Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Disember 2017

Azwan Nak Jahanamkan Azmin, Tak Kisah Dianggap Barua UMNO. (Video Inside)

Jika sebelum ini Azwan dan Ummi Hafilda Ali bergabung membantai anak saudara mereka, Nuzul Fadli yang ditahan reman oleh SPRM, kali ini Azwan Ali yang juga pengacara terkenal dengan mulut celuparnya secara terbuka mengakui sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan kepimpinan Azmin Ali di Selangor.


Baca : Azwan, Ummi Bergabung Tibai Anak Saudara Yang Ditahan SPRM

"To Datuk Razali Ibrahim, terutamanya sekali Datuk Seri Najib dan seluruh 'team', terpulanglah, di dalam hati saya, saya mahu duduk jika diaturkan oleh Allah, pilihanraya tak lama lagi, saya berdoa siang malam untuk dapat peluang itu.

Kalau dapat duduk bersama (jumpa) Datuk Razali pun jadilah. Kalau pun tak dapat dengan PM. Tapi kalau dapat dengan PM bagaikan bulan jatuh ke riba," kata bekas pengacara Muzik-Muzik itu dalam satu video yang tersebar di media sosial sejak petang tadi. 

Azwan juga mnenyatakan yang beliau sanggup turun padang sehingga ke tahap menjual ikan dan ayam andai itu dapat menjatuhkan kepimpinan Azmin Ali di Selangor.

"Bukan nak habuan dia, bukan nak bodek dia, tapi janji saya, saya ada sejuta idea untuk tajuk dia, jahanamkan Azmin Ali seluruh Selangor. Bukan hanya di Bukit Antarabangsa. Bukan hanya di Gombak. 

Saya sanggup turun padang jual ikan jual ayam. Saya ada banyak program yang saya dah terfikir. Yang Khairy pun akan tersenyum. Khairy pun akan happy.

Di mana kita akan jahanamkan Azmin Ali seluruh Selangor.

Silap-silap seluruh negara hancur," katanya lagi. 

Azwan Ali juga menegaskan beliau sanggup berkhidmat secara percuma malahan tidak kisah dianggap sebagai barua andaikata dapat menjatuhkan Azmin Ali di Selangor.

"Soal bayaran soal apa itu saya tak minta. Kalau tak bayar pun, you jadi saksi. Kalau saya kata saya sanggup, saya sanggup. Biar orang kata saya jadi barua UMNO. So? Alang-alang.

Hidup Datuk Seri Najib. Hidup BN. Jahanamkan Azmin, itulah kenyataan saya," kata Azwan mengakhiri perbualan tersebut. 


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...