Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Mac 2019

"Nampak Sangat Publisiti Masa Peluk Zakir Naik," Latheefa Koya Perjelaskan Alasan Kritik Mujahid.

LATHEEFA KOYA | Kenapa saya mengkritik Mujahid?

Sebab bermain politik. Kalau dia betul-betul suka Zakir Naik tu - saya takde hal. Terpulang pada dia. 


Tetapi nampak sangat cara publisiti memeluk dan mengatakan Zakir tu sebagai inspirasi tu - hanya semata-mata nak dapatkan balik sokongan orang Melayu/Islam bagi saya terlalu stail murahan. Ini pandangan saya.
 

 
Tetapi kenapa saya kata Zakir seorang yang divisive dan offensive?

Korang pernah dengar pendakwah bebas Ahmad Deedat tak? Ini zaman awal 80 an. Ahmad deedat ni seorang pendakwah bebas dari Afrika Selatan. 


Stail dia ni adalah untuk mencabar dan berbahas dengan orang kristian. Ahmad Deedat ni memang fasih dalam bible dan malah hafal setiap verse dari bible dan adakalanya boleh memalukan paderi kristian dengan kemahiran dia dalam mengetahui apa yang terkandung dalam bible. 

Maka ramai orang seronok dan teruja dan beliau akan dapat ramai penonton yang datang dan seronok melihat betapa hebatnya pendakwah Islam ni bantai padri kristian.

Zakir Naik ini adalah anak murid Ahmad Deedat. Stail dia pun lebih kurang sama, cuma dia upkan lagi stail dia. Dia bukan sahaja boleh mencabar orang Kristian, tetapi juga penganut agama lain.

Persoalannya, apakah ini cara mendakwah dan menyebarkan agama Islam - sedangkan dalam Al Qur'an Allah swt telah berfirman:

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan."

[Surah Al An am ayat 108].

Satu lagi stail Zakir Naik ini adalah untuk membuat secara showmanship - orang yang dikatakan memeluk Islam sebaik sahaja mendengar jawapan kepada soalan. Maka semua terpegun dan rasa teruja - wow..sungguh dasyat Zakir Naik ini. Sampai orang boleh memeluk Islam on the spot!

Stail mendakwah secara showmanship ini adalah asalnya dari stail kristian evangelis. Ramai pengikut stail ini.

Untuk mendapat pengikut berjuta-juta jika kamu ini pendakwah bebas dari India - sebenarnya bukan perkara yang pelik.

Tetapi apakah ajaran yang diselit disebalik ucapan-ucapan Zakir Naik ini? Teliti betul-betul. banyak perkara yang biasa dilakukan oleh orang Islam Malaysia seperti membaca qunut dalam sembahyang subuh, wirid-wirid panjang selepas solat fardhu di masjid, doa berjamaah, tahlil di kubur selepas jenazah dikebumikan, membaca yasin dirumah orang meninggal, menyambut maulud adalah dianggap sebagai bidaah.

Maka agaknya fahaman apa yang dibawa oleh si Zakir Naik ini?

Bagi saya ajaran stail Zakir Naik ini jika tidak dijaga-jaga, akan ada perpecahan, Wallahu alam. - 14 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...