Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Mac 2019

Peguam Najib Dituduh Berlakon Sakit Patah Tangan Untuk Tangguh Kes, Dikecam Kerana Menipu.

POLITIK | Peguambela kes Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikecam netizens kerana dianggap melakukan penipuan berhubung keadaan kesihatannya.

Pada Isnin portal The Malaymail Online (edisi Bahasa Malaysia) melaporkan Tan Sri Shafee Abdullah meminta kes Najib ditangguhkan berikutan pergelangan tangannya patah ketika bermain dengan anjing.



“Anjing peliharaan melompat ke atas saya. Sekarang saya sedang sakit dan perlukan rawatan segera termasuk imbasan sinar-x,” kata beliau sambil menunjukkan pergelangan tangan kirinya lapor portal itu.


Hakim kemudiannya memutuskan perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak ditangguh kepada Jumaat ini.

Bagaimanapun Shafee dikecam netizens selepas portal The Malaysian Insight merakamkan kelibat peguam itu di mahkamah bagi mewakili anak guamnya dalam kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Shafee dikesan berada di lobi mahkamah pada selasa namun tidak kelihatan tanda-tanda tangannya seperti sakit dan berbalut akibat patah.


Shafee dilaporkan mewakili Samirah Muzaffar dan dua anak lelakinya yang berusia bawah umur dalam pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund pada 13 Jun 2018, 4 pagi hingga 14 Jun 2018.

Untuk rekod, Samirah Muzaffar adalah anak perempuan kepada Chandra Muzzafar dan merupakan bekas eksekutif senior di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). - 13 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...