Ketika ditanyakan netizens mengenai kesahihan aturcara program itu beliau berkata, "Tidak benar. Terima Kasih" secara ringkas menerusi Facebook rasminya.
BACA : ADAKAH PATUT MB JOHOR AJAK MAKAN-MAKAN KETIKA BENCANA..
Petang tadi aturcara majlis itu menjadi sensasi di sosial media dan Osman menerima kecaman yang teruk dari netizens.
Pelbagai netizens mengecam Osman kerana beranggapan beliau bersikap sambil lewa dalam menghadapi musibah yang menimpa pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah di Pasir Gudang itu.
Setakat ini perkara itu masih lagi menjadi tular di sosial media berikutan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan bagi menafikan perkara itu melainkan kenyataan ringkas yang dipetik dari Facebook Osman Sapian semata-mata. - 13 Mac 2019.