Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Disember 2017

Individu Ini Dikutuk Bodoh Kaw-Kaw Lepas Buat Laporan Polis Kerana Sokong Penipuan Pengundian Di Kem Segamat.

Kelmarin berlakunya sesi pendengaran untuk bantahan Pilihanraya berikutan terdapat 1,000 lebih nama pengundi yang berdaftar di Kem Segamat meskipun kem berkenaan belum lagi dibuka dan beroperasi secara rasminya.

Sesi pendengaran untuk bantahan itu dijadualkan bermula sejak 3 December lepas hingga 10 December ini.  




Dilaporkan seramai 1,079 anggota tentera termasuklah pasangan mereka telah didaftarkan sebagai pengundi di Kem Segamat, Johor.

Perkara ini sebenarnya merupakan satu kesalahan dan penipuan pilihanraya yang bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bantahan dikemukakan berdasarkan Peraturan Pilihanraya bagi subkategori Pendaftaran Pemilih yang dikemaskini polisinya pada tahun 2002.



Bagaimanapun terdapat seorang individu yang membuat laporan polis bagi menghalang bantahan tersebut.



Menurut individu itu yang dikenali dengan nama Khairul, beliau telah membuat satu laporan polis terhadap pihak pembangkang yang membantah kepada SPR mengenai jumlah pengundi di Kem Tentera Segamat.

Beliau mengatakan bantahan yang dijadualkan berlangsung di Jabatan Buruh Kerja Segamat pada 5 December (hari ini) haruslah dibatalkan oleh pihak berkuasa. Ini kerana menurutnya pembangkang tiada hak untuk mempersoalkan pembangunan yang berlaku di Parlimen Segamat. 

"Lebih-lebih lagi apabila pembangunan tersebut bersangkut paut tentang keselamatan dan kedaultan negara," katanya di status berkenaan. 



Tindakan individu itu bagaimanapun memakan dirinya sendiri apabila dilabel dan dikecam bertubi-tubi di laman sosial dan disifatkan sebagai 'bodoh' kerana tidak memahami perkara sebenar yang menjadi pertikaian orang awam.

Isu sebenar ialah mempertikaikan kewujudan pengundi di kem yang belum beroperasi dan bukannya mempersoalkan pembangunan dan kem tersebut kata netizens sebagai respon balas. 




Selain daripada Kem Segamat, Kem Bera di Pahang dan Kem Hutan Melintang di Perak turut menerima masalah yang sama apabila dilaporkan terhadap pengundi berdaftar meskipun kem belum siap dibina dan beroperasi secara rasminya. 

Kami dimaklumkan BERSIH 2.0 telah mengambil beberapa langkah bagi membetulkan perkara tersebut. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...