BACA : MB Johor nafi ada makan-makan dan sesi bergambar..
"Inilah MB korang. Nyawa budak-budak terancam, difahamkan ada seorang pelajar di ICU.
Hampir beratus pelajar jadi mangsa dan berpuluh sekolah ditutup. Sempat MB nak bergambar dan jamuan lagi.
Gila," kata seorang netizen yang dikenali sebagai Edwin Micheal.
Kenyataan Edwin itu juga disokong ramai pihak berdasarkan respon di bahagian komen.
"Tidak menjaga sensitiviti," kata Muhammad Fikri.
Manakala Rudiah Abas pula menulis,"Ramai cikgu, murid sesak nafas, tak payah aturcara sangat".
"Nak bergambar dengan jamuan buat apa lagi? Brief terus je la hanat," respon Muhammad Faiq pula.
Penyebaran aturcara majlis itu dikesan sejak petang tadi dan Pejabat Menteri Besar Johor belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung gambar aturcara majlis tersebut samada ianya benar ataupun palsu setakat ini. - 13 Mac 2019.