Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Mac 2019

Najib Perjelaskan Alasan Kenapa Ponteng Parlimen Hari Pertama.

POLITIK | Dikecam pelbagai pihak kerana tidak hadir ke hari pertama pembukaan Parlimen bagi sesi pertama 2019, Najib Razak tampil menjawab kritikan itu.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak dapat hadir ke Parlimen kerana telah dihalang mahkamah.

"Media di bawah kawalan kerajaan PH melaporkan saya tidak hadir ke majlis pembukaan penggal kedua Parlimen hari ini tetapi tidak memberi sebarang sebab.



Seolah-olah nak memberi gambaran bahawa saya malas untuk hadir ke parlimen atau tidak menghormati DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Apa yang sebenarnya berlaku hari ini ialah Mahkamah telah tolak permohonan saya untuk menghadiri parlimen untuk hari ini dan hari esok.

Nampaknya kali ini media Singapura lebih jujur untuk melaporkan berita sebenar,"
katanya dalam satu kenyataan.


Selain Najib, Zahid juga dikecam kerana tidak hadir ke pembukaan Parlimen 2019.

Zahid bagaimanapun tidak memperjelaskan sebab sebenar kenapa beliau tidak hadir ke Parlimen.

Najib kemudiannya dilihat berjaya hadir ke Parlimen pada hari kedua dan berbahas. - 13 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...