Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 April 2018

ECRL Hanya Guna 30% Khidmat Warga Asing Sahaja - Kata MRL.

Laporan The Edge Market pada 5 April lepas menyiarkan kenyataan Malaysian Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang menafikan syarikat itu akan melantik 100% pekerja asing dalam pembinaan ECRL.


MRL Sdn Bhd sebuah syarikat 100% milik Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya 30% daripada pekerja yang terlibat dengan pembinaan ECRL akan terdiri daripada pekerja asing pelbagai negara yang tidak terhad dari China sahaja


Manakala baki selebihnya iaitu 70%, ECRL akan menggunakan khidmat pekerja tempatan.
 
Menurut MRL lagi, berdasarkan kepada semakan status bilangan pekerja semasa didapati sebanyak 1,718 pekerja asing terlibat dalam pembinaan ECRL, dan 311 orang atau 18% daripadanya adalah pekerja dari China.

MRL juga berkata lebih 2,000 pemohon pekerjaan sudah ditemuduga dalam bulan Mac sahaja di 4 kawasan iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lembah Klang.


Dalam kenyataan itu lagi, China Communications Construction Co. Limited (CCCC) telah membelanjakan 23 juta untuk menjalankan program PLKI - ECRL bagi melatih anak tempatan dalam beberapa kemahiran berkaitan pembinaan ECRL yang mana pelatih-pelatih itu akhirnya akan diserap ke dalam projek ECRL sebagai pekerja. 

Program yang bermula September 2017 itu telah menyaksikan sebanyak 187 pelatih telah berjaya diserap ke dalam CCCC dan ECRL. Setakat ini terdapat 244 pelatih yang sedang menjalani pelbagai latihan kemahiran sebelum diserap ke masuk dalam CCCC dan ECRL sebagai pekerja. - 7 April 2018.

Rujukan : http://www.theedgemarkets.com/article/only-30-ercl-workers-will-be-foreigners-says-project-owner

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...