Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 April 2018

Koleksi 'Gula-Gula' BN Menjelang Pilihanraya..

Oleh : Arif Atan

Najib Razak dan Umno-BN begitu terdesak untuk PRU kali ini. Dinaikkan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam.

Kemudian dihentamnya habis-habisan pembangkang. Diracunnya rakyat konon pembangkang sering perlekeh penjawat awam. 



Pengumuman Najib itu juga membolehkan 8,461 anggota ATM menerima manfaat kenaikan pangkat.

Di Buletin Utama, selepas pengumuman kenaikan gaji tahunan dan pangkat ATM itu, Najib mengajak terus menyokong BN. Selepas itu tentang Manifesto BN yang akan menyediakan peruntukan khas kepada Sabah dan Sarawak.

Imbas semula apa lagi pengumuman Najib dan Zahid Hamidi ketika hanya di Malaysia tarikh pilihan raya menjadi begitu misteri:

- 1 April: Menaikkan elaun sukarelawan polis di seluruh negara sebanyak RM2 sejam berkuat kuasa serta merta. Elaun anggota naik daripada RM6 kepada RM8 sejam, manakala pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

- 31 Mac: Menaikkan elaun anggota lain-lain pangkat dan pegawai Askar Wataniah masing-masing daripada RM6 kepada RM8 dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

- 27 Mac: Melancarkan Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan,kepada 325,518 pesawah seluruh negara termasuk pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak yang akan menerima bantuan RM200 sebulan dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian. Najib juga "bercadang" untuk memberi kenaikan khas elaun kepada golongan pesawah.

- 11 Mac: Menaikkan elaun pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) melibatkan pegawai dari RM7.80 kepada RM9 sejam manakala RM6 kepada RM8 untuk anggota.

- 10 Mac: menaikkan elaun anggota dan pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam bermula tahun ini.

*Itu antara pengumuman "khabar gembira" kerajaan Umno-BN buat pelbagai segmen penjawat awam dan masyarakat.

Padahal, kita sebagai rakyat sendiri sedia tahu harga barang naik melambung selepas GST dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Subsidi petrol pun kerajaan Umno-BN sudah tarik. Tentunya kita sebagai rakyat tidak lupa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...