Walaupun tidak menyatakan artikel Mahathir yang mana satu dirujuknya secara jelas, ramai percaya ia adalah mengenai penulisan terbaru Mahathir tentang pelaksanaan hudud oleh PAS.
Baca : Hudud PAS Tidak Adil, Saksi Rogol Perlu 4, Patutkah?
"Hari ini saya baca artikel terbaru Tun Mahathir. Terkedu..
Saya fikir, YB Hanipa Maidin, dengan lautan luas ilmu agama miliknya itu, bolehlah bantu Tun dan tambah-tambahkan apa yang perlu.
Ketika PAN mengagung-agungkan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai ulamak ikutan, mereka juga turut mengagung-agungkan Tun Mahathir yang menjadikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai musuh nombor wahidnya..
Terkedu lagi..
Musuh nombor wahid ulamak itu pastinya boleh bertepuk tangan dengan pelanggar bai'ah yang dimulakan oleh ulamak itu jugalah.
Berapa kali terkedu daa..
Inna liLlahi wa inna ilahi raji'un..
La haula wa la quwwata illa biLlah," kata Nik Abduh dalam satu kenyataan.
Terdahulu menerusi blognya Chedet.cc, Tun Mahathir menulis dan mempersoalkan PAS mengenai agenda parti itu tentang perlaksanaan hudud. Katanya, Hudud PAS mengutamakan 4 saksi dan ia akan menyebabkan pesalah sebenar terlepas dari dikenakan sebarang hukuman.
"Tetapi Hudud PAS utamakan empat saksi dan hukuman yang terberat, termasuk rejam dengan batu dan pancung kepala.
Jika seorang wanita lapor ia dirogol oleh sipolan-sipolan, oleh kerana tidak ada empat saksi yang tidak menanggung dosa besar, maka laporannya dianggap palsu. Ia akan dihukum sebat. Jika ia mengandung dan lahir anak maka ia akan dituduh berzina dan sekali lagi akan dihukum rejam dengan batu oleh orang ramai sampai mati.
Perogol walaupun dikenali oleh mangsanya tidak akan didapati bersalah dan akan bebas dari sebarang tuduhan.
Adilkah apabila mangsa dihukum dan pencabul bebas dari dituduh kerana tidak ada empat saksi. Jika dianggap tidak adil, maka ia tidak Islam. Islam tidak zalim.
Tetapi inilah hudud PAS. Ternampak terlalu ghairah untuk menunjuk betapa kuatnya pegangan mereka kepada kononnya ajaran Islam. Dengan ini Islam mendapat imej yang amat buruk," katanya. - 2 April 2018.