Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 April 2018

Kelab Malam De Vegas - Apa Yang Anda Patut Tahu Tentangnya.

KELAB malam De Vegas menjadi tular susulan penahanan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Rizalman Mokthar pada 2 April lepas.

Datuk Rizalman bersama beberapa rakannya telah ditahan dalam satu serbuan polis yang turut disertai oleh beberapa kakitangan SPRM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada jam 2 pagi.


Datuk Rizalman bersama rakan-rakannya kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian air kencing dan hasil keputusan mendapati Datuk Rizalman positif dadah jenis AMP/METH.

Dalam sidang medianya pagi tadi, Datuk Rizalman juga mengesahkan rakan-rakannya yang ditahan pada pagi itu turut positif dadah jenis yang sama.

Penafian Datuk Rizalman

Menjawab kepada wartawan berhubung kontroversinya yang dikatakan mengambil dadah ini adalah respon Datuk Rizalman;

- Beliau tidak pernah mengambil sebarang dadah selama ini.

- Beliau hanya memesan air kopi sahaja dan tidak meminum sebarang minuman keras. Keadaan beliau pada malam itu adalah sangat normal dan tidak khayal (bagi menafikan beliau mengambil dadah).

- Rakan-rakannya pula hanya memesan minuman ringan dan tiada sesiapa di antara mereka yang meminum minuman keras.


- Ia adalah perkara biasa baginya untuk berhibur dan berkaraoke di De Vegas, sesiapa sahaja boleh memasukinya kerana premis itu beroperasi secara sah dari segi undang-undang (lesen dan sebagainya).

- Beliau mendakwa terdapat unsur sabotaj dan cubaan memburukkan reputasinya namun tidak menamakan sesiapa yang beliau syaki. Beliau percaya ia ada kaitan dengan agenda politik namun tidak menyebutkannya secara jelas. Rizalman hanya berkata ia mungkin untuk menjejaskan peluang UMNO bagi bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak namun tidak menghuraikannya secara lanjut. Untuk rekod, kerusi Parlimen Bandar Tun Razak adalah kerusi tradisi bagi parti MCA, salah satu komponen Barisan Nasional.

- Rizalman turut mengatakan pasukan serbuan hanya 'target' bilik di mana beliau berada. Bilik-bilik lain ujarnya tidak diperiksa atau diserbu pada pagi itu.

- Segalanya berlaku begitu pantas dan beliau dibawa ke IPD Dang Wangi.

- Rizalman juga mengatakan beliau tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

- Rizalman redha dengan segala keputusan dan tindakan parti yang akan diambil ke atasnya andai beliau didapati bersalah dalam kes itu.

- Tanpa menunding jari kepada sesiapa, Rizalman mendakwa beliau akan menggunakan semua jenis saluran undang-undang yang ada bagi membersihkan namanya semula.

- Rizalman juga menyeru agar parti politik yang dinaunginya iaitu UMNO dan BARISAN NASIONAL tidak dikaitkan dengan kes yang menimpa ke atas dirinya. 

Kenapa ada SPRM?

Dalam pada itu, menjadi tanda-tanya wartawan kenapa operasi serbuan pada 2 April itu turut disertai oleh sepasukan pihak dari SPRM.

Ketika ditanyakan soalan tentangnya kepada Datuk Rizalman, beliau menjadi sebagai 'tiada idea', dan 'tidak tahu' kenapa kakitangan SPRM turut menyertai serbuan berkenaan.

SPRM ketika ini belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai kes itu.

Kelab Malam De Vegas 

Semakan online mendapati Kelab Malam De Vegas bukan perkara asing bagi mereka yang gemar mencari hiburan malam di Kuala Lumpur.

Malahan ia adalah kelab malam yang sangat bertaraf eksklusif dan VVIP.

Oleh itu ramai yang pertikaikan kenapa kelab malam yang bertaraf elit seperti itu mudahnya diserbu.

Pintu masuk dan lobi De Vegas




Suasana ketika berhibur di ruang disko

 
Eksklusifnya kelab malam De Vegas untuk tetamu malam


Antara minuman keras yang dijual


Semakan online juga mendapati kelab malam yang dimaksudkan dikaitkan dengan aktiviti GRO dan PELACURAN.

Misalnya website mycen; http://www.mycen.com.my/malaysia/nightlife.html melabel kelab malam De Vegas dengan jenis : GRO lounge, Karoake.


Di bahagian atas website itu turut menyiarkan info mengenai Dfemin Paperdolls, iaitu satu kumpulan tarian yang mungkin pernah membuat persembahan di kelab-kelab yang disenaraikan oleh website berkenaan.

Menerusi rakaman video, pihak kami percaya kumpulan itu turut membuat tarian yang 'kurang berpakaian' di dalam kelab-kelab elit yang menjemput mereka membuat persembahan.

Manakala website Jakartabars; http://www.jakarta100bars.com/2016/09/kuala-lumpur-nightlife-best-nightclubs.html pula mengaitkan kelab malam tersebut dengan aktiviti pelacuran.


"Di tengah bandar, kita ada beberapa buah pusat hiburan karoake bertaraf elit (VVIP) yang menawarkan pelacur (pelacuran) : De Vegas atau Bintang Palace," tulis website itu.

Nampaknya kelab malam De Vegas memang bukan calang-calang kelab malam, jika anda tak cukup 'eksklusif' ataupun 'VVIP' jangan cuba-cuba masuk ya! 😆😆😆 - 4 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...