Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Mac 2019

SIS Difatwakan Sesat, Kenapa Salur Dana Kerajaan Kepada NGO Itu Soal ADUN Meru.

YB MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR (ADUN MERU) | SIS TIDAK WAJAR DIBERI PERUNTUKAN, PENGIKTIRAFAN KERANA TELAH DIFATWAKAN SESAT

1. Peruntukan RM 30,000 untuk Sisters In Islam (SIS) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh kelmarin amat tidak wajar. Dalam keadaan NGO tersebut dipalitkan dengan pelbagai kontroversi serta menyumbang kepada budaya tidak sihat terhadap Islam, kerajaan pula memberi sokongan kepada SIS.


2. Saya sependapat dengan ramai pihak bahawa SIS tidak wajar diberikan sokongan, apatalah lagi peruntukan. Apakah jasa dan sumbangan SIS sehingga boleh dapat peruntukan daripada kerajaan pula. Lebih daripada itu kerajaan pula mengiktiraf SIS dan usaha yang mereka telah lakukan. Jika mereka banyak melakukan aktiviti kebajikan sosial, apakah beza dengan NGO dan pertubuhan lain dan mengapa pula SIS diberi layanan begitu istimewa?

3. Hannah Yeoh sepatutnya merujuk Jawatankuasa Fatwa Selangor menetapkan bahawa SIS adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. SIS bukan menyuburkan semangat dan ajaran Islam sebenar, sebaliknya menyebar fahaman Liberal dan Pluralisma yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam. Jika tidak, mengapa Majlis Fatwa Selangor bertindak mengisytiharkan SIS sebagai sebuah kumpulan sesat. Sudah tentu ia berdasarkan kepada kajian dan penelitian yang mendalam.

4. Sebagai seorang menteri, Hannah Yeoh perlu mendapatkan pandangan dan nasihat daripada semua pihak termasuk Kabinet, Kementerian Pelajaran mahupun kerajaan negeri. Sebagai pemimpin bukan Islam, beliau mesti mendengar nasihat daripada ulamak’ dan cendikiawan Islam dalam apa juga urusan berkaitan dengan maslahat umat Islam. Sebarang peruntukan dengan maksud memberi sokongan kepada mana-mana pertubuhan lebih yang dianggap kontroversi perlu dibuat secara berhati-hati. Jika tidak, kerajaan dituduh sebagai menyokong dan membantu persatuan yang telah difatwakan sesat itu.

5. Tindakan Hannah Yeoh itu juga tidak melambangkan semangat kerjasama dalam Pakatan Harapan. Dalam keadaan Pakatan Harapan masih belum mendapatkan dokongan rakyat terbanyak khususnya umat Islam, kenyataan dan tindakan beliau akan menambah kemarahan dan melunturkan harapan umat Islam majoriti di negara ini. Justeru, saya menyeru agar menarik kembali peruntukan tersebut dan sumbangan beliau atau kerajaan boleh diberi kepada pertubuhan Islam lain yang jelas membantu dakwah dan mempergiatkan usaha mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini.

6. Selain itu, saya menggesa agar SIS bertaubat di atas segala kenyataan, tindakan mahupun fahaman mereka selama ini sehingga difatwakan sesat. Mereka perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, tunduk dan akur dengan pandangan ulamak muktabar, berusaha menyokong dan mempertahankan kemuliaan Islam sebagaimana difahami oleh sebahagian besar umat Islam di negara ini.

7. Jika tidak, SIS perlu dibubarkan, manakala kerajaan mesti bertindak tegas dengan memastikan pertubuhan mereka diharamkan, pemimpin dan pendokong kumpulan itu didakwa di mahkamah sebagai pertubuhan sesat sebagaimana yang telah difatwakan oleh kerajaan Selangor.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...