Ahad, 1 April 2018

Layakkah Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri?

Oleh : Zulhazmi Shariff

LAYAKKAH TUN M JADI PM?

Semakin dekat pembubaran Parlimen dan semakin dekat untuk PRU14, semakin ramai muncul dan cuba muncul agar dilihat "hidup" dalam politilk.

Ada yang nyawa-nyawa ikan muncul, ada yang "geli" mencari tempat muncul, ada macam-macam.



Isu yang dipulunnya ialah samada Tun M layak jadi PM atau tidak. Macam-macam hujah diketengahkan. Faktor usia, faktor rekod lampau, faktor menyampah dan macam-macam alasan diungkapkan.

Bagi aku mudah saja. Bila ramai yang pulun bercakap dan bincang adakah layak Tun M jadi PM, maksudnya semua sudah merasakan, sudah nampak dan sudah buat keputusan bahawa Najib & BN tidak akan menjadi PM dan Kerajaan lagi selepas PRU14 akan datang.

Najib & BN tidak dibincangkan langsung. Adakah Najib masih layak jadi PM? Adakah BN masih wajar menjadi Kerajaan? Ini tidak lagi dibincang.

Boleh kata majoriti masyarakat awam berbincang siapa layak jadi PM selepas Najib dan siapa akan jadi Kerajaan selain BN. Najib & BN mungkin seronok bila orang hanya pertikaikan Tun M tetapi bacaan di sebaliknya membuatkan Najib & BN bukan setakat tidur tak lena tetapi tak boleh tidur langsung.

Layakkah Tun M jadi PM? Masing-masing ada hujah yang wajar, waras, tidak wajar dan tidak waras.

Mudahnya gini saja. Untuk melayakkan Tun M jadi PM, Tun M perlu terlebih dahulu bertanding di mana-mana kerusi Parlimen dan menang. Jika Tun M menang, untuk melayakkan Tun M menjadi PM ialah PH mesti memenangi majoriti kerusi Parlimen. Jika Tun M bertanding dan menang di kerusi yang beliau tandingi tetapi PH tidak mendapat majoriti, Tun M hanya layak menjadi Ketua Pembangkang.

Apabila Tun M menjadi Ketua Pembangkang, maka semestinya Najib masih menjadi PM dan BN masih menerajui Kerajaan. Sekiranya Najib masih PM dan BN masih menerajui Kerajaan, bukan hanya Tun M saja PADAN MUKA tetapi kita semua padan muka.

Jika selama Najib menjadi PM tak sampai 10 tahun ini kita merasai azab dalam kehidupan seharian, bagaimana jika Najib masih menjadi PM dan BN masih menjadi Kerajaan untuk 5 tahun lagi?

Begini saja la... jika PH mendapat majoriti kerusi Parlimen yang membolehkan membentuk Kerajaan, Tun M tidak semestinya menjadi PM. PH boleh melantik pemimpin lain menjadi PM dan mengangkat Tun sebagai penasihat Kerajaan. Ya, sekarang PH bersetuju Tun M sebagai PM tetapi ini semua boleh berubah bukannya MESTI.

Yang penting sekarang bagi kita para pengundi ialah menghalang BN daripada mendapat majoriti kerusi Parlimen. Dengan itu BN tidak akan terus memerintah Malaysia.

Jadikanlah PRU14 ini titik permulaan kita sebagai pengundi Malaysia mencipta sejarah menjatuhkan BN.

Percayalah bahawa Malaysia akan lebih baik apabila BN dijatuhkan.

Indonesia menukar parti pemerintah daripada parti Golkar pimpinan Soeharto yang telah lama memerintah Indonesia. Sudah berkali-kali parti pemerintah Indonesia bertukar dan Presidennya bertukar. Indonesia bertambah baik.

Perubahan akan memberikan kebaikan. Yakinlah pada pilihan kita bahawa undi kita kepada PH kali ini akan membawa kebaikan.

Malaysia ini hak kita bersama dan menjadi tanggungjawab kita mencorakkan Malaysia bukan membiarkan Najib & BN terus menjahanamkan Malaysia.

Ini bukan berita palsu!
Ini pandangan aku!
Bukan tertipu untuk menulis tetapi menulis untuk menerangkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...