Isnin, 2 April 2018

Persoalkan Kewajaran Bawa 3 Pesakit Dalam Satu Ambulans, MP Kuantan Ditibai Netizens Kaw-Kaw.

AHLI Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh menjadi sasaran kemarahan warga netizens apabila beliau berkongsikan dua gambar dengan kapsyen yang mempersoalkan kewajaran pihak hospital Raub yang membawa tiga pesakit dengan menggunakan satu ambulans.

"Terima Aduan. Mereka minta sangat untuk saya suarakan walaupun diluar kawasan saya. Gambar menunjukkan satu ambulance membawa 3 orang pesakit serentak dari Raub ke Hospital Temerloh. 

Seorang pesakit terbaring, seorang lagi diatas kerusi & seorang lagi pesakit gagahkan diri untuk ambil gambar.

Mereka ditemani seorang jururawat Allahuakbar semoga Allah pelihara mereka. Inilah keadaan dalam negara kita. 

Tiada peruntukan untuk ambulance juga. Duit GST yang dikutip dari rakyat takkanlah guna untuk bayar hutang 1MDB??," tulis YB Fuziah Salleh dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebooknya.


Post itu bagaimanapun tidak mendapat respon yang positif dikalangan netizens yang membacanya. Malahan ramai diantara mereka yang bertindak mengeluarkan komen yang marah-marah, kata-kata kesat dan memaki hamun YB Fuziah Salleh. 





YB Fuziah Salleh bagaimanapun dilihat tidak membalas semua komen-komen yang mengkritiknya setakat artikel ini ditulis.

Beberapa pihak yang dipercayai kakitangan perubatan juga tampil memberikan penjelasan kepada Ahli Parlimen Kuantan itu misalnya Muhsin Zaidi yang menulis : "Mujur kuantan. Kalau tempat aku, aku takkan undi MP begini. Cetek betul pemikiran.

Pesakit ada banyak kategori. Macam kat Jabatan Kecemasan, ada patient yang disuruh duduk di kerusi, ada yang disuruh baring. Kalau tak stable, takdanya orang bagi dia duduk kerusi dalam ambulans tu.

Perlu refer tak bermakna dia sangat tenat. Ada patient stable tapi masih perlu kena refer sebab kelengkapan nak buat ujian tak cukup dan tiada doktor kepakaran tertentu.

Takkan nak hantar patient stable 2 orang naik ambulans berlainan? Driver mana nak ambik? MA/jururawat escort mana nak dicari? On call?

Merepek betul

Aku tak cakap atas kapasiti kepartian, tapi aku cakap atas dasar kebolehan otak orang berfungsi dan berfikir"
.

Netizen yang bernama Mariani Manan pula meluahkan : "Sebenarnya tak kisah perkara macam ini berlaku. Sebab saya pernah alami perkara ini. Dalam satu van ambulan sampai dua tiga orang pesakit untuk dihantar ketempat sama. Itupun Sebab kes tak teruk. Itulah dihimpunkan sekali. 


Macam kes ini kalau pesakit sempat lagi ambil gambar dalam keadaan sakit, rasanya sakit tak teruk lagi. Kalau betul-betul pesakit itu berisiko dorang akan asingkan juga tu. Kesian waktu sakit macam ini ambil juga kesempatan untuk memperpolitikkan keadaan. Sepatutnya waktu-waktu macam ini dalam fikiran itu hanya ingatkan Allah, minta Allah permudahkn segalanya. Musahabahkan diri Kenapa diuji dengan sakit. Manusia-manusia dalam keadaan macam ini pun hati tetap hitam".

Manakala menurut Mofaz Salleh pula : "Ambulan adalah kenderaan membawa pesakit, dalam ruang pesakit tu ada stretcher, ada kerusi 3, saya pernah naik ambulan, jika pesakit yang tidak boleh duduk boleh baring dan yang mana boleh duduk di beri duduk dan ambulan sekarang lebih stabil dari dulu kerusinya satu satu dan selesa, bagi saya tiada masalah untuk ke hospital rujukan yang sama berkongsi kenderaan ambulan. 


3 pesakit tambah seorang jururawat masih melebihi dalam sebuah ambulan. Bagi pendapat saya, saya rasa petugas di hospital Raub telah mengenal pasti pesakitnya sebelum merujuk ke Temerloh sama ada pesakit itu boleh duduk atau perlukan baring," katanya. 

Selain diserang netizens, post itu juga mendapat perhatian daripada beberapa kakitangan perubatan yang bertindak membidas Ahli Parlimen itu di dinding Facebook masing-masing. - 2 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...