Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Disember 2017

"Lepas Neh Jangan Kacau Saya, Dah Bayar Duit Saman" - Papa Gomo Kepada Anwar.

Blogger UMNO yang penuh dengan kontroversi, Papa Gomo ataupun nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini memberitahu kepada semua pihak yang beliau telah menjelaskan bayaran penuh wang saman seperti yang dituntut oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


Menurut Papa Gomo beliau membayar wang saman itu mengikut pecahan;

i) RM950,000 menggunakan cek
ii) RM1,260 menggunakan wang satu ringgit
iii) Selebihnya dibayar menggunakan wang syiling

Papa Gomo sebelum ini dilaporkan akan mendapat pengisyiharan muflis jika gagal menjelaskan tuntutan saman kepada Anwar Ibrahim yang bernilai RM 951,260.30.


Beliau sebelum ini disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menfitnah Ketua Umum itu dalam satu artikel yang diterbitkan di blognya pada empat tahun lepas.

Papa Gomo yang didapati kalah dalam saman sivil itu perlu membayar satu juta ringgit kepada Anwar Ibrahim. 

Sementara itu Papa Gomo turut memberitahu yang beliau sengaja membayar 3 sen lebih dari jumlah asal untuk Latheefa Koya menggunakan wang itu bagi membeli tongkat.

Latheefa Koya ialah peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Yang mana saya dah fahamkan kepada Latheefa Koya bahawa ada balance 3 sen untuk Latheefa Koya beli tongkat baru.

Saya harap dia faham la," katanya

Papa Gomo turut berkata bahawa beliau tidak mahu pihak Anwar menganggu keluarganya lagi selepas ini kerana bayaran saman telah dijelaskan.

"Dan saya juga minta pihak Anwar Ibrahim jangan lagi ganggu saya jangan lagi ganggu ahli keluarga saya ganggu anak bini saya, kerana ini adalah too much.

Dan sedarlah bahawa Anwar berada di dalam penjara bukan kerana saya kerana kes liwat yang mana beliau meliwat pekerjanya dan mahkamah telah menjatuhkan hukumannya," katanya lagi.

Dalam pada itu Papa Gomo turut menjelaskan wang saman yang dibayarnya datang dari hasil sumbangan orang ramai.

"Dan ini adalah wang hasil sumbangan. Ramai rakan-rakan yang menyumbang terutama ahli-ahli UMNO seluruh negara telah menyumbang kepada saya. Wang yang mana telah mencecah satu juta ringgit. Dan wang tersebut saya telah keluarkan untuk membayar bank draf khamis lalu. Kerana jumaat tutup.

"Terima kasih kepada mereka yang juga rakan-rakan Facebook saya, Twitter saya, Instagram saya yang membantu menghulurkan sumbangan walaupun sumbangan itu rm10 atau rm1 saya tetap menghargai. Dan saya gunakan untuk membayar saman dan kos guaman. Dan saya tidak akan gunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi," jelasnya lanjut.

Bagaimanapun tinjauan yang dilakukan di media sosial, rata-rata pengkritik beranggapan Papa Gomo sememangnya sudah memiliki wang untuk menjelaskan tuntutan saman tersebut.

Penyebaran nombor akaun banknya di media sosial pula adalah bertujuan untuk mengaburi perkara sebenar, itulah pandangan kebanyakan netizens bila mengulas isu ini.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...