Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 April 2018

Bawa 3 Pesakit Dengan Satu Ambulans - Doktor UMNO Sekolahkan MP Kuantan.

Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai DARK tampil menjawab posting Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh yang mempersoalkan kewajaran pihak hospital Raub yang menggunakan sebuah ambulans untuk membawa 3 orang pesakit sekaligus.

Menulis dalam keadaan seperti kemarahan, Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir yang juga terlihat sebagai pro UMNO itu berkata, Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh sepatutnya melakukan semakan dan pengesahan dengan wakil hospital ataupun pihak berkaitan terlebih dahulu sebelum berkongsikan perkara mengenainya di dinding Facebook beliau.  


Berikut adalah penulisan dari doktor Abdul Rahman Abdul Kadir;


"KEBEBALAN APAKAH INI YB??

#YB_BANKRAP_ISU

Biasalah....PRU dah dekat...
5 tahun batang hidung pun tak nampak. Isu Lynas yang dulu dia main pun dah nampak sangat satu kebodohan yang nyata...so kenalah ada talian hayat baru.

Macam Sam Bukit Katil yang tetibe je upload gambar mesin rumput kubur, dia ni pun kenalah kasitau rakyat yang dia masih hidup.

So, complain sampah entah dari mana dia upload la ke facebook untuk buat persepsi konon gomen tak cukup ambulance.

Sebagai wakil rakyat, boleh saja dia call Pengarah Hospital atau Negeri dan clarify. Tapi dia pilih kaedah macai. Dia upload kat facebook. Ye la...kena la tunjuk ada buat kerja kan? 🤣🤣🤣🤣

3 orang pesakit dihantar dari Hospital Raub ke Hospital Temerloh dengan 1 ambulans katanya. Sepatutnya kena ada 1 ambulance untuk 1 pesakit bagi YB ni. Lalu tak semena-mena dia ungkit soal GST dan timbulkan persepsi konon wang GST digunakan utk membayar hutang 1MDB. Bukankah ini satu kebebalan?

Untuk pengetahuan YB, ambulans bagi tujuan response kes kecemasan dan merujuk kes KRITIKAL memang hanya digunakan 1 ambulans untuk seorang pesakit.

Tetapi kadang kala ada hospital tidak berpakar yang perlu merujuk pesakit ke hospital berpakar. Seperti dalam kes ini lah. Hospital Raub refer kes ke Hospital Temerloh yang berpakar. Kes-kes tak semestinya kritikal. Hanya memerlukan perawatan wad oleh pakar sahaja. Lihat saja pesakit-pesakit dalam gambar ini. Tiada sesiapa pun yang memerlukan bantuan pernafasan hatta oksigen sekalipun. Malah ada pesakit siap boleh snap gambar dan main whatsapp. Macam ni kira kes kritikal ke? 😒

Takkan kes-kes seperti ini perlu digunakan 1 ambulans untuk 1 pesakit? Setiap 1 ambulans perlukan 1 jururawat/PPP, seorang pemandu dan seorang PPK? 3 pesakit bermaksud 9 staf digunakan untuk transfer 3 pesakit ini. 3 biji ambulans pula digunakan. Ambulans standby untuk kes-kes kecemasan takde pun takpe? 9 staf hilang, siapa nak jaga Hospital/klinik?

Jelas ini adalah satu kaedah pemikiran yang tidak rasional dan merupakan cara pengurusan sumber manusia dan aset serta wang negara yang lucu lagi dangkal.

YB tak perlulah main persepsi tentang wang GST tidak digunakan utk sediakan ambulans mencukupi. Malah siap buat fitnah tiada peruntukan untuk ambulance. YB nak kencing siapa ni?

Tak pernah dalam sejarah pemerintahan negara berlakunya proses pemodenan ambulans secara besar-besaran di seluruh negara seperti zaman ini.


Sejak tahun 2010 sahaja sebanyak RM400 juta telah dibelanjakan untuk membeli 925 biji ambulans untuk seluruh negara. Dan pembelian tetap berterusan sehingga kini.


Hospital daerah saya di Jasin juga dapat tambahan satu lagi ambulans moden dan canggih ini. Takkan YB tak tau? Macam baru bangkit dari alam barzakh saja. 😁

Biarlah YB tu membawa maksud Yang Berhormat. Jangan sampai rakyat kata YB tu bermaksud Yang Bodoh apabila merujuk kepada YB,"
tulisnya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...