Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Mac 2019

Dicelakakan Cytro PH, Wartawan Utusan Tampil Menjelaskan Perkara Sebenar Disebalik Berita MP Tak Pakai Baju Istiadat.

Ku Syafiq | Jurucakap PH di Twitter, Adrian Lim Chee En cuba timbulkan persepsi buruk pada aku, kawan-kawan aku dan akhbar aku. Dia yakin celakakan kami dengan huruf besar tanpa dia cuba untuk buat usul periksa. Sini aku jelaskan apa yang terjadi.






1. Berita yang aku tulis tu untuk tugasan semasa perbarisan Istiadat Pembukaan Parlimen tadi. Aku perlu cari apa-apa yang menarik untuk dijadikan berita. Selepas memerhati, aku dapati masalah Ahli Parlimen yang masih tak mahu pakai pakaian istiadat semasa istiadat pembukaan tu cukup menarik.

Kenapa aku mahu angkat isu ni? Ahli Parlimen sepatutnya pakai pakaian istiadat untuk menyambut keberangkatan tiba YDPA, seperti dalam istiadat pagi tadi. Tapi masih ada yang tak nak pakai. Kedua, pakaian istiadat tu mungkin harganya beribu-ribu, aku tak pasti. Tapi tahu Ahli Parlimen diberi peruntukan untuk pakaian tu. Setakat aku check tadi,mereka diberi RM1,500 untuk setiap tiga tahun. Secara umum,aku tak pasti secara spesifik untuk Ahli Parlimen. Duit nak tempah baju dah dapat,kenapa masih tak mahu pakai?

2. Kenapa hanya ada nama Lim Lip Eng, Tan Kok Wai dan Jeffrey Kitingan serta hanya gambar Lim Lip Eng?

Kalau kau ada kawan wartawan atau pegawai Ahli Parlimen, minta dia sahkan apa aku cakap ni.

Aku dan beberapa wartawan tadi duduk di belakang kawasan MP backbenchers dan pembangkang duduk. Kawasan yang kami duduk, bahagian paling kanan kalau menghadap dataran. Ada juga wartawan FMT, BH, TV3 dan beberapa wartawan lain.

Mana tiga nama yang aku sebut tu duduk? Bahagian paling kanan menghadap dataran. Lim Lip Eng duduk sebelah-sebelah dengan Tan Kok Wai. Jeffrey Kitingan depan sikit, dua baris agaknya depan Lim Lip Eng. Kedudukan mereka jelas di mata aku,malah tidak ada orang berdiri untuk halangan pandangan aku macam baris-baris yang lain.

Nama-nama yang aku tak tulis,mereka duduk mana? Wan Junaidi baris kedua dari kanan tak silap. Hadi Awang aku tak tahu, Shamsul Anuar aku tak tahu. Mereka tak kelihatan sepanjang semasa perbarisan.

Sebab tu aku tulis, "antara yang dikenal pasti" sebab aku syak ada lagi yang tak pakai tapi aku tak jumpa.

Kenapa aku tak tulis Wan Junaidi? Macam aku cakap, kedudukan dia di baris kedua kanan. Aku tak nampak jelas muka dia sebab masa aku dan kawan aku perasan tu,dia dah duduk dan pandang ke depan. Dan aku pun tak cam sangat muka dia. Jadi aku letak yang tiga tu saja, sebab yang tu aku pasti.

Kenapa hanya ada gambar Lim Lip Eng? Itu saja yang aku sempat snap. Kebetulan semasa aku ke pintu 3, dia ada. Aku ingat nak masuk tapi nampaknya tak boleh sebab ramai sangat MP. Aku juga ada ambil gambar Amin Ahmad dan KJ. Saja-saja buat kenangan. Tapi dua-dua tu pandailah pakai pakaian istiadat.

3. Itu sebabnya hanya tiga nama tu aku letak. Tapi Adrian cakap aku nak cipta persepsi memburukkan bukan Melayu. Dia ingat dia ada kemahiran membaca niat aku, hebat.

Aku tegaskan, aku angkat isu tu atas sebab-sebab pada point nombor 1. Aku berani bersumpah aku tak jumpa MP lain yang tak pakai pakaian istiadat pagi tu. Ia juga selari dengan ayat yang aku guna dalam story. Aku tahu ada lagi yang tak pakai tapi aku tak boleh pastikan dengan tepat,jadi aku tak tulis.

Bila aku cakap MP sepatutnya pakai pakaian istiadat, ia terpakai untuk semua oranglah. Tak kiralah Melayu atau bukan Melayu. Cuma kebetulan tiga orang bukan Melayu duduk di depan, jadi nama mereka yang aku tulis.

4. Aku faham kerja cytro macam Adrian.Dia akan pertahankan PH selagi dia ada kudrat. Tapi bila kau celakakan aku dan kawan-kawan, itu melampau.

5. Kau tahu kenapa orang macam Adrian ni pathetic? Dia hanya ada telur depan pengkritik kerajaan dan wartawan macam aku. Depan ahli politik PH, telur dia tenggelam.

Dia takkan berani tegur Lim Lip Eng kenapa tak pakai pakaian istiadat. Lim cakap dia pernah saja pakai pakaian istiadat, maknanya dia ada baju tu.Kenapa tak nak pakai?Susah sangat ke nak pakai sekali setahun?

6. Aku berniat untuk wujudkan persepsi perkauman? Ada kemungkinan tapi belum pasti.

Lim Lip Eng salah sebab tak pakai pakaian istiadat? Ini betul-betul pasti, aku siap bagi gambar dan dia sendiri mengaku.

Tapi Adrian pilih untuk celakakan siapa?

Siapa kenal dia, tolong tag dia sini. Aku dm Twitter dia tak balas. - 13 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...