DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
![]() |
Gambar - The Malaysian Times |
BAITULMAQDIS MILIK UMAT ISLAM
1- Seluruh dunia menyaksikan Donald Trump telah mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara kepada Israel.
2- Bagi umat Islam ianya adalah satu pengisytiharan paling biadap yang bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi.
3- Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak seluruh umat Islam untuk turun menyatakan solidariti ummah di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sejurus selepas solat jumaat, 8 Dis 2017. Himpunan ini akan diketuai oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia