Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Mac 2019

Kerajaan Kaji Kaedah Sesuai Pindahkan Penjawat Awam Ke Sektor Swasta.

FREE MALAYSIA TODAY | Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mengkaji kaedah sesuai mengurangkan jumlah penjawat awam yang terlalu ramai dengan memindahkan mereka ke sektor swasta.


Perdana menteri berkata, kerajaan menyediakan pilihan kepada penjawat awam berpindah ke syarikat swasta.

“Kita sedang meneliti untuk tentukan apabila kehilangan jawatan dalam kerajaan, apakah mereka dapat pindah kepada pihak lain di swasta,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

“Ada beberapa jabatan dalam kerajaan seperti mana kita lakukan kepada Telekom dulu. Kita pindah, jadikan Telekom swasta dan kita pindahkan pekerja-pekerja, ini pilihan mereka.”
Pada 21 Februari lalu, Mahathir dilaporkan berkata, penjawat awam di negara ini terlalu ramai dan ia perlu dikurangkan dengan digantikan teknologi maklumat serta komputer.

Katanya, 1.7 juta penjawat awam ketika ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan besar. - 12 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...