Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Disember 2017

Selepas Ugut Nak Pukul Zaid Dengan Tukul, Jamal Ditahan Polis.

Ketua Gerakan Merah yang juga Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis pada jam 9 malam tadi. 

Perkara itu disahkan oleh penyokong-penyokong dan orang kuat Jamal yang berkongsikan gambar-gambar dan video yang merujuk kepada penahanan Jamal oleh beberapa pegawai polis.




Turut dilaporkan Jamal akan dibawa ke balai Dang Wangi untuk dirakamkan kenyataannya.

Penahanan Jamal dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mengugut bekas menteri, Zaid Ibrahim pada semalam. Jamal mengeluarkan kenyataan akan menyerang ahli DAP itu dengan menggunakan tukul jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Zaid. 

Ini susulan daripada kenyataan Sultan Selangor yang murka dengan tweet Zaid Ibrahim yang mempertikaikan kenyataan Sultan yang mengkritik Mahathir di The Star.

Zaid bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dan enggan meminta maaf. Zaid juga menjelaskan yang beliau kini bersendirian atas tindakannya itu dan meminta bantuan Zahid Hamidi susulan ugutan Jamal.

Kontroversi Zaid bersama Sultan Selangor dipercayai tidak mendapat restu daripada DAP dan Pakatan Harapan. Azmin juga menyeru agar Zaid memperjelaskan tweetnya itu kepada rakyat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...