lebih intelligent dari ko.. tapi. adus.

    ko duduk bercerita pasal video edit, tapi semua hujah2 ko main agak2 je pasal video editing tu. pening kepala aku baca. semua orang yg ada hujah, ko kondem. orang tu ada fakta, ko main agak2, jadi siapa lagi nak percaya? aku bukan nak kondem pendapat ko 100%, tapi, erm, nak yakinkan pembaca, biarlah berhemah sikit isi2 kau tu.

    aku tak reti edit gambar. kalau video? lagi la tak. tapi aku background IT sangat kuat. aku byk belajar. so aku tau, video editing terutama melibatkan benda yg telah sedia ada (bukan tambah2 efek ye) adalah mustahil sebelum setup pada set lebih awal dan teliti. cuba google mengenai 'green screen'. amalkan budaya research sebelum menulis ameno.

    katalah ko malas jgak, kenapa sebelum ko menulis, ko tak cari brader2 yg slalu main dengan video, atau at least graphic designer yg faham selok belok editing? kalau ko takut dorang bias, cari la yg sokong PR. mintak pendapat dorang secara teknikal, bukan politikal. analisis ko masalahnya sumenye berdasarkan politikal dan peribadi orang tu (eskay ada motif politik, eskay ni tak macam orang pernah pegi haji). so what? aku akui memang JELAS SANGAT eskay ni ada motif politik. tapi boleh jugak kata video ni mmg asli, dia sengaja peram, sampai PRU sarawak. so, berbalik kepada isu ketulenan video. cba hujah dari segi teknikal.. buang semua persepsi politik. memang sangat mustahil ameno, ko letak kamera mcm tu je tanpa setup semua, ko boleh senang2 tukar image dalm video. kalau ko beriya nak deny ketulenan video tu (bukan ketulenan dakwaaan itu anwar), bermakna ko mesti dah mengaku orang tu mirip kan? maka, ko cuba kata 'video tu palsu', instead of 'orang tu bukan anwar'

    aku akui, ini semua politik murahan BN, atau at least, beberapa ahli BN. tak kiralah mana satu, janji, memang ada motif, bukan sengaja2 sebar utk keamanan sejagat. tapi tu tak bermakna video ni entirely palsu. ni menjawab soalan popular: "kenapa tak panggil je jabatan agama tangkap?"

    jawapan: aku ada senjata yg sangat hebat untuk jatuhkan satu batalion askar. mana lagi bijak? terus gunakan secara melulu, atau simpan, dan serang hendap bila peluang ko memusnahkan batalion tu lagi terbuka besar? ini strategi kawan2 semua. strategi!

    BalasPadam
  5. Kalau itu strategi maka yg sedang jatuh ialah umno dan bn bukan dsai.. tahu ke betapa banyak simpati rakyat dtng buat dsai? umno rugi.. patut call pencegah maksiat, tup2 kena tangkap.. satu malaysia tahu dan dia malu. umno tak rugi apa. umno untung ble dsai jatuh cara mcm tue.

    aku takan ulas bab teknikal sbb itu bkn kepakaran aku. akan ttp aku percaya mmg video itu adalah video rekaan. bagi membuktikan kata2 aku, aku mendesak anwar ibrahim membiarkan rci ditubuhkan. aku tulis banyak kali kat blog neh. aku tahu sedikit sebanyak pemimpin pr akan terkesan dengan kata2 bloggers. so dia sekarang tak kesah. kita tunggu rci. rci akan bagi ko fakta teknikal yg video itu adalah rekaan. ia mungkin klip2 dsai semasa berada dalam penjara.

    BalasPadam
  6. okeh.. aku dah bagi hujah aku secara teknikal (walaupun sgt minimal). ko tak nak terima, takpe. kita tunggu dan lihat.

    pasal makin ramai/ makin sikit tu, aku rasa sangat subjektif. susah nak measure. even aku tau ko pernah buat survey, tapi byk ke yg tak favor anwar jawab survey tu?

    plus, aku rasa yg memang sayang anwar, confirm makin simpati kat dia. ni aku setuju. tapi orang2 PR yg tak berapa fanatik kat dia, aku tak rasa semakin kuat. golongan2 mcm ni berbelah bagi. ada yg makin percaya, ada yg makin benci. so tindakn eskay ni sgt subjektif, dan risky jugak. yg pnting, dia rasa ini strategi baik utk dia atau maybe BN jugak.

    anyway, secara peribadi, aku rasa orang Sarawak tak peduli pon pasal kes ni. dorang lagi berminat hal kebajikan dorang berbanding dengan kes peribadi DSAI ni. aku simpati ngan dorang.. kalau bukan pasal Taib tu, mungkin dorang antara negeri terkaya di Malaysia. Dan ramai yg sedar ni tak kira sokong BN atau PR. Memang tak amek port langsung Anwar ni gay ke, main pelacur ke, dia ni di pihak yg benar ke. Tu tak menjamin kebajikan rakyat Sarawak. Aku cakp pasal baru mendengar luahan hati seorang kawan aku yg berbangsa Iban. hehe

    BalasPadam
  7. Ya, mmg betul. Mereka tak peduli pun kalau dsai mmg benar2 wujud dlm video itu kerana pandangan mereka lbh terbuka berbanding org semenanjung. bagi mereka itu isu peribadi. Apa yang penting bg mereka ialah pemimpin blh buat kerja.

    soal2 teknikal dlm isu neh mmg relevan. relevan utk membuktikan video itu palsu. kecangihhan teknologi mampu membuktikan video palsu itu hasil sekumpulan manusia yg pakar teknologi.

    seteruk mana pun dsai, kalau benar itu video seks dia, dia sendiri akan berundur dari politik.ko fikir boleh ke ko hadapi situasi mcm neh dengan keadaan yg tenang? bila mana aksi ko sedang bermain seks dirakamkan dan disebarkan dan di tonton pula oleh para wartawan luar dan dalam negeri? itu tak masuk lagi pemimpin2 kerajaan dan pembangkang dan pihak polis. itu tak masuk lagi org2 yg mana polis bagi pelepasan utk mereka tonton..

    malu weh.. gila betul.mana nak letak muka. tp dsai nampaknya hadapi dengan tenang dan buat tak layan. kadang2 dia mcm naik marah juga mungkin penat hadapi karenah serangan peribadi. tapi nak taknak dia terpaksalah hadapi sbb itu cara jijik umno.

    berapa kali nak nasihatkan umno neh aku pening. berbuih2 mulut cakap. cara dia nak kekalkan kuasa mudah je. pergi dakwa semua perasuah, hapuskan semua kroni dan tender kerajaan yg bias dan merugikan, dan utamakan rakyat.mudah. bukan susah mana. ko bantu rakyat, rakyat sokong ko. ko nak dapatkan cinta cara paksa, boleh ke? contohnya sekarang aku paksa ko kahwin dengan aku, dan paksa ko mencintai aku, ko mao ke shah? sudah tentu takmo. lagi dipaksa lagi ko memberontak. itulah dia umno. dia gunakan kekerasan. sapa tahan. dia patut pupuk perasaan rakyat perlahan2 dengan perbuatan baik dia. kalaupun rakyat tak cintakan umno, rakyat boleh nilai baik buruk umno. tp sayang, umno hanya nampak memaksa rakyat menyokong umno, memaksa rakyat mengundi umno ialah jalan yg paling baik dan efektif yg mereka blh fikirkan. kesian.

    BalasPadam
  8. sokong apa yg syah katakn. untuk membahas sesuatu perlukn hujah y kukuh buknnya pendapat peribadi dan agakan.bg seseorg y bias DSAI dan pembangkang tentunya menganggap isu ini mainan politik dan tidak penting tetapi bg pemerhati-pemerhati yg masih mencari2 pegangan politik dan pentingkan kebenaran sangat-sangat terkesan akan isu ini. menafikan ketulinan video tersebut sama seperti mengiyakan watak dalam video itu sendiri. benar-benar berharap perkara ini dapat diungkaikan secara telus besertakan bukti-bukti yang tidak boleh disangkal.

    BalasPadam
  9. Syah bias bn, ko sokong pula? heheheh lantak ko lah. ade aku kesah? mungkin ko lupa dalam belog kickdefella dia sendiri tulis 1 gambar kalau di edit2 boleh menjadi gemuk dan etc. ini membuktikan yg video ini di edit. kalau tulen pasal apa nak edit? heheh kamera trick apa guna cctv? hehehe jgn ingat org yg taktau main kamera seme jahil beb. ilmu Allah swt bagi. asal mao usaha cari.bukan milik seseorang utk dimanipulasi. proceed je ngan rci kalau dah sungguh dsai salah.apa bn susah?

    BalasPadam
  10. bagi Khalis, point membatalkan cerita ni kerana jalan cerita eskey.. sudahla bercanggah..penipu..lagi mau siasat.. kalau sumber nie tipu,, mana dia dapat vid nie.. sape lagi edarkan di utube..a rghhh

    Seandainya semua lelaki sudah tidak berminat pada seks

    Mengapa mereka merakam 3gp lucah??

    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    Jom anti PAS!!!??

    BalasPadam
  11. sokong apa yg syah katakn. untuk membahas sesuatu perlukn hujah y kukuh buknnya pendapat peribadi dan agakan.bg seseorg y bias DSAI dan pembangkang tentunya menganggap isu ini mainan politik dan tidak penting tetapi bg pemerhati-pemerhati yg masih mencari2 pegangan politik dan pentingkan kebenaran sangat-sangat terkesan akan isu ini. menafikan ketulinan video tersebut sama seperti mengiyakan watak dalam video itu sendiri. benar-benar berharap perkara ini dapat diungkaikan secara telus besertakan bukti-bukti yang tidak boleh disangkal.

    BalasPadam
  12. bagi Khalis, point membatalkan cerita ni kerana jalan cerita eskey.. sudahla bercanggah..penipu..lagi mau siasat.. kalau sumber nie tipu,, mana dia dapat vid nie.. sape lagi edarkan di utube..a rghhh

    Seandainya semua lelaki sudah tidak berminat pada seks

    Mengapa mereka merakam 3gp lucah??

    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    Jom anti PAS!!!??

    BalasPadam
  13. mari lah mari..pergi mengundi.tunaikan kewajiban sebagai warganegara.. isu anwar takkan habis,dari aku darjah 6 tak tahu perkataan liwat jadi tahu..sekrang dah ada anak sorang ada zina dan liwat pulak.. kalau Allah takdirkan Anwar, aku dan anak aku panjang umur 10 tahun lagik.. mau pening aku nak terangkan.. kepada BN.. kenapa tak bunuh je Anwar macam blog2 pembangkang cadangkan.. kepada mufti,, halalkan darah anwar unutk dibunuh.a.pe yg dia tak buat? zina?liwat? yahudi? kutuk melayu? hina islam? semua Anwar.


    Blog terbaik

    Berdosakah menonton menculik Miyabi

    Ada apa dengan dara

    BalasPadam
  14. Saya baca kisah ini dengan penuh terbuka. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ameno. Jika benar DS Anwar lakukan perkara zina ini pada tarikh tersebut dan Eskay sendiri berada ditempat tersebut, Mengapa begitu sukar untuk Eskay terus panggil pihak polis dan badan pencegah maksiat untuk terus serbu dan tangkap DS Anwar??? Kenapa begitu susah untuk lakukan begitu sebagai membalas dendam Eskay terhadap DS Anwar???

    Video lucah ini bukan isu utama sebenarnya. Ini semua hanyalah rekaan dikala PRU13 semakin hampir. DS Anwar sudah memberi 'green light' kepada puak UMNO/BN untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja seperti yang mereka mahu. DIpersilakan. Dan rakyat akan terus membenci BN/UMNO sekiranya drama lucah mereka ini terus menerus dalam Malaysia, sejak 1998 lagi. Bila nak habis drama lucah BN ni saya sendiri tidak tahu.

    -Dr. Latif-

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...