Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 April 2018

Menjawab Isu ECRL Guna Pekerja China - Syahir.

Oleh : Syahir

PEKERJA CHINA UNTUK PEMBINAAN ECRL

Kecoh sehari dua ni tentang penggunaan buruh dari China untuk pembinaan projek ECRL.

Puncanya mungkin daripada jawapan bertulis parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi semalam bahawa pihak ECRL memohon untuk mengambil pekerja asing dari China kerana peralatan, jentera dan mesin yang digunakan merupakan teknologi negara China dengan sistem pengoperasian dan manual penggunaan dalam Bahasa Mandarin: https://www.malaysiakini.com/news/418267

 
Maka kecohlah dalam Whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya, kononnya ECRL akan menggunakan 100% tenaga kerja dari China dan tidak ada tenaga kerja tempatan akan digunakan.

Sedangkan pemilik projek ECRL iaitu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyediakan Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) ECRL bagi melatih graduan dan pekerja berkemahiran dalam teknologi rel: https://www.bharian.com.my/…/ecrl-wujud-pekerja-mahir-tekno…



Selepas tamat latihan PLKI ini, pelatih-pelatih akan diserapkan sebagai pekerja di dalam projek ECRL oleh MRL, China Communications Construction (CCCC) atau subkontraktor syarikat berkenaan dalam bidang pembinaan, operasi dan penyelenggaraan.

Program ini dijangka akan melatih 3,600 pekerja mahir dalam bidang teknologi rel sehingga 2022.

Jadi tak timbul isu ECRL akan menggunakan 100% pekerja dari China.

Yang menghairankan, mereka yang bising-bising tentang pekerja dari China ni cakap macam Malaysia tidak pernah bergantung kepada pekerja asing.




Pada tahun 2016, terdapat 387,934 orang pekerja asing bekerja dalam sektor pembinaan di Malaysia. Sektor pembinaan adalah sektor kedua tertinggi yang menggaji pekerja asing selepas sektor perkhidmatan dengan 648,621 orang.

Walaubagaimanapun majoriti pekerja dalam sektor pembinaan masih warganegara Malaysia dengan 971.5 ribu orang pekerja berbanding pekerja asing.

Selama ini pun memang kita bergantung kepada buruh asing Indonesia, Nepal, Bangladesh untuk membina jalan, bangunan, jambatan. Tiba-tiba bila pekerja China hendak dibawa masuk untuk projek ECRL, semua histeria macam hilang akal.

Pekerja warganegara Malaysia berjumlah hampir 12 juta. Berapa pekerja dari China untuk projek ECRL yang kita takut sangat akan rampas pekerjaaan dari warganegara?

Rujukan:

1. Jumlah Pekerja Asing Mengikut Sektor: http://www.data.gov.my/…/jumlah-pekerja-asing-plks-aktif-me…

2. Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2016: https://www.dropbox.com/…/Labour%20Force%20Survey%20Report%…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...